Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

SKANDAL PKFZ TAMPARAN BUAT BN - MP KLANG

Label:

Ahli Parlimen Klang,Charles Santiago berpendapat sekiranya kerajaan gagal menangani skandal PKFZ, ia akan membawa kesan yang buruk kepada Barisan Nasional dalam menghadapi piliharaya akan datang.

Menurutnya,isu yang membabitkan bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy,dan bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang, Datuk Paduka OC Phang merupakan kes pecah amanah terbesar di Malaysia setakat ini.

“Kalau mereka tidak mengendalikan hal ini dengan bagus,maka ada kemungkinan besar Barisan Nasional akan kena hebat dalam pilihanraya akan datang," katanya kepada TV Selangor.

Charles meragui laporan awal yang dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas perbincangan dengan JAwatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang mengumumkan kedua dua yang disyaki, tidak melanggar undang-undang.

Kes yang telah dilaporkan sejak tahun 2003 itu dipandang sepi oleh pihak SPRM yang lebih berminat menyiasat Exco-exco di Selangor.

Charles turut mencadangkan supaya Najib untuk meminta Peguam Negara mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan sekiranya kerajaan pimpinan Perdana Menteri itu bena-benar mahu bebas dari gejala rasuah.

“Cadangan saya sebenarnya ialah Najib mesti memberi arahan kepada pihak AG,katakan kepada AG,gunakan cadangan ini,heret semua yang terlibat ke mahkamah,terus,jangan bincang.Itu akan menunjukkan keseriusan dalam menangani masalah kanser rasuah ini di Malaysia,"katanya.

Negara dikejutkan dengan pendedahan laporan PAC dalam Sidang Parlimen,yang mendedahkan individu yang terlibat dalam Skandal PKFZ menelan belanja RM4billion itu.

PAC mengesyorkan suapaya SPRM dan polis menyiasat Kong Choy dan O.C. Phang membabitkan pecah amanah berhubung projek berkenaan.

Kedua-dua mereka harus disiasat berhubung tiga surat sokongan yang dikeluarkan Chan dan tiga surat akujanji oleh Phang, mengikut laporan PAC berhubung PKFZ yang diedarkan di Dewan Rakyat Rabu lalu.

SUMBER di sini.

ISU ROYALTI MINYAK: APAKAH ISTIMEWANYA SABAH, SARAWAK? - HUSAM MUSA pkfz

Label:

“Kenapa Sabah dan Sarawak dapat keistimewaan?” soal pemimpin kerajaan Kelantan berikutan pengumuman bayaran wang ihsan petroleum kepada negeri itu berkuat kuasa tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa dengan meletakkan hujahnya bahawa semua negeri adalah sama di bawah Akta Petroleum, “kalau Kelantan tidak layak dapat royalti kerana telaganya jauh, maka Sabah dan Sarawak pun tak boleh dibayar royalti.” “Sabah dan Sarawak masuk Malaysia tahun 1963, lebih kemudian dari Kelantan dan Terengganu. Kenapa Sabah dan Sarawak dapat keistimewaan?” kata beliau dalam tulisan blognya bertajuk “Ada Telaga, Ada Ihsan?” hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Razak mengumumkan bahawa kerajaan Persekutuan telah memutuskan untuk memberi wang ihsan petroleum kepada Kelantan mulai tahun depan.

Pemberian itu adalah berasaskan pertimbangan sama yang diberikan kepada Terengganu iaitu mengambil kira pengeluaran petroleum di luar perairan negeri berkenaan. Menurut Najib, keputusan itu adalah daripada segi perundangan di mana Kelantan seperti juga Terengganu tiada hak menuntut royalti kerana tiada pengeluaran petroleum dari perairan kedua-dua negeri itu yang ditakrif lebih tiga batu nautika (5.55 kilometer) dari tikas air surut atau pesisir.

Justeru jelasnya, wang ihsan akan diberi dalam bentuk projek pembangunan dan pembasmian kemiskinan di Kelantan.

Sehubungan itu, Husam menegaskan, Kelantan juga sama seperti Sabah dan Sarawak berhak untuk dibayar royalti, bukan sahaja untuk satu telaga, malah kesemua telaga termasuk dalam kawasan JDA dan CAA.

Oleh itu katanya, “masa belum terlambat sebelum keadaan lebih bercelaru.” Husam juga menjelaskan, nampaknya keihsan BN masih berasaskan pada telaga pengeluaran minyak atau gas. “Negeri tak ada telaga minyak, tak adalah ihsannya. “Kelantan ada satu telaga? Bumi Selatan. Dapat wang ihsan. Terengganu ada banyak telaga, juga sama jauh di luar kawasan tiga batu nautika. Ada telaga tapi jauh, dapat wang ihsan, bukan royalti.

“Ada telaga, tapi tak lebih dari tiga batu (nautika) dari pantai baru dapat royalti. “Mana negeri ada telaga tapi tak lebih tiga batu dari pantai? Tolong tunjukkan. Sabah? Sarawak?” soalnya lagi.

SUMBER di sini.

KES MB PERAK: PERMOHONAN DIDENGAR PANEL 11 HAKIM DITOLAK

Label:

[MALAYSIAKINI] Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan menteri besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin supaya rayuannya berhubungi kes menteri besar yang sah, didengar oleh panel 11 orang hakim.

Hakim Datuk Alauddin Mohd Sheriff berkata ia diputuskan sebulat suara dan tiada perintah dibuat mengenai kosnya.

Keputusan tersebut menimbulkan tandatanya kerana mahkamah tertinggi di negara ini itu sebelum ini pernah membenarkan panel tujuh hakim mendengar dua kes dadah.

Bekas Pengerusi Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan, yang mewakili Nizar, sebelum itu berhujah bahawa panel 11 hakim itu penting kerana kes itu membabitkan kepentingan awam dan banyak implikasinya.

Katanya, ia juga memberi kesan pada semua negeri dan serta Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu, katanya, seluruh dunia sedang mengikuti kes tersebut, termasuk para akademik dan orang awam "kerana ini adalah satu kes yang unik".

Bagaimanapun, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang membantu menterjemah perlembagaan Perak dan perlembagaan Persekutuan, berkata permohonan tersebut tidak seharusnya dibuat melalui usul.

Sebaliknya, kata beliau, ia seharusnya dibuat melalui semakan kehakiman.

Keputusan rayuan Nizar, akan menentukan masa depan kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang ditumbangkan Februari lalu selepas beberapa wakil rakyatnya keluar parti dan menyokong Barisan Nasional (BN).

Ia juga bukan sahaja akan menentukan menteri besar Perak yang sah tetapi juga akan menjadi duluan bagi kes-kes yang serupa pada masa depan.

Panel lima hakim sedang mendengar rayuan tersebut. Sebelum ini, Nizar memohon supaya panel 11 hakim mendengar kes rayuan tersebut.

Panel hakim tersebut diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Alauddin Mohd Sheriff. Empat lagi hakim ialah Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Nizar diwakili oleh sepasukan peguam yang diketuai oleh peguam kanan Sulaiman Abdullah, manakala peguam kanan Cecil Abraham mewakili menteri besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Para wartawan dan orang ramai sudah tiba di kompleks mahkamah Putrajaya seawal jam 7 pagi, bagi mengikuti prosiding rayuan tersebut.

Kawalan keselamatan juga ketat di mana anggota polis dan anggota keselamatan mewajibkan mereka yang ingin masuk ke dewan mahkamah, mendapatkan pas khas.

KEMELUT MCA: HISHAMUDDIN DALANGI KEPUTUSAN ROS?

Label:

Kemelut MCA semakin kusut apabila Pendaftar Pertubuhan Syarikat (ROS) mengiktiraf Datuk Seri Chua Soi Lek sebagai Timbalan Presiden MCA yang sah mengikut undang-undang.

Ahli Dewan Undangan Negeri Rawang, Gan Pei Nei menyifatkan pemimpin tertinggi MCA sebagai tidak menghormati Perlembagaan Malaysia sehingga wujudnya dua Timbalan Presiden dalam satu masa yang sama.

Dalam masa yang sama, mereka tidak menghormati keputusan mesyuarat agong mereka lalu yang sudah dipersetujui di peringkat akar umbi.

“Saya nampak mereka langsung tidak menghormati Perlembangaan ataupun mandat yang telah diberi kepada wakil-wakil malahan wakil mereka yang dipilih dalam mesyuarat agong mereka setelah mereka ada EGM, saya rasa satu Malaysia isu yang jelas telah disampaikan oleh akar umbi mereka, supaya satu lagi mesyuarat diadakan untuk buat pemilihan semula tetapi semua tidak dihormati”, katanya.

Beliau bercakap kepada Tv Selangor ketika dihubungi melalui telefon mengulas kemelut dalaman MCA hari ini.

Tambahnya, UMNO adalah dalang di sebalik keputusan ROS hari ini kerana Datuk Seri Hishamuddin merupakan menteri yang bertanggungjawab dalam pentadbiran ROS Malaysia.

Ini berikutan resolusi MCA pada EGM lepas sudah pun direstui Umno.

“Saya jangka yang keputusan ROS ni kalau kita kaji menteri yang bertanggungjawab adalah Hishamuddin, jadi akhir-akhirnya saya nampak keputusan itu sebenarnya keputusan yang telah dirancang dan dibuat oleh Umno dan hanya diikuti oleh MCA sahaja”, jelasnya lagi.

Gan menyelar pemimpin tertinggi MCA kerana gagal memperbaiki perkhidmatan masing-masing kepada rakyat malah mereka berebut kuasa pula sesama sendiri.

“Saya rasa khasnya dalam masyarakat cina rata-rata maklum balas yang kita dapat dia orang rasa kecewa dengan MCA, perhatiannya atau penumpuannya seharusnya diberikan kepada macam mana hendak meningkatkan perkhidmatan mereka ataupun sumbangan mereka kepada masyarakat rata-rata, tapi sekarang MCA nampaknya mereka lebih berminat kepada merebut jawatan daripada menjaga kebajikan rakyat”, ujarnya.

SUMBER di sini.

MENGAPA KADAR KEMISKINAN TERENGGANU TINGGI WALAUPUN MENERIMA ROYALTI?

Label:

Datuk Husam Musa mempersoalkan mengapa 'wang ehsan' harus diurus oleh kerajaan pusat.

“Pengumuman perdana menteri bahawa kelantan hanya layak menerima 'wang ehsan' dan bukannya royalti dan wang ini pula akan diuruskan oleh kerajaan pusat, adalah satu keputusan politik.

“Ia membelakangkan semangat federalisme, kedaultan undang-undang dan penghormatan terhadap perjanjian dan menekankan kepentingan politik semata-mata,” katanya.

Di samping itu, kata Husam, keberkesanan pengurusan oleh kerajaan pusat juga boleh dipertikaikan.

“Sebagai bukti, dengan jumlah royalti yang besar untuk Terengganu bagi tempoh 20 tahun lalu, masih gagal membanteras kadar kemiskinan yang kekal tinggi di Terengganu,” katanya.

Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat exco di Kota Bharu, Husam berkata kerajaan negeri mengambil langkah proaktif itu untuk memastikan tuntutan wang royalti itu, berjaya.

"Kerajaan negeri tidak (dapat) menerima bayaran wang ihsan yang diumumkan hari ini bagi menggantikan bayaran wang royalti minyak kepada Kelantan," katanya dalam laporan Bernama.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri menganggap pemberian wang ehsan itu satu langkah pertama hasil inisiatif kerajaan negeri dalam tuntutan royalti minyak itu.

Menurutnya, kerajaan negeri akan terus mengadakan rundingan dengan kerajaan pusat berhubung tuntutan royalti itu.

Kerajaan Negeri Kelantan sebelum ini telah mengemukakan surat rasmi kepada kerajaan pusat bagi menuntut bayaran royalti minyak berjumlah RM1 bilion sejak 2004 berdasarkan laporan Jabatan Statistik.

SUMBER: Dipetik dari Malaysiakini.

KELANTAN DAPAT WANG EHSAN MINYAK SAHAJA

Label:

AKHIRNYA RAKYAT KELANTAN BERJAYA MENDAPATKAN ROYALTI MINYAK WALAUPUN PM 1MALAYSIA MENYEBUTNYA WANG EHSAN...

KAH KAH KAH. SIAPA YANG BENAR DALAM ISU ROYALTI MINYAK INI? KERAJAAN KELANTAN ATAU PAK MENTERI? DULU ADA MENTERI YANG HEBAT DARI SEGI PERUNDANGAN PUN DUK KATA KELANTAN TAK BERHAK MENDAPAT ROYALTI MINYAK INI. JADI, SIAPA YANG BODOH UNDANG-UNDANG?

[MALAYSIAKINI] Kerajaan Persekutuan akan memberi wang ehsan kepada Kelantan daripada hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu mulai tahun depan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantarkan surat kepada perdana menteri mengenai tuntutan bayaran royalti 5 peratus, yang berjumlah RM1 bilion, hasil petroleum dan gas cecair di perairan Kelantan.

Kerajaan negeri membuat tuntutan itu tahun ini setelah mengetahuinya melalui laporan dari Jabatan Perangkaan bahawa petroleum itu telah beroperasi sejak 2004 dan tuntutan royalti RM1 bilion itu dikira bermula dari 2004 sehingga kini.

Ketika menjawab soalan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) di Dewan Rakyat, perdana menteri berkata, kerajaan Kelantan tidak berhak menerima wang royalti minyak di perairannya kerana ia terletak di kawasan bertindih.

Najib berkata, sama seperti Terengganu, pembayaran wang ehsan itu diberi setelah kerajaan pusat mengambil kira keperluan untuk membangunkan Kelantan serta meningkatkan kesejahteraan hidup penduduknya selaras dengan arus pembangunan negara.

"Bagi memastikan agihan wang ehsan itu dibuat dan dinikmati secara langsung oleh rakyat Kelantan, peruntukan tersebut akan disalurkan dalam bentuk projek pembangunan dan program membasmi kemiskinan dan akan disalurkan terus oleh kerajaan (pusat) setelah berbincang dengan kerajaan negeri," katanya, lapor Bernama.

Najib berkata demikian bagi menjawab sekaligus soalan-soalan yang dibangkitkan oleh beberapa ahli parlimen dari Kelantan sebelum ini berhubung tuntutan royalti minyak bagi negeri itu.

Perdana Menteri berkata kerajaan persekutuan telah meneliti isu royalti petroleum oleh kerajaan Kelantan secara mendalam termasuk dari sudut perundangan berkaitan kuasa kerajaan serta pengurusan hasil petroleum negara.
SUMBER: malaysiakini

PEGAWAI JAKIM MEMBUAT FITNAH?

Label:

(Foto: mymetro - Gambar sijil Sarjana Muda Kepujian Dr Mohd Asri daripada University Of Jordan yang menunjukkan pengkhususan beliau dalam Bahasa Arab dan Sasteranya serta Syariah Islamiyyah)

PETALING JAYA: Ternyata dakwaan terhadap bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin kononnya dia memalsukan kelayakannya dalam bidang syariah di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Arab, tidak lebih dari satu lagi fitnah yang terancang.

Ini terbukti dengan kiriman emel gambar sijil Sarjana Muda Kepujian Dr Mohd Asri daripada University Of Jordan yang menunjukkan pengkhususan beliau dalam Bahasa Arab dan Sasteranya serta Syariah Islamiyyah.

Bukti ini sekali gus menunjukkan ianya bercanggah dengan tuduhan pegawai JAKIM Zamihan Mat Zain yang tersiar dalam sebuah akhbar perdana.

"Tindakan pegawai JAKIM menuduh saya membuat sijil palsu amat hina dan jijik. Seakan tidak waras dan berfikir panjang. Masakan UIA, USM membenarkan saya menyambung Ph.D dan menjadi pensyarah jika sijil saya palsu.

"Saya sendiri rasa amat lekeh untuk jawab tuduhan yang seperti ini. Cukuplah dengan rakyat Malaysia melihat gambar sijil yang disertakan ini. Persoalannya, apakah JAKIM di belakang konspirasi ini?

"Jika JAKIM terlibat, nanti orang akan tanya apakah terdapat mereka dari Kerajaan Pusat juga terlibat? JAKIM jangan burukkan nama Kerajaan Pusat!," kata Dr Asri di kediamannya di Mengkuang, Bukit Mertajam. Kelmarin, penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Zamihan Mat Zain Alghari, mendakwa Dr Asri memalsukan kelayakannya dalam bidang syariah di peringkat ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Arab/Syariah dari Universiti Jordan.

Zamihan mendakwa bidang pengkhususan Dr Asri hanya melibatkan bahasa Arab dan Sastera dan Universiti Jordan tidak menawarkan dua pengkhususan dalam satu ijazah.

"Universiti itu tidak meneruskan program itu sekarang tapi di waktu saya belajar dulu, memang ada program itu. Antara penceramah yang mendapat ijazah yang sama ialah Ustaz Erfino Johari dan ramai lagi guru-guru agama yang mengajar bahasa Arab.

"Tapi inikah kerja JAKIM, menyanggahi disiplin kerja, budi dan etika. Apakah tujuan JAKIM masuk campur? Juga menyalahi akhlak Islam?," kata Dr Asri.

Tuduhan memalsukan kelayakan merupakan tuduhan terbaru yang dilemparkan terhadap Dr Asri sejak dia ditahan oleh pihak JAIS malam Ahad lalu. Antara tuduhan lain ialah memberi ceramah agama tanpa tauliah dan menyebarkan fahaman Wahabi.

Dr Asri tertanya-tanya apakah motif di sebalik tuduhan terbaru ini.

"Adakah ini bermakna JAKIM termasuk dalam 'tangan ghaib' sedangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri menafikan kerajaan pusat terlibat dalam hal ini.

"Adakah JAKIM ingin sabotaj saya atau Kerajaan Persekutuan? Dan Datuk Jamil Khir Baharom juga mahu kerajaan Selangor bertanggungjawab. Jadi jika JAKIM tidak terlibat dalam tuduhan pegawainya, saya ingin melihat bantahan terbuka dari pihak JAKIM.

"Saya juga difahamkan Dr Azwira Aziz turut menyaman pegawai yang sama untuk kes fitnah yang lain," kata Dr Asri yang akan mengadakan satu kuliah bertajuk 'Gelombang Fitnah' jam 8 malam ini di Institut Al Qayyim. Kuliah malam ini akan menyentuh tuduhan bohong pegawai JAKIM tentang sijil palsu.

Menurut Dr Asri, setelah berita 'pemalsuan ijazah' itu keluar, beliau telah menerima panggilan dari beberapa peguam ternama menawarkan khidmat mereka dengan percuma untuk menyaman Zamihan.

Dan Dr Asri berkata, dia tidak teragak-agak untuk menyaman.

"Cukuplah...mereka telah pergi ke peringkat yang keji iaitu, fitnah!," kata Dr Asri yang juga ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis, di bawah Majlis Agama Islam Perlis.

SUMBER di sini.

Berita Berkaitan - DR ASRI MAHU SAMAN PEN. PENGARAH ILIM, JAKIM, PERSATUAN PEGUAM SYARIE M'SIA

PEGAWAI JAIS DAN SEWAKTU DENGANNYA PERLU BACA INI...

Label:

Oleh: Detektif Tajdid

Amat menghairankan, macam mana seorang bekas mufti boleh ditangkap oleh Jabatan Agama Islam hanya kerana menyampaikan kuliah. Ini mungkin pertama kali berlaku dalam sejarah Malaysia. Alasannya mudah sahaja, menyampaikan kuliah tanpa mempunyai tauliah. Saya pun tidak tahu sebesar manakah tauliah tersebut berbanding dengan tauliah yang diamanahkan oleh Allah kepada semua umat Islam supaya menegakkan perkara maaruf dan mencegah kemungkaran.

Adakah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sudah tidak ada kerja lain yang hendak dibuat? Tengah malam buta pun sanggup bersengkang mata hanya untuk memburu seorang pendakwah. Mungkin pihak JAIS telah lama menunggu peluang ini untuk menangkap Dr Mohd Asri ditambah pula dia sekarang bukanlah seorang mufti. Hanyalah seorang pensyarah di sebuah universiti.

Pada pendapat saya, adalah tidak wajar beliau ditangkap hanya kerana tidak mempunyai tauliah daripada JAIS. Adakah perlu ditanya tentang pentauliahan tersebut sedangkan beliau adalah seorang pensyarah universiti yang memegang PhD dalam bidang hadis dan pernah memegang Jawatan sebagai seorang mufti? Pegawai JAIS yang menangkap beliau itu pun belum tentu mempunyai kesarjanaan atau kelulusan yang tinggi dalam ilmu Islam.

Kita sepatutnya bersyukur kerana dikurniakan seorang muslim yang mempunyai minda yang tajam dan pandangan yang bernas sebagaimana Dr Mohd Asri. Bukannya menyekat aliran ilmu yang sentiasa keluar dari mulut beliau. Hal ini bukan sahaja menimpa beliau bahkan pendakwah-pendakwah lain di Malaysia. Malah lebih teruk daripada itu sehingga dihumban ke dalam ISA.

Pihak Jabatan Agama Islam di Malaysia sebenarnya mempunyai banyak tugas lain yang perlu dilaksanakan. Jangan sibuk kacau orang yang menyampaikan kuliah, pergi kacau manusia-manusia yang tidak bertamadun di ‘night club’ atau anak-anak muda yang terkinja-kinja bersama pasangan masing-masing di tepi jalan dan taman-taman bunga. Pergi selesaikan masalah-masalah wanita yang berkaitan dengan talak, nafkah dan sebagainya di mahkamah syariah yang tertangguh sehingga bertahun-tahun. Pergi cari rakyat Malaysia yang miskin dan hidup melarat untuk diberi sumbangan zakat. Takkan tiap-tiap minggu hanya ‘Bersamamu’ TV3 dan artis yang pergi hantar bantuan. Mana perginya ustaz-ustaz yang mengutip zakat saban tahun?

Nasihat saya kepada pegawai-pegawai yang menguruskan hal ehwal Islam…Tidaklah besar mana pun jawatan yang anda pegang. Tidaklah banyak sangat pun gaji yang anda dapat. Janganlah kerana jawatan yang kecil dan gaji sedikit itu, anda terpaksa menjawab soalan yang bertalu-talu di hadapan Allah Azza Wajalla kerana tidak menguruskan urusan umat Islam dengan baik.
Mohon maaf jika terkasar bahasa….

MP SABAK BERNAM (BN) DITUDUH PALSUKAN TUNTUTAN RM80,000

Label:

(Foto: Ahli Parlimen BN Sabak Bernam)
Anggota Parlimen Sabak Bernam Abdul Rahman Bakri dari Barisan Nasional hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap lapan tuduhan memalsukan tuntutan berjumlah RM80,000 semasa beliau menjadi anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu antara Januari dan Februari tahun lepas.
Tuntutan-tuntutan itu, antaranya, membabitkan pemberian hadiah dan cenderahati untuk pelajar cemerlang, program Mesra Rakyat dan program Maulud Nabi.

SUMBER di sini.

KES RASUAH DAN PECAH AMANAH: SPRM TAHAN YB UMNO & PR SELANGOR

Label:

PUTRAJAYA: Seorang Ahli Parlimen BN berusia 50-an bersama lima lagi menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini, membabitkan tujuh pertuduhan rasuah dan pecah amanah.

Menurut kenyataan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), wakil rakyat di Selangor itu bakal didakwa di mahkamah berkenaan bersama pembantunya mengikut Seksyen 11 (c), Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997.

Ahli politik itu ditahan atas kesalahan mengemukakan invois mengandungi butiran palsu ketika beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor bagi melaksanakan satu program yang tidak dijalankan.

Manakala, pembantu beliau ditahan atas kesalahan bersubahat dengan wakil rakyat berkenaan dalam membuat tuntutan bagi program sama.

Sementara itu, SPRM turut menahan bekas pembantu khas Exco Kerajaan Negeri Selangor yang akan menghadapi pertuduhan mengikut akta sama dan Kanun Keseksaan.

Beliau akan dituduh terhadap kesalahan mengemukakan invois mengandungi butiran matan palsu kepada Pejabat Daerah Sepang bagi membekalkan barangan sempena program Hari Kemerdekaan 2008, tetapi tidak dibekalkan.

Menurut kenyataan itu, bekas pembantu terbabit akan dituduh atas dua kesalahan pecah amanah mengikut Seksyen 406, Kanun Keseksaan.

Selain itu, mahkamah sama akan turut mendengar pertuduhan terhadap seorang bekas pegawai Menteri Besar Selangor mengikut kesalahan Kanun Keseksaan.

Beliau ditahan selepas disyaki menipu dan memperdayakan seorang presiden sebuah syarikat berkaitan kerajaaan (GLC) Selangor bagi tujuan pembiayaan sebuah majlis anjuran kerajaan negeri itu yang membabitkan nilai RM50,000.

Sementara itu, SPRM akan menghadapkan seorang pengarah syarikat mengikut Seksyen 11 (c), APR 1997, atas tuduhan mengemukakan invois mengandungi butiran palsu kepada Pejabat Daerah Hulu Langat bagi membekalkan keperluan program di kawasan Dewan Undangan Negeri Teratai, Selangor tahun lalu, walaupun pembekalan itu tidak dilakukan.

SUMBER: mymetro

ADUN PELABUHAN KLANG DIBELI UMNO/BN - YB KAPAR pkfz

Label:

Ahli Parlimen Kapar,YB S.Manikavasagam dengan lantang menyatakan kemungkinan besar bekas Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah di beli UMNO-Barisan Nasional. \
Beliau yakin kerana dirinya turut pernah di tawar oleh ahli parti itu sebanyak 50 juta semasa mempunyai sedikit salah faham dengan PKR sebelum ini.

“Saya rasa Badrul di beli 10 juta atau 20 juta...Umno ada belakang di sini, masa sidang media, tengok siapa disebelahnya....masa saya ada perbalahan sikit dulu, Aziz Samsudin offer saya 50 juta, bukan 1 ringgit, 2 ringgit, tapi 50 juta, tapi saya masih disini, rakyat pilih kita, Badrul adalah pengkhianat kepada pengundi di Port Klang,” katanya.

Katanya, dakwaan ini menjadi lebih jelas apabila Badrul keluar dari parti itu dan menyertai parti bebas menyokong UMNO-BN. Beliau berkata demikian kepada media di Majlis Rumah Terbuka Deepavali di Kota Damansara hari ini.

Beliau kesal Badrul gagal menjalankan tugas dengan baik dan kerana itu telah menyebab nama Parti Keadilan Rakyat tercemar. Jelas YB Mike, Badrul langsung tidak mahu menemui mana-mana wakil rakyat lain yang mahu berjumpa dan berbincang dengannya. Justeru itu, Manikavasagam setuju dengan cadangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk memilih calon wakil rakyat dari parti itu yang benar-benar faham falsafah parti dan dengan semangat untuk memperjuangkan parti.

“Kita kena skrin calon, betul-betul jiwa rakyat baru bertanding..bukan macam Badrul, yang lain takkan lompat parti, kita tengok apa yang dia lakukan, mana dapat wang? Peruntukan dari mana?,” katanya.
sumber: tvselangor

JAIS TIDAK PROFESIONAL, SAMBA LEWA DAN MUNGKIR JANJI - DR ASRI

Label:

(Foto: harakahdaily)

Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin membidas sikap Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana tidak profesional, sambil lewa dan memungkiri janji apabila tiada wakil atau pendakwa daripada Jais yang hadir ke Mahkamah Syariah sehingga pukul 1 petang.

Beliau yang dibebaskan oleh pihak mahkamah tanpa sebarang pertuduhan dan perbicaraan menyifatkan Jais tidak wajar memperlakukannya seperti itu sehingga menyusahkan pelbagai pihak. Baca lanjut di sini.

Apa kata Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi:
Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan didakwa selepas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) selesai menjalankan siasatan terhadap bekas mufti Perlis itu berhubung kesalahan mengadakan kuliah agama tanpa tauliah daripada jabatan itu.

Mohammed Khusrin berkata siasatan itu juga akan disegerakan memandangkan kes itu melibatkan tangkapan yang telah menjadi perhatian umum.

Bercakap pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini, Mohammed Khusrin turut mempertahankan tindakan jabatan itu menggunakan khidmat polis ketika menahan Dr Mohd Asri.

"Tangkapan dibuat dengan dibantu polis kerana berlaku masalah untuk dapatkan kerjasama (Dr Mohd Asri).

"Kami telah dihalang oleh jemaah dan wakil rakyat kawasan, sebab itu kami dapatkan bantuan polis," katanya.

"Kami tidak buat lebih daripada sepatutnya," katanya lagi.
SUMBER di sini.
SKANDAL PKFZ TAMPARAN BUAT BN - MP KLANG
Jumaat, November 06, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Khamis, November 05, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Rabu, November 04, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Selasa, November 03, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Isnin, November 02, 2009 | Author: Tuk Kiyai