Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

HIMPUNAN 100 RIBU RAKYAT KELANTAN 28 JAN INI

Label:

Satu perhimpunan raksasa yang dihadiri kira-kira 100,000 rakyat Kelantan akan diadakan di Stadium Sultan Mohammad ke IV Kota Bharu bagi menuntut royalti minyak pada Khamis, 28 Januari ini.

Perhimpunan dan solat Hajat itu akan diadakan ekoran keengganan kerajaan pusat membayar royalti minyak seperti termaktub dalam Akta Petroleum 1974.

Program itu bermula dengan solat Maghrib, solat Isyak dan solat Hajat yang akan diimamkan oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.

Antara program lain termasuklah penerangan yang akan disampaikan oleh pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah dan ceramah royalti minyak oleh Pensyarah di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah.

Pada November lalu, Perdana Menteri Najib Razak memberitahu Kerajaan Pusat akan membayar wang ehsan kepada Kelantan menggantikan royalti minyak mulai tahun ini.

Tuntutan royalti minyak diperjuangkan oleh kerajaan negeri mulai Julai lalu setelah Jabatan Perangkaan menyebut Kelantan antara negeri pengeluar petroleum sejak 2004.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan para pemimpin lain dari Pakatan Rakyat dijangka hadir.

KPI SEKADAR RETORIK MENANG PRU

Label:

Kesemua "enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)" tidak akan mencapai KPI-nya (Indeks Prestasi Utama), seandainya tiada KPI untuk keadilan. Malah, dengan pencabulan hak asasi, krisis Perak yang berlanjutan, usaha untuk mensabotaj kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan sebagainya, PM Najib Abdul Razak dibidas kerana gagal dalam KPI keadilannya.

Walaupun ada yang cuba membezakan antara konsep "KPI" dengan "target" (matlamat), malah menekankan bahawa tercapainya KPI tidak semestinya membawa makna tercapainya matlamat, namun tetap bersetuju bahawa "KPI" ini sekadar slogan atau retorik Najib untuk menang dalam pilihan raya umum.

Demikianlah pandangan dan kritikan yang dilemparkan dalam satu ceramah umum berjudul "Di Mana KPI Keadilan, Tuan Najib?", anjuran SELPROA (Persatuan Pegawai-Pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Selangor) di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam.

Antara penceramahnya ialah V. Sivakumar (Yang Dipertua PR DUN Perak), Tian Chua (Ahli Parlimen Batu-PKR), Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor-PAS), Tony Pua (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara-DAP) dan Razak Ismail (Presiden Selproa). Ceramah yang dipengerusikan oleh Syed Ahmad Putra ini dihadiri kira-kira 70 orang. Baca lanjut di sini.

PAS JEMPUT PEMIMPIN BUKAN ISLAM HADIRI MUKTAMAR JUN INI

Label:

KOTA BAHARU - Kelantan dijangka menjadi tuan rumah Muktamar Agung Pas ke-56 Jun ini dan buat pertama kali akan menjemput pemimpin bukan Islam menyertainya.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pendekatan baru itu bertujuan agar pemimpin bukan Islam mengetahui dengan jelas matlamat perjuangan Pas yang berasaskan ajaran Islam.

"Kita akan menjemput pemimpin bukan Islam seperti Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Ng Yen Yen dan beberapa pemimpin lagi supaya mereka turut mengulas dan memahami dengan jelas mengenai agama Islam seperti yang diperjuangkan oleh PAS," katanya dalam kuliah Jumaat, di sini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau juga akan menyediakan buku terjemahan daripada kitab tulisan ulama terkenal dunia Dr Yusoff Qardawi untuk penghayatan pemimpin bukan Islam.

MENGADAP SULTAN ATAS PERMINTAAN SENDIRI

Label:

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menjelaskan beliau menghadap Sultan Selangor hari ini atas permintaannya sendiri. Demikian lapor the malaysian insider hari ini.

Malah katanya ia juga tiada kaitan dengan isu panas kini iaitu penggunaan kalimah “Allah”.

Khalid menjelaskan bahawa beliau sudah lama memohon untuk menghadap Tuanku.

“Jadi saya diberi peluang untuk menghadap, membuat kunjungan hormat sebagai wakil rakyat Shah Alam.

Anggota Lajnah Politik PAS ini menambah, dalam kunjungan hari ini beliau akan mendapatkan wawasan Tuanku berhubung pembangunan Shah Alam.

Khalid menjelaskan bahawa beliau akan mendapatkan pandangan baginda tentang peranan yang boleh beliau mainkan dalam pembangunan kawasan Shah Alam khususnya.

Bagi pihak gerombolan umno pasti akan membawa berita ini dengan versi yang berbeza. Gerombolan umno pasti akan mengatakan bahawa Khalid Samad dipanggil Sultan kerana menghina baginda dan kerana adanya beberapa laporan polis yang dibuat pencacai terhadap Khalid.

ULANGAN TAKTIK LAPOK UMNO-BN GUGAT PR SELANGOR - YAAKOB SAPARI

Label:

Setiausaha Kerja Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Hussein Ahmad dibawa ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Putrajaya untuk disoalsiasat berhubung penjualan pasir di Selangor.

Pegawai SPRM mengambil tiga dokumen dari pejabat Hussein Ahmad iaitu profil syarikat-syarikat yang terbabit dalam penjualan pasir, lawatan ke Hangzhou pada November 2009 dan terbaru lawatan ke Beijing minggu lalu.

Exco Yaakob Sapari berkata penangkapan Hussein Ahmad mencurigakan kerana soal kelulusan perlombongan pasir dikendalikan oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd yang dilantik kerajaan negeri untuk menguruskan industri itu.

“Pejabat saya tidak ada kuasa untuk meluluskan mana-mana permohonan pasir, semua urusan permohonan dikendalikan di Kumpulan Semesta”

“Profil yang diambil semalam itu, saya dah semak dengan kumpulan semesta. Mereka tidak ada memohon mana-mana kontrak dan dia tak dapat kontrak pun di Semesta"

Mengulas mengenai lawatan ke China, Yaakob berkata laporan SPRM mendakwa kunjungan itu ditaja oleh kontraktor pasir, sebenarnya mereka dihantar oleh kerajaan negeri.

“Berhubung lawatan ke China, ia lawatan rasmi Kerajaan Negeri yang dibayar oleh Kerajaan Negeri “

Beliau tidak menolak kemungkinan penangkapan ini adalah ulangan taktik lama Umno-BN menggugat kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

“SPRM dapat aduan daripada orang, tapi bila kena pada kita nampak cepat dan cekap sekali SPRM ini” katanya. Sumber di sini.
Tok Kiyai: Dulu isu lembu, kereta peribadi MB, bendera, Elizabeth Wong dan Teoh. Sekarang ini isu pasir pulak dah... Lepas ni apa pula isu yang mereka akan bawa...

JAIS, MAIS PERLU DIROMBAK - KHALID

Label:

SHAH ALAM, Jan 21 — Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (gambar) mahu kepimpinan dua institusi agama di Selangor — Jais dan Mais — dirombak selaras dengan pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat agar isu-isu semasa menyentuh umat Islam di negeri itu dapat ditangani dengan harmoni.

Wakil rakyat PAS itu berkata, ke arah penilaian kembali sesuatu pendirian dan pendekatan, beliau berkeyakinan masanya telah tiba untuk “ulama-ulama” yang selama ini dipinggirkan oleh pentadbiran lama atas sebab kepentingan politik mereka, diberi peluang dan kedudukan yang sewajarnya dalam institusi keagamaan negeri Selangor dengan naiknya pentadbiran baru.

“Mungkin dengan itu akan ditangani semua persoalan dengan lebih baik dan bertanggungjawab,” kata beliau di sini hari ini.

Sambil menjelaskan kepimpinan semasa kedua-dua Jais dan Mais dilantik oleh pentadbiran lama pimpinan Umno-BN yang memerintah sehingga Mac 2008, “mereka tidak gembira dan tidak memberikan kerjasama penuh kepada pentadbiran semasa.”

“Mereka bertindak dengan bebas,” kata beliau kepimpinan kedua-dua agensi itu bercanggah pendirian dengan kerajaan negeri.

Oleh kerana mereka tidak memberikan kerjasama yang baik, tegas Khalid, kepimpinan Jais dan Mais perlu diubah.

“Ya, mereka perlu ditukar, Mais dan Jais patut berada di bawah kepimpinan yang mempunyai latar belakang agama, jadi mereka boleh selesaikan masalah-masalah yang timbul,” katanya.

Ini bukan kali pertama Khalid, bekas timbalan pesuruhjaya II PAS Selangor “bertembung” dengan Jais dan Mais dalam banyak isu.

Khamis lalu, Jais meminta Khalid supaya tidak mempertikaikan pendirian dan arahan pihaknya dan juga Mais berhubung isu penggunaan kalimah “Allah”.

SUMBER di sini.

Suspek Bakar Gereja Ditahan Polis

Label:

(Gambar hiasan)

KUALA LUMPUR, 20 JAN 2010 - Polis telah mereman lapan lelaki yang disyaki melakukan serangan ke atas gereja Metro Tabernacle pada 8 Januari lalu.

Dalam kejadian tersebut, tingkat satu gereja terbakar tetapi tiada seorangpun yang mengalami kecederaan.

Difahamkan salah seorang suspek ditahan di hospital Kuala Lumpur sewaktu hendak menerima rawatan akibat melecur di dada dan tangan.

Daripada lapan yang ditahan, dua adalah adik-beradik dan seorang adalah bapa saudara mereka.

Kelapan-lapan suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Dalam isu ini, kita mengharapkan pihak polis dapat menjalankan siasatan dengan adil dan telus agar dunia tidak memandang serong terhadap Malaysia.

MASJID DIBINA DENGAN DUIT LOTERI

Tok Kiyai tertarik dengan penjelasan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam sidang akhbar beberapa minggu lepas mengenai beberapa masalah mutakhir ini yang melibatkan orang Islam.

Tuan Guru menjelaskan bahawa punca berlakunya beberapa masalah seperti pembakaran gereja adalah kerana orang Melayu Islam itu sendiri yang menimbulkan kecelaruan dalam masyarakat Islam.

Antara kecelaruan yang ditimbulkan oleh orang Melayu Islam itu ialah:

1. Ada orang Islam yang mengatakan politik suku agama suku yang bercanggah dengan ajaran Nabi Muhammad yang menyatukan agama dan aktiviti hidup (politik)

2. Ada orang Islam mengatakan bahawa Islam hanya sesuai untuk zaman unta dan tidak sesuai pada zaman sains dan teknologi

3. Pada waktu dahulu, orang Melayu membina masjid dengan menggunakan duit loteri. Di Kelantan terdapat dua buah masjid yang dibina dengan menggunakan duit tersebut.

Untuk melihat sidang video Tuan Guru, sila klik di sini.

Negeri Tiada Sultan Boleh Guna Kalimah "Allah"

Label:

Tok Kiyai tak berapa faham dengan kenyataan menteri JPM ini... Kalau Tok Kiyai salah tolong betulkan saya.

Setahu Tok, jika negeri yang tidak mempunyai raja atau sultan, urusan agama Islam akan dipegang atau dijaga oleh Yang Dipertuan Agong. Jadi tidak timbul persoalan ada negeri yang boleh menggunakan kalimah Allah dan sebaliknya.

[FREEMALAYSIATODAY] Kalimah ‘Allah’ boleh digunakan di Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Labuan, Kuala Lumpur, Putrajaya), Sabah dan Sarawak kerana ketua negeri bukan seorang sultan.

“Di negeri-negeri di mana terdapatnya enakmen hal ehwal Islam adalah dilarang dari mengguna kalimah ‘Allah’,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Dalam kes Herald, beliau berkata Menteri Dalam Negeri merujuk kepada Akta Penerbitan dan Percetakan dan bukan digunakan enakmen untuk mengarahkan supaya penerbitan itu menghentikan penggunaan kalimah ‘Allah’ kerana kes ini timbul di Kuala Lumpur.

Bercakap kepada para pemberita selepas melancarkan kempen kesedaran pengangkutan awam di Hentian Puduraya di sini semalam, Nazri mempersoalkan keperluan orang-orang bukan Islam menggunakan perkataan Arab apabila mereka boleh menggunakan perkataan ‘Tuhan’.

Beliau berkata sebarang resolusi atau langkah penyelesaian berhubung dengan kontroversi penggunaan kalimah ‘Allah’ hendaklah diselesaikan melalui mahkamah.

“Jika kita mahu menyelesaikannya di luar mahkamah, sepatutnya (Ketua paderi gereja Katholik Kuala Lumpur), Tan Sri Murphy Pakiam mengambil langkah ini kerana beliaulah yang memohon semakan kehakiman ke atas tindakan Kementerian Dalam Negeri,” terang beliau.

SUMBER di sini.

KONONNYA UMNO PEJUANG ISLAM SEBENAR TAPI...

Label:

KUANTAN - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kontroversi kalimah Allah sengaja ditimbulkan oleh UMNO untuk menunjukkan bahawa parti itu adalah pejuang Islam yang sebenar.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, UMNO juga menjadikan isu berkenaan untuk menggugat kepercayaan rakyat kepada parti pembangkang yang kononnya gagal menangani kontroversi tersebut.

Menurutnya, penggunaan kalimah Allah sudah diguna beribu tahun lalu oleh penganut Kristian di Mesir malah tiada sebarang masalah timbul berhubung perkara tersebut.

“Saya merujuk kepada ulama Islam dunia iaitu Sheikh Yusuf Al-Qaradawi mengenai perkara tersebut dan beliau sendiri menyatakan bahawa kalimah Allah tidak salah digunakan oleh orang bukan Islam. Saya menganggap ia adalah isu yang sengaja direka oleh UMNO untuk menghangatkan suasana politik negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutup Konvensyen PKR Negeri Pahang di sini, semalam.

Turut hadir Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman, bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution.

Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) berkata, isu kalimah Allah juga terlalu banyak digembar-gemburkan oleh media sehingga menimbulkan kemarahan orang Melayu.

Katanya, UMNO menganggap PR sudah longgar sehingga sanggup menggadaikan kalimah Allah kepada orang bukan Islam.

“Mereka boleh mengatakan apa sahaja malah boleh menyebarkan pelbagai isu untuk menutup kesilapan mereka.

“Yang penting, PKR mempunyai pandangan tersendiri dan melihat perkara ini selesai serta tidak perlu dikontroversikan,” katanya.

Pada konvensyen tersebut, Anwar menegaskan bahawa PKR meletakkan usaha yang komited untuk menawan Putrajaya pada 2011.

“Kita sedang berusaha ke arah itu malah setiap cabang akan melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk mendekati masyarakat termasuk golongan muda dan wanita,” katanya.

Konvensyen yang diadakan di negeri ini adalah konvensyen terakhir yang mengakhiri siri jelajah PKR ke setiap negeri bagi menyatakan pendirian dan kesetiaan terhadap perjuangan parti.

SUMBER di sini.

TOK KIYAI nak termuntah apabila DS Anwar menyebut ...umno sebagai pejuang Islam sebenar....

Bagi Tok Kiyai tindak tanduk dan perangai pemimpin umno kini tidak menunjukkan yang umno pejuang Islam sebenar. Tengoklah isteri-isteri mereka. Berapa kerat yang pakai tudung, yang mendedahkan aurat berlambak la...Nak bela Islam macam mana??

UMNO KELANTAN BERSEDIA UNTUK "KEBAS" WANG EHSAN MINYAK?

Label:

Tok Kiyai tertarik dengan artikel Datuk Husam Musa mengenai tuntutan royalti oleh Kelantan. Apa yang menjadi persoalan ialah sebaik sahaja kerajaan Pas membangkitkan isu ini, barulah ada pihak-pihak yang berminat untuk membangkitkan isu ini.

Jika kerajaan Kelantan tidak membangkitkan isu ini, adakah kerajaan pusat dengan penuh amanah dan tanggungjawab akan memberikan royalti kepada Kelantan? Atau akan terus diam untuk "menyembunyikan" akan hak rakyat Kelantan itu?

Umno Kelantan melalui Datuk Mustapha Mohamad juga berminat dalam isu ini. Kenapa? Adakah umno Kelantan bersedia untuk "mengebas" wang ehsan Kelantan itu setelah diusahakan oleh kerajaan Kelantan?

Tok Kiyai tertarik akan kata-kata Datuk Husam di akhir artikel;

Mustapha kena belajar dari Ahmad Said. Jangan segan menalipon Ahmad Said bertanyakan kedudukan sebenar. Jangan nanti Mustapha tersangut di gurun pasir rasa diskriminasi tak berkesudahan. Kalau pun Mustapha ada kuasa menyekat pembayaran apa yang terhak kepada Kelantan kerana beliau Menteri Pusat, fikirlah dengan naluri rasa serumpun dan sikap pemimpin ulung.
Segala daya kreativiti anak Kelantan dan semangat juang yang tak pernah padam, Mustapha akan hanyut jika ia mahu kekal sebagai tunggul mati tanpa perasaan di tengah perjuangan yang akan dibangkitkan sendiri oleh anak Kelantan yang cintakan keadilan atas segala hasil mahsul yang telah dianugerahkan Tuhan.
Sila tinggalkan komen/pendapat tentang isu yang diutarakan.
HIMPUNAN 100 RIBU RAKYAT KELANTAN 28 JAN INI
Sabtu, Januari 23, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Jumaat, Januari 22, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Khamis, Januari 21, 2010 | Author: Tuk Kiyai

SHAH ALAM, Jan 21 — Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (gambar) mahu kepimpinan dua institusi agama di Selangor — Jais dan Mais — dirombak selaras dengan pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat agar isu-isu semasa menyentuh umat Islam di negeri itu dapat ditangani dengan harmoni.

Wakil rakyat PAS itu berkata, ke arah penilaian kembali sesuatu pendirian dan pendekatan, beliau berkeyakinan masanya telah tiba untuk “ulama-ulama” yang selama ini dipinggirkan oleh pentadbiran lama atas sebab kepentingan politik mereka, diberi peluang dan kedudukan yang sewajarnya dalam institusi keagamaan negeri Selangor dengan naiknya pentadbiran baru.

“Mungkin dengan itu akan ditangani semua persoalan dengan lebih baik dan bertanggungjawab,” kata beliau di sini hari ini.

Sambil menjelaskan kepimpinan semasa kedua-dua Jais dan Mais dilantik oleh pentadbiran lama pimpinan Umno-BN yang memerintah sehingga Mac 2008, “mereka tidak gembira dan tidak memberikan kerjasama penuh kepada pentadbiran semasa.”

“Mereka bertindak dengan bebas,” kata beliau kepimpinan kedua-dua agensi itu bercanggah pendirian dengan kerajaan negeri.

Oleh kerana mereka tidak memberikan kerjasama yang baik, tegas Khalid, kepimpinan Jais dan Mais perlu diubah.

“Ya, mereka perlu ditukar, Mais dan Jais patut berada di bawah kepimpinan yang mempunyai latar belakang agama, jadi mereka boleh selesaikan masalah-masalah yang timbul,” katanya.

Ini bukan kali pertama Khalid, bekas timbalan pesuruhjaya II PAS Selangor “bertembung” dengan Jais dan Mais dalam banyak isu.

Khamis lalu, Jais meminta Khalid supaya tidak mempertikaikan pendirian dan arahan pihaknya dan juga Mais berhubung isu penggunaan kalimah “Allah”.

SUMBER di sini.
Suspek Bakar Gereja Ditahan Polis
Rabu, Januari 20, 2010 | Author: Tuk Kiyai
(Gambar hiasan)

KUALA LUMPUR, 20 JAN 2010 - Polis telah mereman lapan lelaki yang disyaki melakukan serangan ke atas gereja Metro Tabernacle pada 8 Januari lalu.

Dalam kejadian tersebut, tingkat satu gereja terbakar tetapi tiada seorangpun yang mengalami kecederaan.

Difahamkan salah seorang suspek ditahan di hospital Kuala Lumpur sewaktu hendak menerima rawatan akibat melecur di dada dan tangan.

Daripada lapan yang ditahan, dua adalah adik-beradik dan seorang adalah bapa saudara mereka.

Kelapan-lapan suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Dalam isu ini, kita mengharapkan pihak polis dapat menjalankan siasatan dengan adil dan telus agar dunia tidak memandang serong terhadap Malaysia.
MASJID DIBINA DENGAN DUIT LOTERI
Rabu, Januari 20, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Tok Kiyai tertarik dengan penjelasan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam sidang akhbar beberapa minggu lepas mengenai beberapa masalah mutakhir ini yang melibatkan orang Islam.

Tuan Guru menjelaskan bahawa punca berlakunya beberapa masalah seperti pembakaran gereja adalah kerana orang Melayu Islam itu sendiri yang menimbulkan kecelaruan dalam masyarakat Islam.

Antara kecelaruan yang ditimbulkan oleh orang Melayu Islam itu ialah:

1. Ada orang Islam yang mengatakan politik suku agama suku yang bercanggah dengan ajaran Nabi Muhammad yang menyatukan agama dan aktiviti hidup (politik)

2. Ada orang Islam mengatakan bahawa Islam hanya sesuai untuk zaman unta dan tidak sesuai pada zaman sains dan teknologi

3. Pada waktu dahulu, orang Melayu membina masjid dengan menggunakan duit loteri. Di Kelantan terdapat dua buah masjid yang dibina dengan menggunakan duit tersebut.

Untuk melihat sidang video Tuan Guru, sila klik di sini.
Negeri Tiada Sultan Boleh Guna Kalimah "Allah"
Selasa, Januari 19, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Tok Kiyai tak berapa faham dengan kenyataan menteri JPM ini... Kalau Tok Kiyai salah tolong betulkan saya.

Setahu Tok, jika negeri yang tidak mempunyai raja atau sultan, urusan agama Islam akan dipegang atau dijaga oleh Yang Dipertuan Agong. Jadi tidak timbul persoalan ada negeri yang boleh menggunakan kalimah Allah dan sebaliknya.

[FREEMALAYSIATODAY] Kalimah ‘Allah’ boleh digunakan di Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Labuan, Kuala Lumpur, Putrajaya), Sabah dan Sarawak kerana ketua negeri bukan seorang sultan.

“Di negeri-negeri di mana terdapatnya enakmen hal ehwal Islam adalah dilarang dari mengguna kalimah ‘Allah’,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Dalam kes Herald, beliau berkata Menteri Dalam Negeri merujuk kepada Akta Penerbitan dan Percetakan dan bukan digunakan enakmen untuk mengarahkan supaya penerbitan itu menghentikan penggunaan kalimah ‘Allah’ kerana kes ini timbul di Kuala Lumpur.

Bercakap kepada para pemberita selepas melancarkan kempen kesedaran pengangkutan awam di Hentian Puduraya di sini semalam, Nazri mempersoalkan keperluan orang-orang bukan Islam menggunakan perkataan Arab apabila mereka boleh menggunakan perkataan ‘Tuhan’.

Beliau berkata sebarang resolusi atau langkah penyelesaian berhubung dengan kontroversi penggunaan kalimah ‘Allah’ hendaklah diselesaikan melalui mahkamah.

“Jika kita mahu menyelesaikannya di luar mahkamah, sepatutnya (Ketua paderi gereja Katholik Kuala Lumpur), Tan Sri Murphy Pakiam mengambil langkah ini kerana beliaulah yang memohon semakan kehakiman ke atas tindakan Kementerian Dalam Negeri,” terang beliau.

SUMBER di sini.
KONONNYA UMNO PEJUANG ISLAM SEBENAR TAPI...
Isnin, Januari 18, 2010 | Author: Tuk Kiyai