Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

[18SX] Ibu hampir pengsan ketahui anak tonton animasi lucah!!

Label:

Berapa ramaikah ibu bapa yang melakukan "sport check" terhadap bilik/handphone anak-anak mereka? Perkara tersebut perlu dilakukan untuk mengetahui kemungkinan anak-anak ini menyimpan sesuatu yang tidak sepatutnya mereka miliki seperti VCD/klip video lucah. Perkara tersebut sememangnya akan menggelapkan hati dan mendorong mereka melakukan perkara yang tidak bermoral...

Saya petik:

[HM] IPOH: Seorang ibu hampir pengsan apabila pemeriksaan mengejut yang dilakukannya terhadap koleksi cakera padat digital (DVD) drama dan filem animasi dari Jepun milik anak lelakinya berusia 15 tahun, mengandungi adegan lucah melampau.

Rozilawati, 40-an, dari Taman Ampang, dekat sini, berkata keseluruhan jalan cerita, gaya pemakaian dan bentuk fizikal watak serta adegan ditonjolkan dalam DVD berkenaan melebihi had adegan lucah 18SX.

“Saya sesak nafas dan rasa seperti hendak pitam sebaik memasang DVD pertama berikutan kemunculan sekumpulan wanita berpakaian seksi sebelum seorang lelaki muncul mengganggu mereka.

“Selepas menontonnya hingga habis, saya dapati cerita berkenaan bukan saja patut dilarang untuk tontonan remaja bawah 18 tahun, sebaliknya perlu diharamkan terus. Saya hairan bagaimana cerita kartun sedemikian boleh memasuki pasaran negara dan dijual kepada pelajar sekolah,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro di sini, semalam.

Ibu bertudung labuh itu yang beberapa kali sebak sepanjang pertemuan berkenaan, turut membawa bersama kira-kira 15 keping DVD animasi pelbagai genre dirampas daripada anaknya.

“Saya sangka hanya DVD pertama dipasang itu mengandungi jalan cerita dan adegan berunsurkan lucah, tetapi sangkaan saya meleset kerana semua koleksi DVD animasi milik anak saya memaparkan benda sama yang tidak senonoh dan lucah melampau.

“Saya fikir tiada lagi kejutan dan sangka semua cerita DVD berkenaan hanya menampilkan watak seksi, adegan berunsurkan lucah dan dialog mengghairahkan.

“Sekali lagi jantung saya berdegup kencang apabila dua daripada koleksi DVD terbabit menampilkan 100 peratus cerita animasi lucah dengan adegan seks tanpa sebarang suntingan. Saya mengucap panjang dan beristighfar banyak kali kerana tak sangka anak saya menonton cerita seperti ini,” katanya.

Rozilawati berkata, rahsia anaknya itu berjaya dibongkar ketika pelajar tingkatan tiga berkenaan pergi ke sekolahnya pada hari pertama penggal persekolahan tahun ini, Isnin lalu.

“Saya mula rasa ada sesuatu tidak kena kerana sepanjang cuti persekolahan, dia lebih banyak menghabiskan masa berkurung dalam biliknya dan memberi alasan bermain Internet di komputer riba. Tingkah lakunya juga pelik apabila menghiasi dinding bilik tidurnya dengan poster watak animasi perempuan berpakaian menjolok mata.

“Dia juga semakin kerap tidur lewat dan bangun tengah malam untuk ke tandas. Namun perkara yang membuatkan saya nekad memeriksa biliknya ialah tindakannya menyimpan sebahagian koleksi DVD dalam laci yang dikunci.

“Selepas merampas semua DVD berkenaan, saya dan suami mengambil pendekatan berdiam diri untuk melihat reaksi anak apabila mengetahui rahsianya sudah terbongkar,” katanya.

Begitupun katanya, dia dan suami bersyukur apabila anaknya meminta maaf serta bertaubat tidak akan melihat lagi perkara seperti itu.

Katanya, selepas menyoal anaknya dari mana DVD berkenaan dibeli, dia membawanya dan suami ke deretan bangunan kedai yang terletak berdekatan sebuah restoran mamak tidak jauh dari rumahnya.

“Saya dan suami terkejut melihat terdapat bukan satu, tapi tiga premis secara terbuka menjual DVD dan VCD (video cakera padat) pelbagai jenis filem yang dipercayai cetak rompak berdasarkan harga ditawarkan iaitu sekitar RM5 hingga RM15 sekeping. “Malah, ketika berpura-pura masuk sebagai pelanggan, saya mendapati cerita animasi seperti dibeli anak saya diletakkan di bahagian terbuka.

“Suami memberitahu filem lucah turut dijual di satu sudut tersorok di bahagian belakang salah satu premis berkenaan. Saya pelik bagaimana premis yang terletak berhampiran kawasan perumahan ini boleh beroperasi secara terbuka.

“Yang pasti, ia jelas menunjukkan kecacatan dalam bidang penguatkuasaan pihak bertanggungjawab,” katanya.

Rozilawati berpendapat antara punca penularan gejala sosial di negara ini disebabkan remaja, termasuk kanak-kanak mudah terdedah kepada perkara negatif seperti melihat cerita berunsur lucah.

Klip video "JIRAN TERLAMPAU" pula tersebar angkara duda dajjal

Label:

Berjiwa binatang!! Pelakunya seorang duda, 66 tahun dan mangsa berusia 19 tahun

Saya petik:

[HM] TEMERLOH: Seorang bapa terkejut sebaik menonton klip video yang memaparkan anak perempuannya diperkosa seorang duda warga emas yang juga jirannya di sebuah rumah di Taman Seri Kuala Krau.

Kejadian dipercayai berlaku pada 2009 apabila duda berusia 66 tahun itu memanggil mangsa berusia 19 tahun setiap kali remaja terbabit mahu ke kedai apabila terpaksa melalui depan rumah suspek sebelum dipujuk masuk ke dalam rumah.

Difahamkan, suspek yang tinggal seorang diri selepas kematian isteri sejak empat tahun lalu dipercayai merogol mangsa yang mengalami masalah mental lebih daripada tiga kali dan dia dikatakan turut merakam aksi berkenaan menggunakan telefon bimbit.

Perbuatan keji itu terbongkar selepas rakaman berkenaan tersebar hingga ke Felda Jenderak Utara dekat sini, sebelum rakan kepada bapa mangsa mengecam wajah remaja terbabit sebagai anak kenalannya.

Berikutan itu, dia memaklumkan mengenai penyebaran klip video itu kepada bapa mangsa yang bekerja sebagai buruh sebelum lelaki berkenaan yang terkejut dengan berita itu bertindak mencari penyebar rakaman terbabit dan menemui seorang lelaki yang masih menyimpan rakaman itu sebelum menyaksikannya sendiri.

Bapa mangsa yang berusia 40-an memberitahu mengenai klip video berkenaan kepada isterinya sebelum mereka membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh pada 29 Disember lalu.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Md Nor Mansor, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

Menurutnya, susulan laporan bapa mangsa, duda terbabit ditahan di rumahnya pada 30 Disember lalu sebelum dibawa ke IPD Temerloh bagi membantu siasatan.

Katanya, pada masa sama, mangsa yang juga anak sulung daripada tiga beradik dipercayai mengalami masalah mental dan dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) untuk pemeriksaan lanjut.

Md Nor berkata, polis turut merampas telefon bimbit yang mempunyai rakaman aksi berkenaan dan dihantar ke bahagian forensik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk pemeriksaan lebih teliti dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

(Gambar sekadar hiasan)

Isteri tua parah ditetak isteri muda

Label:

Saya petik:

[KS] JITRA — Seorang suri rumah cedera parah di bahagian kepala, muka dan tangan akibat ditetak dengan parang oleh madunya di Kampung Baru, Sungai Korok dekat sini, hari ini.

Kejadian pada kira-kira 10 pagi itu dipercayai berpunca dari perasaan cemburu antara kedua-dua wanita tersebut yang tinggal sebumbung sejak dua minggu lepas.

Wanita berumur 54 tahun itu kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar dan keadaannya dilaporkan stabil manakala madunya yang berumur 27 tahun dipercayai telah melarikan diri selepas kejadian itu.

Anak perempuan mangsa yang berumur 17 tahun turut cedera di kaki akibat terpijak parang yang digunakan dalam serangan itu dan kini dirawat di Hospital Jitra.

Mangsa mempunyai enam orang anak manakala madunya mempunyai seorang anak lelaki berumur lapan bulan. — Bernama

(Gambar sekadar hiasan)

Rogol amah: Kes ditutup atas permintaan mangsa - Migrant Care

Label:

Saya petik:

[MK] Demi menghormati hak seorang amah Indonesia yang didakwa dirogol oleh seorang menteri Malaysia, NGO - Migrant Care yang berpangkalan di Jakarta memutuskan untuk tidak akan membawa perkara berkenaan kepada mahkamah, lapor Kompas.com.

"Kami berada pada posisi menghormati permintaan mangsa supaya kes ini tidak dihebahkan dan dibawa ke muka pengadilan,” kata penganalis dasar, Migrant Care, Wahyu Susilo, hari ini dalam sidang media di Warung Daun, Cikini, Jakarta.

Menurut Wahyu, Migrant Care berharap kejadian itu dijadikan teladan kepada kerajaan Indonesia supaya tidak mengabaikan nasib pekerjanya di luar negara.

"Pemerkosaan perlu dibuktikan dan harus ada laporan sebelum membolehkan tindakan lanjut diambil. Tetapi sehingga malam semalam, mangsa masih belum mahu membuat laporan, maka kami hanya menghormati.

"Saya kira dalam keadaan ini kami tidak boleh ke mahkamah tetapi hanya ingin menegakkan hak asasi manusia dan mahu kes tersebut dijadikan pelajaran kepada kedua-dua kerajaan untuk benar-benar serius soal perlindungan buruh asing,” katanya.

Wahyu juga mengakui memang tidak ada tindakan yang boleh diambil pihaknya dan kerajaan Indonesia.

Tak boleh buat apa-apa

"Mereka (Kerajaan Malaysia) juga tidak boleh berbuat apa-apa, kerana laporan kami sifatnya hanya untuk melindungi mangsa yang saat itu belum ada Lembaga Perlindungan Saksi dan Korban," kata Wahyu.

azlanDitanya wartawan mengenai kemungkinan mangsa disogok wang untuk menutup kes berkenaan, Wahyu berkata mereka tidak dimaklumkan mengenainya.

"... hanya terima gajinya yang jadi haknya. Tidak ada masalah penggajian. Setelah laporan ini dibuat di tahun 2007, kami tidak pernah juga memberitahu atau berhubungan dengan menteri itu," kataya.

Menurut Wahyu, yang penting, mangsa sekarang berada di tempat yang aman dan sudah kembali ke Indonesia pada tahun 2007.

"Tapi lagi-lagi kami tidak boleh memberitahu keadaannya,” kata Wahyu.

Laporan Polis akan di buat terhadap lelaki ini?

Label:

Mungkinkah lelaki ini yang dimaksudkan oleh PAS Johor?

Saya petik:

[MK] JOHOR: PAS Johor akan membuat laporan polis di Labis hari ini mengenai satu rakaman video seorang pegawai tinggi kerajaan negeri menggesa para guru menyokong kempen BN dalam pilihan raya kecil DUN Tenang.

Pencalonan ditetapkan pada 22 Januari dan pengundian pada 30 Januari bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut ekoran kematian penyandangnya dari BN Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lalu lapor portal Malaysiakini.

Timbalan pesuruhjaya PAS Johor, Zulkifli Ahmad memberitahu hari ini bahawa rakaman video itu akan dimuat-naik di YouTube.

"Kami akan membuat laporan polis mengenai perkara itu di balai polis Labis bersama bukti untuk menyokongnya," kata beliau.

Zulkifli berkata, pihaknya melihatnya sebagai satu bukti jelas pegawai dan jentera kerajaan diguna untuk membantu BN mendapatkan sokongan melalui cara yang melanggar sikap tidak memihak kakitangan awam dalam politik.

Menurutnya lagi, jika pegawai kanan kerajaan negeri mahu mengambil bahagian dalam politik, mereka mesti meletak jawatan terlebih dahulu sebelum memasuki gelanggang politik.

Sementara itu, Zulkifli berkata, partinya juga tidak bimbang dengan pengedaran dua buku berjudul 'DAP Anti-Islam' dan 'Khawarij dan Parti PAS ', menjelang kempen pilihan raya Tenang.

p/s: Untuk melihat video, sila klik di sini.

Janda dihumban kekasih dari tingkat 10

Label:

Kesian... Siapakah jantan itu yang berjiwa binatang!!!

Saya petik:

[HM] AMPANG: Seorang janda maut disyaki dihumban dari tingkat 10 Kondominium Bukit Pandan, Pandan Perdana, di sini, selepas bertengkar dengan kekasihnya, awal pagi semalam.

Wanita berusia 28 tahun itu mati di tempat kejadian akibat parah pada seluruh badan. Mayatnya ditemui dalam keadaan terbaring di tempat letak kereta kondominium berkenaan, jam 3.10 pagi.

Mayat mangsa ditemui seorang pengawal keselamatan sebelum melaporkan kepada polis.

Berdasarkan siasatan awal, mangsa bekerja sebagai kerani dan tinggal di Setapak Jaya, Sentul.

Difahamkan, mangsa, Lai Puai Sern, 28, yang bercerai tiga tahun lalu mempunyai dua anak perempuan berusia enam dan lapan tahun. Bagaimanapun, kedua-dua anak mangsa kini dijaga bekas suami.

Seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, Lai menjalin hubungan cinta dengan seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun selepas bercerai.

Dia yang ditemui di luar perkarangan Bilik Mayat Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPHUKM) berkata, mangsa pergi ke kondominium berkenaan untuk bertemu kekasihnya itu, awal pagi semalam.

“Mangsa yang ditemani seorang rakan naik ke tingkat atas kondominium itu bersendirian, manakala rakannya hanya menunggu di dalam kereta. Bagaimanapun, tidak lama kemudian mangsa ditemui jatuh berlumuran darah,” katanya.

Menurutnya, mangsa sebelum ini pernah mengadu menghadapi masalah dengan kekasihnya berikutan hubungan cinta itu dihalang keluarga teman lelakinya.

“Malah, mangsa sebelum ini turut memadamkan semua SMS dihantar kekasihnya berikutan kecewa dengan apa yang berlaku. Bagaimanapun, kami terkejut kerana mangsa ditemui mati dalam keadaan tragis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang dihubungi mengesahkan penemuan mayat wanita itu yang ditemui terjatuh dari kondominium berkenaan.

Menurutnya, polis tidak menolak andaian mangsa dicampak dari kondominium itu berpunca daripada pertengkaran dengan individu yang dikenali.

“Berdasarkan siasatan, ada penduduk mendakwa mendengar bunyi pertengkaran dari tingkat atas kondominium berkenaan. Polis sudah mengenal pasti identiti lelaki yang mempunyai hubungan dengan mangsa dan tindakan lanjut akan diambil,” katanya.

Ditanya sama ada kematian mangsa berunsurkan kes pembunuhan, beliau bagaimanapun enggan mendedahkan perkara itu sehingga siasatan lengkap dilakukan.

Pelajar lari berbogel selepas diperkosa jiran!!

Label:

Saya petik:

[HM] Kota Marudu - Seorang gadis lembam bawah umur dipercayai terpaksa berlari pulang ke rumah dalam keadaan tidak berbaju selepas dirogol jiran dajal di dalam pondok usang di sebuah kebun kelapa di sini, Isnin lalu.

Gadis orang kurang upaya (OKU) berusia 14 tahun itu dikatakan termakan pujukan suspek yang mengajaknya ke kebun ketika pulang dari sekolah dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu.

Keluarga mangsa hanya menyedari kejadian malang menimpa gadis berkenaan apabila mendapati dia berkurung di dalam biliknya sambil menangis selepas pulang ke rumah kira-kira jam 1 pagi, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Deputi Superintendan Mohd Isa Yusof berkata, ibunya pelik apabila mendapati anaknya lewat pulang dari sekolah dan rasa curiganya memuncak apabila melihat gadis berkenaan menangis teresak-esak di dalam bilik.

Mohd Isa berkata, hairan melihat keadaan anaknya itu, wanita berkenaan kemudian bertanya apa yang berlaku dan selepas beberapa kali dipujuk, mangsa memberitahu dia dirogol jiran di dalam sebuah pondok di kebun kelapa berdekatan rumahnya.

“Terkejut dengan pendedahan anak gadisnya itu, wanita berkenaan kemudian membuat laporan di Balai Polis Kota Marudu pada jam 8.30 pagi keesokan harinya,” katanya. Katanya, sepasukan anggota polis dihantar ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan dan menahan seorang lelaki berusia 21 tahun bagi membantu siasatan.

“Siasatan mendapati suspek adalah jiran yang dimaksudkan mangsa dan dia ditahan di rumahnya yang terletak tidak jauh dari rumah gadis berkenaan.

“Suspek dikatakan memujuk mangsa supaya mengikutnya ke sebuah pondok di dalam kebun kelapa yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumahnya ketika gadis itu dalam perjalanan pulang dari sekolah,” katanya.

Menurutnya, beberapa barang bukti termasuk baju yang dipakai mangsa turut ditemui di tempat kejadian dan dihantar ke makmal untuk siasatan manakala mangsa ke Hospital Kota Marudu untuk pemeriksaan lanjut.

"Suspek kini ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya.

(Gambar sekadar hiasan)

[VIDEO] Pengarah Pelajaran Johor bercakap seperti pemimpin umno di DUN Tenang. Apa komen Menteri Pelajaran?

Label:

Pengarah Pendidikan Negeri Johor Tuan Haji Markom bin Giran (gambar) turun ke sekolah di Tenang untuk merayu guru-guru kaunseling membantu jentera Barisan Nasional menghadapi Pilihanraya Kecil N.05 Tenang. Apa reaksi Muhyiddin selaku Menteri Pelajaran? Kalaulah Pengarah Pendidikan Negeri Johor ini berkempen untuk PAS, rasanya dah kena warning...

[TERKINI] MB & exco hadiri majlis angkat sumpah Khusrin. Bukti taat setia kepada Sultan

Label:

Saya petik:

MB: Hadir tak bermakna rela

[MK] Kehadiran menteri besar dan seluruh exco kerajaan Selangor ke majlis angkat sumpah Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) yang baru tidak bermakna tindakan itu direlakan, kata Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Memandangkan hari ini juga ditetapkan untuk majlis angkat sumpah Datuk Khusrin, kami ingin menegaskab kehadiran kami tidak bermakna kami rela dengan tindakan arbitrasi SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) terhadap pentadbiran kami.

"Kami tetap dengan pendirian bahawa isu pelantikan SUK belum muktamad dan perlu penyelesaian bijaksana," katanya dalam kenyataan bertulis kepada media yang diedarkan di Istana Bukit Kayangan Shah Alam.

Ini dia remaja bakal masuk sekolah mengandung

Label:

Saya petik:

[HM] MELAKA: Tindakan segelintir pasangan remaja memadu kasih di beberapa wakaf di Perkampungan Ikan Bakar Terapung (PIBT) Umbai, dekat sini, menimbulkan rasa kurang senang pengunjung medan selera berkenaan.

Pasangan remaja terbabit yang datang menaiki motosikal sering duduk di wakaf berkenaan sambil bercumbuan, malah ada yang melakukan aksi lebih daripada itu.

Pekerja di PIBT Umbai, Sapiah Khamis, 50, mendakwa perbuatan segelintir remaja terbabit ada kalanya melakukan perbuatan terkutuk sambil berbaring dalam keadaan telanjang di atas bangku wakaf.

Menurutnya, perbuatan sumbang remaja yang berusia 20-an itu sudah lama berlaku dan mereka mudah berbuat begitu kerana tiga wakaf itu terlindung pokok bakau serta tumbuhan lain yang merimbun.

“Pernah satu ketika saya menegur satu pasangan remaja yang duduk bermesra di satu wakaf di situ, tetapi menyakitkan hati apabila mereka dengan sengaja melakukan aksi bercium di depan saya.

“Saya hanya mampu menegur perbuatan mereka itu. Bagaimanapun, saya kecewa dan terkilan apabila remaja terbabit sanggup berbuat demikian tanpa malu,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Sementara itu, Sapiah berkata, pasangan remaja terbabit berkunjung ke wakaf di situ hampir setiap hari dan tidak mengira waktu iaitu dari pagi hingga Maghrib.

Sehubungan itu, dia berharap pihak berkenaan mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani kegiatan kurang sihat di situ.

“Selain itu, pihak berkenaan perlu mencantas bahagian bawah setiap pokok bakau yang merimbun dan melindungi pemandangan wakaf dari bangunan PIBT dan kawasan lapang lain supaya mereka tidak berani atau mempunyai peluang melakukan perbuatan keji itu,” katanya.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, masalah berkenaan perlu diatasi segera sebelum ia menjadi kawasan tumpuan pasangan memadu kasih.

Katanya, kemudahan itu disediakan untuk tujuan bersantai dan bukan melakukan perkara tidak sepatutnya.

“Malah, perbuatan tidak sopan dilakukan sesetengah pasangan terbabit dianggap tidak wajar dan bertentangan hukum agama serta nilai budaya bangsa kita.

“Bagaimana jika ada keluarga yang membawa anak masing-masing bersiar-siar di sekitar wakaf berkenaan dan terserempak mereka yang sedang bercumbuan. Sudah tentu ia boleh menimbulkan perasaan malu bagi keluarga berkenaan,” katanya.

(Gambar sekadar hiasan)

Kecoh ular tedung melintas depan TV

Label:

ANGGOTA JPAM Perlis menunjukkan ular tedung selar sepanjang lima meter yang ditangkap dalam sebuah rumah penduduk kampung di Ulu Pauh, Arau semalam.

Bagi mereka yang lemah semangat, mungkin terus pengsan seperti pak Arab dalam youtube di bawah....

Saya petik:

[KS] ARAU - Ketenangan sebuah keluarga di Kampung Tengah, Ulu Pauh dekat sini yang sedang berehat di ruang tamu bertukar kecoh apabila seekor ular tedung selar sepanjang lima meter muncul ketika mereka menonton televisyen semalam.

Kejadian tersebut menyebabkan penghuni di rumah berkenaan bertempiaran lari keluar dari rumah bagi menyelamatkan diri sebelum menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Perlis kira-kira pukul 7 malam.

Ketua Operasi JPAM, Mohd. Farhan Abdul Aziz berkata, pihaknya mengambil masa 10 minit untuk menangkap reptilia tersebut yang bersembunyi di belakang rak televisyen rumah itu.

"Pemeriksaan dilakukan di seluruh sudut rumah penduduk itu dan akhirnya kami menemui ular itu di belakang rak tersebut.

"Kami terpaksa menggunakan cangkuk besi untuk menangkap ular itu sebelum dimasukkan ke dalam sangkar besi," katanya.

Jelasnya, ular tersebut yang berwarna kuning dipercayai datang dari arah bukit berhampiran bagi mencari tempat yang lebih panas untuk bersembunyi.

"Ular itu adalah spesies reptilia berbisa yang paling besar pernah kami tangkap setakat ini," ujarnya.

Lawak Pak Arab...

[PANAS] Teoh tidak bunuh diri atau dibunuh

Label:

Haha, tu dia!!

Saya petik:

[MK] Koroner Azmil Muntapha Abas hari ini membuat penghakiman terbuka berhubung inkues Teoh Beng Hock, yang ditemui mati pada 16 Julai 2009.

Beliau memutuskan punca kematian Teoh bukan kerana bunuh diri mahupun dibunuh.

Menurutnya, masih ada isu-isu yang belum diselesaikan pada kes bunuh diri dan menegaskan bahawa untuk menentukannya secara telahan adalah tidak boleh diterima.

Berikutan itu, Azmil memutuskan kematian Teoh bukan kerana bunuh diri.
Azmil berkata, ada bukti yang mencukupi untuk menunjukkan bahawa kecederaan pada leher Teoh berlaku sebelum dia jatuh, tetapi tidak ada bukti untuk mengesahkan bahawa kecederaan itu menyumbang kepada kematiannya.

Azmil, yang mendengar inkues itu mulai 29 Julai, 2009, juga berkata tidak ada pihak ketiga yang terbabit dengan kematian tersebut.

Sebelum itu, Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini sesak dengan penyokong dan media bagi mendengar keputusan inkues berhubung kematian pembantu exco kerajaan negeri Selangor Teoh Beng Hock yang mati dua tahun lalu.

Mendiang Teoh dijumpai tidak bernyawa ketika disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) selepas terjatuh dari tingkat lima pejabat SPRM Shah Alam. Kira-kira jam 2 petang, ibubapa dan adik perempuannya hadir di perkarangan mahkamah. Sementara itu, penyokong-penyokongnya menaikkan kain rentang serta melaungkan 'Justice For Beng Hock'.

Tidak kurang juga yang memakai bunga kekwa putih di baju mereka.

Manakala peguam-peguam yang mewakilinya pelbagai pihak pula hadir kira-kira jam 2.30 petang.

Kelihatan juga di perkarangan jumlah anggota polis yang luar biasa ramainya dan sekatan jalan di beberapa jalan utama menuju ke mahkamah.

[PANAS] Rais Yatim nafi dakwaan perkosa amah. Saman Datuk!!

Label:

Akhirnya Datuk Seri Rais Yatim menafikannya. Kita harap Datuk akan menyaman pihak-pihak yang memfitnahnya. Yang peliknya mengapa ada tertulis nama Datuk Rais Yatim dalam dokumen yang didedahkan oleh NGO Indonesia itu?

Saya petik:

[MK] Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim, menafikan dakwaan laporan blog dan parti pembangkang terhadapnya, termasuk dakwaan memperkosa.

"Saya nafikan dakwaan berkenaan, sama ada mengenai pemerkosaan mana-mana individu empat tahun lalu (2007) atau dakwaan lain yang ditimbulkan oleh bloger di Internet ataupun entiti politik,” katanya dalam satu kenyataan.

Rais menyifatkan perkara itu sebagai “tuduhan liar” terhadapnya sejak akhir-akhir ini di blog dan oleh parti pembangkang yang penuh dengan kenyataan fitnah dan penipuan jahat.

Penjelasan Karam Singh Walia terhadap video panasnya

Label:

Sebelum ini saya siarkan sebuah video kontroversi wartawan TV3 Karam Singh Walia yang dimaki hamun oleh sekumpulan lelaki Melayu memaksa beliau meminta maaf kerana katanya menghina Melayu. Sila klik link ini untuk melihat video tersebut.

Di bawah ini pula adalah penjelasan daripada Karam Singh Walia berkenaan video kontroversi tersebut.

Saya petik:

[KS] KUALA LUMPUR - Wartawan penyiaran Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3), Karam Singh Walia (gambar) menafikan dia mabuk semasa didakwa mengeluarkan kenyataan berbau perkauman di sebuah restoran di Klang baru-baru ini.

Katanya, dia masih waras dan sedar apa yang diperkatakan ketika kejadian itu.

Menceritakan semula insiden itu, Karam berkata, dia pada mulanya menegur sikap sekumpulan remaja yang meletakkan motosikal dengan sesuka hati di hadapan sebuah restoran India Muslim.

"Saya marah mereka dan mengatakan 'letak motosikal tidak pakai otak, bodoh punya orang'. Saya ulangi perkataan yang sama selepas duduk di dalam restoran sambil memesan makanan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Karam berkata, tidak lama kemudian salah seorang penunggang motosikal terbabit telah menuduhnya menghina orang Melayu menyebabkan kira-kira 20 orang lelaki lain mengepungnya.

Apabila merasakan keselamatannya terancam, dia lantas meminta maaf kerana tidak mahu meneruskan perbalahan dan cuba meredakan keadaan.

"Ketika itu saya malu dan tertekan kerana bersama saya ialah anak saudara yang baru pulang dari England dan saya bimbang dia dicederakan. Sebab itu saya memohon maaf kepada kumpulan itu," jelasnya.

Menteri Rogol Amah: SAMM selesai buat laporan polis, dakwa ada bukti

Label:

(Sumber gambar di sini)

Berdasarkan maklumat, SAMM telah selesai membuat laporan polis berserta dengan bukti. Kita tunggu pula apa respon menteri tersebut demi membersihkan maruah diri...

Saya petik:

[HD] KUALA LUMPUR, 5 Jan: Ekoran isu dakwaan seorang menteri merogol pembantu rumah warga Indonesia, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini akan membuat satu laporan polis dan mendakwa mempunyai dokumen berkaitan.

Pengerusinya, Badrul Hisham Shaharin dijangka akan membuat laporan polis tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban 2, jam 10.45 pagi ini.

Laporan polis itu merupakan perkembangan terbaru isu tersebut yang kini mengundang berdebatan hangat di ruang maya khususnya blog-blog politik.

Sementara itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) dalam satu kenyataan lewat petang semalam turut menggesa menteri yang didakwa terlibat, segera membersihkan nama beliau.

Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, perdebatan dalam blog-blog kini jelas merujuk kepada nama seorang menteri, dan menteri itu perlu memberi respon segera.

"Sejauhmana kebenarannya, hanya beliau dan Tuhan sahaja yang mengetahuinya.

Selain penafian menteri tersebut, AMK juga turut menggesa Perdana Menteri melakukan penyiasatan menyeluruh demi membersihkan maruah negara yang tercemar.

Menurutnya, jika dakwaan ini benar, ianya bakal memberi kesan yang negatif kepada hubungan serantau Malaysia-Indonesia berikutan sikap 'duduk dan diam' oleh kerajaan Malaysia.

Sejak tiga siri pendedahan berhubung isu itu disiarkan Harakahdaily, rangkaian bloger terus memperdebat dan mencari siapa menteri yang didedah oleh laporan WikiLeaks itu.

Pemimpin akhbar pro BN, Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan, NGO Tenaganita dan NGO pekerja Indonesia, Migrant Care, antara yang awal tampil dengan perincian berhubung dakwaan ini.

Tersebarnya dokumen salinan bertajuk ‘Laporan Investigasi Robengah (BMI) yang mengalami perkosaan oleh majikannya’ telah menjadi rujukan utama para bloger dalam mencari nama menteri tersebut.

"Dalam waktu terdekat, AMK akan menghantar beberapa orang Exco untuk suatu misi mendapatkan maklumat (fact findings mission) mengenai jenayah terkutuk ini dengan mengunjungi pihak Migrant Care dan juga pihak Kedutaan Indonesia bertujuan untukmendapatkan fakta-fakta yang sebenar berkaitan kejadian rogol ini," tambah Shamsul lagi.

Kes rogol ini didakwa telahpun berlaku sewaktu pemerintahan Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi lagi, tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil kononnya untuk 'mengelakkan konflik serantau'.

Kejadian tersebut didakwa berlaku pada 19 Februari 2007 dan mangsa dikatakan telah dipaksa untuk mendiamkan perkara ini berikutan ugutan yang dibuat ke atas mangsa.

"AMK yakin dan percaya, sekiranya dakwaan ini benar, isu ini membawa impak yang sangat buruk kepada kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Sri Najib Tun Razak, dalam keadaan beliau gagal menjamin kredibiliti dan integriti kabinet beliau sehinggakan tergamak mengekalkan seorang penjenayah seksual di dalam kabinet beliau," katanya.

Isteri Kedua Pengerusi SYABAS Perlu Fail Fasakh Jika Mahu Cerai

Label:

Saya petik:

[MStar] KUALA LUMPUR: Isteri kedua kepada Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail perlu memfailkan permohonan fasakh jika masih mengekalkan hasrat untuk bercerai.

Justynn Cassandra, 25, sebelum ini memfailkan permohonan di Mahkamah Rendah Syariah di sini untuk bercerai secara baik daripada Rozali dengan kebenaran mahkamah.

Kes itu disebut untuk kali pertama pada 8 Disember lalu dan Hakim Syarie Ab Malik Awang menangguhkan kes bagi membenarkan pasangan itu berbincang secara baik selepas Rozali tidak bersetuju untuk bercerai.

Bagaimanapun, pada prosiding Selasa, peguam syarie Amli Embong yang mewakili Justynn memberitahu, perbincangan telah diadakan tetapi tidak dapat mencapai keputusan yang positif.

“Pihak kami memohon supaya dibenarkan untuk meminda permohonan asal kepada permohonan perceraian secara fasakh,” katanya.

Ab Malik bagaimanapun berpendapat permohonan baru harus difailkan kerana ia akan lebih memudahkan prosiding, dan bukannya dengan cara meminda permohonan asal.

Amli semasa dihubungi mStar Online mengesahkan bahawa Justynn akan memfailkan permohonan fasakh, bagaimanapun masih tidak mempunyai tarikh untuk berbuat demikian.

Pada prosiding itu, Rozali tidak hadir dan hanya diwakili oleh peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan.

Rozali dan Justynn mendirikan rumah tangga di Perlis pada 2006 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata berusia empat tahun dan setahun.

Umno Johor sangat takut kepada Anwar. Buktinya disini..

Label:

Kata umno kuat di Johor. Apa tak kuatnya, uri umno tertanam di negeri itu. Tapi bila Anwar masuk berceramah ke negeri itu, pemimpin umno berpeluh sampai ke kenting. Maka bermacam-macam cara dilakukan untuk menggagalkannya. Seperti biasa polis digunakan untuk menakutkan rakyat. Apa hal?? Takut ke?? Janganlah ingat rakyat boleh diperbodohkan sepanjang masa. Sudah sampai masanya PR menawan Johor, negeri kelahiran umno!!

Saya petik:

[MK] Di sebalik reputasi sebagai kubu kuat BN, kehadiran ketua umum PKR untuk kempen pilihan raya kecil Tenang menimbulkan peluh dingin di kalangan pemimpin BN.

Di dua ceramah malam tadi, polis terus bertindak sebaik sahaja Anwar mengambil tempatnya untuk berpidato.

Sebagai kontras, ucapan beberapa pemimpin Pakatan rakyat yang lain tidak dihiraukan dan dibiarkan berlarutan.

“Bila pemimpin lain berucap, tiada ganguan. Bila Anwar berucap, polis akan terus menganggu dan menghentikannya.

“Umno Johor cukup gusar dengan kehadiran Anwar kerana beliau cukup berpengaruh di sini, khususnya ketika menjadi timbalan perdana menteri,” kata ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman.

Pada majlis pertama di Kampung Ayer Panas, jalan menuju ke tempat itu dibarisi kenderaan polis dan sekatan jalan raya.

Menurut orang ramai, kehadiraan polis yang ramai itu menakutkan masyarakat setempat untuk keluar menghadiri majlis berkenaan. Hanya kira-kira 300 orang hadir.

Apabila tiba giliran Anwar berucap pada jam 9.45 malam semalam, polis terus bertindak dan mengarahkan ceramah berkenaan dihentikan. Anwar akur dan bergerak menuju majlis keduanya di Felda Cempelak.

Meriam air

Ceramah di Felda Cempelak berjaya menarik lebih ramai hadirin - kali ini sekitar 3,000 orang, meskipun dengan kehadiran anggota polis yang tetap ramai dan diperlengkapkan dengan dua trak meriam air.

Anwar mengambil tempatnya di pentas utama pada jam 10.45 malam selepas ucapan pemimpin lain seperti ketua PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng, Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Mazlan.

Sebaik sahaja mahu mula berucap, polis naik ke pentas untuk menghentikan ketua pembangkang itu. Pihak penganjur juga gagal memujuk polis supaya membenarkan Anwar untuk berucap dan semua peralatan pembesar suara juga dirampas.

Tanpa menghiraukan larangan itu, Anwar meneruskan ceramah menggunakan hailer. Namun hanya mereka yang berada berdekatan dapat mendengar.

Polis membiarkan ceramah itu berterusan selama kira-kira 40 minit sehinggalah Anwar menimbulkan isu Apco Worldwide, sebuah firma antarabangsa yang diupah oleh pentadbiran Najib.

“Apabila Anwar timbulkan Apco Worldwide, polis terus mengepung kawasan itu. Bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini kami terpaksa menamatkan ceramah itu,” kata Mazlan yang juga timbalan pengarah kempen pilihan raya kecil PAS bagi kerusi Tenang.

Penamaan calon pilihan raya kecil DUN Tenang dijadualkan pada 22 Januari ini, manakala pengundian ditetapkan pada 30 Januari jika ada pertandingan.

Harga petrol naik 10 sen lagi berkuatkuasa malam ini!!

Label:

Saya petik:

[MK] Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen lagi kepada RM2.40 seliter berkuatkuasa tengah malam ini, mengikut sumber.

Bagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Pada 1 Nov lalu, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter dan akhir bulan yang sama ia dinaikkan lagi 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter.

Identiti "Pas Beruk" yang Memburuk-burukkan ADUN Selising Terbongkar!!

Label:

(Sumber foto di sini)

Nama pemilik akaun Facebook "Pas Beruk" - Syamsul Azrai bin Mohd Hussain
Jawatan - Penolong Pengarah Biro Tata Negara.

Bahasa yang digunakan oleh Penolong Pengarah Biro Tata Negara di dalam FB juga terlalu biadap dan sarat dengan cacian. Sumber: kerengga

p/s: Orang umno rupa-rupanya. Patut la program BTN menyuntik semangat perkauman yang sempit...Rosak bangsa Malaysia!!

Misteri Misbun Sidek meletakkan jawatan & keluar BAM

Label:

(Datuk Lee Chong Wei dikhabarkan akan keluar BAM untuk mengikuti jurulatihnya, Misbun Sidek yang meletakkan jawatan secara mengejut, Jumaat lalu)

Apa dah jadi? Kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang. Kalau tidak ada "isu panas" masakan jurulatih badminton negara, Datuk Misbun Sidek secara mengejut keluar dari BAM.

Saya petik:

[MS] “SAYA hanya boleh pesan kepada Chong Wei (Datuk Lee Chong Wei) supaya selamatkan diri sendiri sebelum kita cuba selamatkan orang lain,” kata jurulatih badminton negara Datuk Misbun Sidek di kediaman keluarganya di Banting, Selangor, lewat petang semalam.

Kenyataan penuh bermakna itu keluar dari mulutnya menjawab pertanyaan sekiranya Lee Chong Wei mahu mengikut jejak meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Usaha menjejaki Misbun untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai isu peletakan jawatan berkuat kuasa semalam bagaimanapun masih gagal menemui jawapannya.

Walaupun berjaya menemui jurulatih itu, beliau masih enggan berbicara dan mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku.

“Seperti saya katakan sebelum ini, saya belum sedia untuk memberi sebarang ulasan. Berilah saya masa... biarkan semua ini reda dulu,” kata Misbun yang berjaya mengangkat Chong Wei ke ranking nombor satu dunia sejak 2008 hingga kini.

Biarpun lebih banyak membisu daripada menjawab persoalan, beliau tetap menghormati permintaan wartawan apabila menjawab beberapa pertanyaan yang dirasakan tidak akan menyinggung mana-mana pihak.

“Saya sedia bertemu Nadzmi (Presiden BAM, Datuk Mohd Nadzmi Salleh) jika dia mahu jumpa, atas dasar bekas majikan,” katanya.

Namun ketika ditanya sama ada akan kembali bersama BAM Misbun berkata: “Kita tengoklah, kalau... (tidak meneruskan ayat).”

Bagaimanapun emosinya terusik apabila diajukan soalan mempersoal kesetiaannya pada negara dengan mengambil tindakan meletak jawatan ketika negara memburu emas pertama Sukan Olimpik.

“Terpulang kepada orang, apa mereka nak cakap, tapi selama ini...,” kata Misbun sambil mengurut dada menahan sebak.

Peletakan jawatan Misbun ini menyebabkan Chong Wei bertolak ke Taiwan untuk Siri Super Final petang semalam diiringi Tay Seu Bock.

Berita Berkaitan: BUKAN KERANA SAYA

Baru Bertunang Sudah Tinggal Serumah?

Label:

Kalau benarlah dakwaan janda Norman Hakim ini, masyarakat setempat dan Jabatan Agama perlu membuat pemantauan terhadap pasangan ini. Kita perlu ingat bahawa bala Tuhan tidak hanya terkena kepada pelakunya tetapi juga kepada manusia di sekelilingnya. Ingatlah, BERTUNANG BUKAN LESEN UNTUK BERBUAT MAKSIAT!!!

Saya petik:

[MStar] PETALING JAYA: Pelakon Memey Suhaiza atau nama sebenar Suhaiza Suhaimi kecewa dengan tindakan bekas isteri tunangnya, Abby Abadi yang menjadikan laman sosial Facebook untuk menyerangnya secara peribadi.

Dalam status Facebook milik Abby yang dihantar pada Isnin, Abby meluahkan perasaan marah apabila panggilan telefonnya kepada Norman Hakim untuk berurusan mengenai anak mereka yang hendak ke sekolah pada hari pertama persekolahan pada tahun ini dijawab oleh Memey.

Menerusi Facebook itu juga, Abby turut menyindir Memey sebagai perempuan gatal selain mendakwa Memey seolah-olah begitu berbangga kerana mahu menunjuk mereka tinggal serumah.

“Salahkah saya jawab panggilan telefon bagi pihak tunang saya? Saya bukan buat salah besar sehingga dia hendak marahkan saya sampai macam tu sekali? Saya terkejut dengan tindakan Abby selepas dimaklumkan oleh seseorang ketika tiba di lokasi penggambaran.

“Nak ikutkan secara logik, ia bukan isu besar dan Abby tergamak menulis sebegitu rupa dalam Facebook sehingga ia boleh ditatap oleh ramai orang,” katanya kepada mStar Online, Isnin.

Menurut Memey, ketika telefon tersebut berbunyi dia tidak menyedari ia panggilan daripada Abby kerana tidak tertera nama pemangil. Menurutnya, tindakan tersebut juga telah menimbulkan persepsi buruk segelintir masyarakat terhadapnya.

“Saya mahu buka buku baru untuk tahun ini, tapi dia mulakan dengan buat persepsi buruk terhadap saya. Perkara ini juga melibatkan maruah saya.

“Saya malas mahu besarkan keadaan dan saya hanya nasihatkan agar dia fikirkan dahulu sesuatu perkara secara rasional,” katanya.Tambah Memey, dia berharap untuk tahun baru 2011 ini tiada lagi sengketa antara dia dan pelakon tersebut.

“Saya tahu dia tidak suka saya, diantara kami memang tidak boleh berbaik tapi tolonglah jangan timbulkan sebarang sengketa,” katanya.

Dalam pada itu, Memey turut mengakui terpaksa menangguhkan perkahwinannya dengan Norman pada penghujung tahun ini.

“Sepatutnya kami merancang untuk berkahwin pada 8 Januari ini tetapi tidak sempat untuk buat persiapan. Selepas bertunang banyak rezeki yang datang terutama tawaran untuk berlakon bersama Norman.

“Insya-Allah beberapa tarikh telah dipilih pada penghujung tahun ini tapi mungkin juga ia akan dilakukan lebih awal iaitu pertengahan tahun ini jika kami berdua sudah bersedia,” katanya yang sedang membuat penggambaran drama Bola Cinta musim kedua.

Guru maut terjun bangunan gara-gara putus cinta

Label:

Jangan tiru cara guru ini. Jadikan pengajaran...

Saya petik:

[HM] GEORGETOWN: Niat untuk mengajar tuisyen kepada pelajar yang baru memasuki sesi persekolahan bertukar tragedi kepada seorang seorang lelaki yang bekerja sebagai guru tuisyen di Jalan Perak, di sini, malam kelmarin.

Guru tuisyen yang berasal dari Pekan Nenas, Johor, Lim Chee Hwa, 22, itu dipercayai ke tempat mengajarnya di Super Field Plaza, Jalan Perak, tetapi mengubah fikiran apabila terjun dari tingkat lima bangunan berkenaan.

Jurucakap polis berkata, guru berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Menurutnya, motif mangsa membunuh diri masih dalam siasatan dan sehingga kini, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Punca kejadian masih dalam siasatan meskipun berdasarkan siasatan awal tiada unsur jenayah dalam kes ini.

“Kami juga difahamkan pihak bomba berusaha memujuk mangsa, tetapi mangsa tekad dengan keputusannya untuk bunuh diri,” katanya.

(Gambar sekadar hiasan)

Keluarga mangsa rogol menteri mohon gambar mangsa dipadam

Label:

Surat di bawah ini ditujukan kepada sabahkini.net ekoran laman web tersebut menyiarkan foto mangsa rogol menteri dalam sebuah artikel. Penyiaran foto tersebut dikatakan melanggar etika kewartawanan. Keluarga mangsa itu juga meminta secara bertulis melalui Konsol Muda di Sabah supaya identiti keluarga mangsa dirahsiakan atas tujuan keselamatan.

Saya petik:

Gambar mangsa rogol langgar etika

Saudara Pengarang, KAMI, Pusat Kewartawan Bebas Malaysia yang beribupejabat di Kuala Lumpur, ingin menyampaikan rasa khuatir kami mengenai penerbitan gambar seorang gadis yang dikatakan mangsa rogol, dalam berita

Sabahkini.net.

Etika kewartawanan menekankan bahawa pihak media tidak patut menyiarkan sebarang maklumat atau gambar yang boleh mengenalpasti mangsa keganasan seks.

Penerbitan gambar gadis yang dikatakan mangsa rogol itu melanggar etika ini. Ia tidak membantu kes gadis tersebut dan sebaliknya berkemungkinan menyebabkan dia ditimpa lebih banyak bahaya daripada pihak yang tidak bertanggungjawab, di samping juga gangguan dan perhatian yang tidak diingini daripada pihak lain.

Kami menggesa Pengarang Sabahkini.net supaya mengeluarkan gambar gadis itu serta-merta demi menjaga keselamatannya. Pihak media sepatutnya berfungsi untuk kepentingan umum tanpa mengorbankan hak privasi seorang individu, terutamanya seorang mangsa yang sudahpun melalui trauma rogol.

Yang Benar,

CHUAH SIEW ENG
Pegawai Program Pusat Kewartawanan Bebas Malaysia

(NOTA: Setelah berbincang dengan panel peguam, Sabahkini.net telah menyunting gambar mangsa rogol atas permintaan bertulis oleh keluarga mangsa daripada Indonesia yang disampaikan melalui Konsol Muda di Sabah.) Sumber dari Sabahkini.net

Berita berkaitan: Mangsa rogol rayu identiti tidak didedah

Harga petrol naik malam ini!!

Label:

Tajuk berita di atas tidak benar hanya dari segi masa sahaja. Kenaikan harga barang tersebut pasti akan berlaku. Mungkin esok, minggu depan atau bulan depan. Tahukah anda bahawa harga minyak disemak pada setiap hujung bulan. Tanyalah Idris Jala atau pun pengusaha stesen minyak...

Begitu juga harga minyak masak. Saya jangkakan minyak masak akan dinaikkan tidak lama lagi. Lihatlah berita yang terpampang di akhbar dan TV. Minyak masak mula disorokkan di seluruh Malaysia. Alasan bodoh yang selalu didendangkan ialah kekurangan bekalan. Hairan bin ajaib. Kata Malaysia pengeluar minyak kelapa sawit. Dulu cerita gula pun macam ni juga.

Wahai rakyat Malaysia, bersiap sedialah untuk disembelih lagi...Mahu atau tidak, kita akan berdepan dengan kenaikan harga barang tidak lama lagi.

Jadi apa yang akan berlaku kepada anda? Tentunya darah anda akan naik bukan? Kalau darah sudah naik, tentunya kesihatan anda akan terganggu...kah kah kah...

Ringkas kata, makilah diri sendiri kerana mengundi BN = Barang Naik....

Anda percaya dengan berita dari Utusan ini? Kliklah di sini.

Berita Berkaitan: Bekalan minyak masak habis

[PANAS] Sidang DUN tergembar & Majlis angkat Sumpah Khusrin tidak akan diadakan

Label:

Satu tindakan yang bijak oleh Kerajaan Negeri. Rupa-rupanya Sultan tiada kuasa untuk menolak pelantikan Khusrin yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) semenjak tahun 1993. Angkara siapa??

Saya petik:

[MK] Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengadakan sidang dewan undangan negeri tergempar bagi meminda perlembagaan negeri bagi membolehkan mereka melantik setiausaha kerajaan negeri, penasihat kewangan dan penasihat undang-undang.

Keputusan itu diambil setelah perjumpaan Khalid dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Mestika, Shah Alam, hari ini di mana baginda bertitah beliau tidak mempunyai kuasa untuk menerima ataupun menolak perlantikan yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

“Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan, kata Khalid pada sidang media yang penuh sesak dengan kehadiran wartawan. Menurut Khalid, Baginda mencadangkan kepada kerajaaan negeri bagi membincangkan perkara berkenaan dengan SPA untuk mencari “jalan penyelesaian yang terbaik”.

"Sultan Selangor mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik. Saya mengucapkan terima kasih kepada DYMM Sultan atas nasihat dan pandangan baginda.

Calon yang layak

"Justeru, demi kebaikan Negeri Selangor dan menjunjung titah Tuanku, Kerajaan negeri akan menulis surat kepada SPA bagi membincangkan semula calon yang layak, sesuai dan berkebolehan untuk mengisi jawatan tersebut," katanya.

Sehubungan itu, katanya, beliau tidak akan menghadiri upacara mengangkat sumpah oleh Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru yang dijadualkan pada 6 Januari ini.

"Sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan SPA, maka kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

"Ini bermakna majlis angkat sumpah di hadapan Menteri Besar tidak akan diadakan dan Datuk Khusrin Munawi tidak akan hadir pada sebarang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor sebagai ex-officio," katanya lagi.

Sehingga kini, Khalid belum berjumpa dengan Khusrin meskipun bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor itu melaporkan dirinya hari ini.

[PANAS] Gambar Pegawai kanan Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) yang ditangkap khalwat didedah!!

Label:

Apa sudah jadi dengan negaraku? Penguasa agama pun sudah terpalit dengan pelbagai gejala maksiat. Bagaimanakah Islam akan dihormati oleh orang bukan Islam? Benarlah kata orang, jika orang bukan Islam melihat Islam itu pada penganut Islam, nescaya mereka tidak akan berminat dengan Islam...

Saya petik:

[PD] Sebelum ini kami pernah mendedahkan perihal kes seorang pegawai kanan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang ditangkap khalwat bersama pasangannya yang juga kakitangan terbabit di bilik 416, Grand Continental Hotel Kuantan pada 25 November lalu.

Susulan pendedahan tersebut, ramai yang terkejut dan tidak menyangka ianya boleh berlaku. Malah, ramai yang tertanya-tanya siapakan individu terbabit. Kami tidak tergamak untuk mengeluarkan laporan penuh insiden berkenaan, demi menjaga nama baik pegawai kanan terbabit.

Difahamkan beliau telah ditangkap oleh beberapa orang Pegawai Penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) ketika operasi cegah maksiat sedang dijalankan. Berdasarkan kepada rekod semasa, mana-mana pasangan yang ditangkap pasti akan didakwa atas tuduhan berkhalwat.

Namun, dalam kes ini secara jelas didapati adanya campurtangan pihak atasan JAIP sendiri yang mahu "membuang kes"Malah, terdapat maklumat yang mengatakan, jika kes tidak dibuang sekali pun ia tetap akan ditukar. Kes khalwat akan dihilangkan, dan pasangan terbabit akan dituduh atas kesalahan berkahwin diluar mukim tanpa kebenaran yang sah.

Maknanya, bagi mengelirukan orang ramai maka dibuat skrip agar tangkapan yang berlaku itu bukanlah tangkapan khalwat biasa tetapi kerana kesalahan berkahwin di Thailand (luar mukim). Makanya, pertuduhan juga akan dipinda bagi menjaga nama baik pegawai yang berkenaan serta imej majikannya sendiri.

[VIDEO] PANAS: Karam Singh Walia hina Melayu atau Melayu yang lebih-lebih?

Label:

Adakah si dia ini menghina Melayu semasa mabuk? Jika mabuk, itu memang di luar pemikiran yang waras. Seperti juga Melayu yang mabuk, semua perkara disebut-sebut hatta mencarut. Tetapi jika si dia ini menghina Melayu dalam keadaan sedar, ianya mungkin mengguris hati orang Melayuu...

Safee Sali akan beraksi untuk kelab Indonesia?

Label:

Mungkinkah pemain ini tidak akan beraksi untuk pasukan Malaysia? Mungkin ya. Adakah si pemain ini ke luar negara untuk mencari pengalaman atau "offer" yang diberikan lebih tinggi daripada apa yang diterima di Malaysia? Apa-apapun, selamat berjaya untuk Safee Sali...

Saya petik:

Tengku Abdullah minta Safee fikir ‘semasak-masaknya’

[KS] TIMBALAN Presiden, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menasihati Safee Sali supaya memikirkan ‘semasak-masaknya’ sebelum membuat sebarang keputusan mengenai masa depan karier bola sepaknya.

Penyerang Selangor, Safee dilamar empat kelab luar negara selepas beraksi cemerlang membantu Malaysia menamatkan kemarau 14 tahun dengan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.

Di antara empat kelab yang berminat ke atas penyerang berusia 26 tahun itu, tiga daripadanya ialah kelab dari Indonesia manakala satu lagi kelab dari Vietnam.

Tengku Abdullah menjelaskan bahawa FAM tidak menghalang mana-mana pemain Malaysia untuk berhijrah bagi menyertai saingan liga negara lain, namun jelas baginda, biarlah kelab atau liga tersebut terbukti lebih bagus dan kompetitif daripada saingan Liga Malaysia (Liga M).

“FAM tidak akan mengha- lang mana-mana pemain dari Malaysia menyertai atau berhijrah ke kelab atau liga di luar negara,” kata Tengku Abdullah ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM semalam.

“Terpulang kepada pemain itu sendiri yang menentukannya. Tetapi kalau boleh biarlah kelab atau liga yang dipilih itu lebih bagus atau kompetitif lagi daripada Liga M. Kalau tidak, tiada guna pemain itu pergi jika ia hanya kerana wang dan bukan demi kariernya sendiri.

“Oleh itu, saya harap Safee memikirkan dulu semua perkara sebelum membuat keputusan.

“Jangan pula pilihan yang dibuatnya ini akan merugikan masa depannya dan juga negara,” ujar baginda lagi.

Safee ketika ini menyertai skuad Selangor menjalani latihan dan beberapa siri perlawanan ujian pra musim di Perth, Australia hingga 9 Januari ini.

Sementara itu, mengenai imbuhan kepada pemain skuad Malaysia yang membawa pulang Piala Suzuki AFF buat kali pertama setelah menewaskan Indonesia 4-2 menerusi agregat, Tengku Abdullah berkata, ia akan diumumkan oleh Presiden FAM sendiri, Sultan Ahmad Shah pertengahan bulan ini.

“Saya rasa lebih baik kita jangan fikir sangat tentang ganjaran atau imbuhan kepada pemain negara ini. Kita tidak boleh terlalu teruja dengan kejayaan ini,” jelas Tengku Abdullah.

“Bagaimanapun, FAM akan tetap memberi ganjaran kepada pemain negara, cuma masih belum pasti bila- kah masa untuk mengumumkannya.

“Semua ini terpulang kepada presiden sendiri untuk menentukannya dan saya rasa mungkin pada pertengahan bulan ini Presiden FAM akan umumkan,” tambah baginda lagi.

[18SX] Ibu hampir pengsan ketahui anak tonton animasi lucah!!
Sabtu, Januari 08, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Berapa ramaikah ibu bapa yang melakukan "sport check" terhadap bilik/handphone anak-anak mereka? Perkara tersebut perlu dilakukan untuk mengetahui kemungkinan anak-anak ini menyimpan sesuatu yang tidak sepatutnya mereka miliki seperti VCD/klip video lucah. Perkara tersebut sememangnya akan menggelapkan hati dan mendorong mereka melakukan perkara yang tidak bermoral...

Saya petik:

[HM] IPOH: Seorang ibu hampir pengsan apabila pemeriksaan mengejut yang dilakukannya terhadap koleksi cakera padat digital (DVD) drama dan filem animasi dari Jepun milik anak lelakinya berusia 15 tahun, mengandungi adegan lucah melampau.

Rozilawati, 40-an, dari Taman Ampang, dekat sini, berkata keseluruhan jalan cerita, gaya pemakaian dan bentuk fizikal watak serta adegan ditonjolkan dalam DVD berkenaan melebihi had adegan lucah 18SX.

“Saya sesak nafas dan rasa seperti hendak pitam sebaik memasang DVD pertama berikutan kemunculan sekumpulan wanita berpakaian seksi sebelum seorang lelaki muncul mengganggu mereka.

“Selepas menontonnya hingga habis, saya dapati cerita berkenaan bukan saja patut dilarang untuk tontonan remaja bawah 18 tahun, sebaliknya perlu diharamkan terus. Saya hairan bagaimana cerita kartun sedemikian boleh memasuki pasaran negara dan dijual kepada pelajar sekolah,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro di sini, semalam.

Ibu bertudung labuh itu yang beberapa kali sebak sepanjang pertemuan berkenaan, turut membawa bersama kira-kira 15 keping DVD animasi pelbagai genre dirampas daripada anaknya.

“Saya sangka hanya DVD pertama dipasang itu mengandungi jalan cerita dan adegan berunsurkan lucah, tetapi sangkaan saya meleset kerana semua koleksi DVD animasi milik anak saya memaparkan benda sama yang tidak senonoh dan lucah melampau.

“Saya fikir tiada lagi kejutan dan sangka semua cerita DVD berkenaan hanya menampilkan watak seksi, adegan berunsurkan lucah dan dialog mengghairahkan.

“Sekali lagi jantung saya berdegup kencang apabila dua daripada koleksi DVD terbabit menampilkan 100 peratus cerita animasi lucah dengan adegan seks tanpa sebarang suntingan. Saya mengucap panjang dan beristighfar banyak kali kerana tak sangka anak saya menonton cerita seperti ini,” katanya.

Rozilawati berkata, rahsia anaknya itu berjaya dibongkar ketika pelajar tingkatan tiga berkenaan pergi ke sekolahnya pada hari pertama penggal persekolahan tahun ini, Isnin lalu.

“Saya mula rasa ada sesuatu tidak kena kerana sepanjang cuti persekolahan, dia lebih banyak menghabiskan masa berkurung dalam biliknya dan memberi alasan bermain Internet di komputer riba. Tingkah lakunya juga pelik apabila menghiasi dinding bilik tidurnya dengan poster watak animasi perempuan berpakaian menjolok mata.

“Dia juga semakin kerap tidur lewat dan bangun tengah malam untuk ke tandas. Namun perkara yang membuatkan saya nekad memeriksa biliknya ialah tindakannya menyimpan sebahagian koleksi DVD dalam laci yang dikunci.

“Selepas merampas semua DVD berkenaan, saya dan suami mengambil pendekatan berdiam diri untuk melihat reaksi anak apabila mengetahui rahsianya sudah terbongkar,” katanya.

Begitupun katanya, dia dan suami bersyukur apabila anaknya meminta maaf serta bertaubat tidak akan melihat lagi perkara seperti itu.

Katanya, selepas menyoal anaknya dari mana DVD berkenaan dibeli, dia membawanya dan suami ke deretan bangunan kedai yang terletak berdekatan sebuah restoran mamak tidak jauh dari rumahnya.

“Saya dan suami terkejut melihat terdapat bukan satu, tapi tiga premis secara terbuka menjual DVD dan VCD (video cakera padat) pelbagai jenis filem yang dipercayai cetak rompak berdasarkan harga ditawarkan iaitu sekitar RM5 hingga RM15 sekeping. “Malah, ketika berpura-pura masuk sebagai pelanggan, saya mendapati cerita animasi seperti dibeli anak saya diletakkan di bahagian terbuka.

“Suami memberitahu filem lucah turut dijual di satu sudut tersorok di bahagian belakang salah satu premis berkenaan. Saya pelik bagaimana premis yang terletak berhampiran kawasan perumahan ini boleh beroperasi secara terbuka.

“Yang pasti, ia jelas menunjukkan kecacatan dalam bidang penguatkuasaan pihak bertanggungjawab,” katanya.

Rozilawati berpendapat antara punca penularan gejala sosial di negara ini disebabkan remaja, termasuk kanak-kanak mudah terdedah kepada perkara negatif seperti melihat cerita berunsur lucah.

Klip video "JIRAN TERLAMPAU" pula tersebar angkara duda dajjal
Sabtu, Januari 08, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Berjiwa binatang!! Pelakunya seorang duda, 66 tahun dan mangsa berusia 19 tahun

Saya petik:

[HM] TEMERLOH: Seorang bapa terkejut sebaik menonton klip video yang memaparkan anak perempuannya diperkosa seorang duda warga emas yang juga jirannya di sebuah rumah di Taman Seri Kuala Krau.

Kejadian dipercayai berlaku pada 2009 apabila duda berusia 66 tahun itu memanggil mangsa berusia 19 tahun setiap kali remaja terbabit mahu ke kedai apabila terpaksa melalui depan rumah suspek sebelum dipujuk masuk ke dalam rumah.

Difahamkan, suspek yang tinggal seorang diri selepas kematian isteri sejak empat tahun lalu dipercayai merogol mangsa yang mengalami masalah mental lebih daripada tiga kali dan dia dikatakan turut merakam aksi berkenaan menggunakan telefon bimbit.

Perbuatan keji itu terbongkar selepas rakaman berkenaan tersebar hingga ke Felda Jenderak Utara dekat sini, sebelum rakan kepada bapa mangsa mengecam wajah remaja terbabit sebagai anak kenalannya.

Berikutan itu, dia memaklumkan mengenai penyebaran klip video itu kepada bapa mangsa yang bekerja sebagai buruh sebelum lelaki berkenaan yang terkejut dengan berita itu bertindak mencari penyebar rakaman terbabit dan menemui seorang lelaki yang masih menyimpan rakaman itu sebelum menyaksikannya sendiri.

Bapa mangsa yang berusia 40-an memberitahu mengenai klip video berkenaan kepada isterinya sebelum mereka membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh pada 29 Disember lalu.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Md Nor Mansor, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

Menurutnya, susulan laporan bapa mangsa, duda terbabit ditahan di rumahnya pada 30 Disember lalu sebelum dibawa ke IPD Temerloh bagi membantu siasatan.

Katanya, pada masa sama, mangsa yang juga anak sulung daripada tiga beradik dipercayai mengalami masalah mental dan dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) untuk pemeriksaan lanjut.

Md Nor berkata, polis turut merampas telefon bimbit yang mempunyai rakaman aksi berkenaan dan dihantar ke bahagian forensik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk pemeriksaan lebih teliti dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

(Gambar sekadar hiasan)

Isteri tua parah ditetak isteri muda
Jumaat, Januari 07, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

[KS] JITRA — Seorang suri rumah cedera parah di bahagian kepala, muka dan tangan akibat ditetak dengan parang oleh madunya di Kampung Baru, Sungai Korok dekat sini, hari ini.

Kejadian pada kira-kira 10 pagi itu dipercayai berpunca dari perasaan cemburu antara kedua-dua wanita tersebut yang tinggal sebumbung sejak dua minggu lepas.

Wanita berumur 54 tahun itu kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar dan keadaannya dilaporkan stabil manakala madunya yang berumur 27 tahun dipercayai telah melarikan diri selepas kejadian itu.

Anak perempuan mangsa yang berumur 17 tahun turut cedera di kaki akibat terpijak parang yang digunakan dalam serangan itu dan kini dirawat di Hospital Jitra.

Mangsa mempunyai enam orang anak manakala madunya mempunyai seorang anak lelaki berumur lapan bulan. — Bernama

(Gambar sekadar hiasan)

Rogol amah: Kes ditutup atas permintaan mangsa - Migrant Care
Jumaat, Januari 07, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

[MK] Demi menghormati hak seorang amah Indonesia yang didakwa dirogol oleh seorang menteri Malaysia, NGO - Migrant Care yang berpangkalan di Jakarta memutuskan untuk tidak akan membawa perkara berkenaan kepada mahkamah, lapor Kompas.com.

"Kami berada pada posisi menghormati permintaan mangsa supaya kes ini tidak dihebahkan dan dibawa ke muka pengadilan,” kata penganalis dasar, Migrant Care, Wahyu Susilo, hari ini dalam sidang media di Warung Daun, Cikini, Jakarta.

Menurut Wahyu, Migrant Care berharap kejadian itu dijadikan teladan kepada kerajaan Indonesia supaya tidak mengabaikan nasib pekerjanya di luar negara.

"Pemerkosaan perlu dibuktikan dan harus ada laporan sebelum membolehkan tindakan lanjut diambil. Tetapi sehingga malam semalam, mangsa masih belum mahu membuat laporan, maka kami hanya menghormati.

"Saya kira dalam keadaan ini kami tidak boleh ke mahkamah tetapi hanya ingin menegakkan hak asasi manusia dan mahu kes tersebut dijadikan pelajaran kepada kedua-dua kerajaan untuk benar-benar serius soal perlindungan buruh asing,” katanya.

Wahyu juga mengakui memang tidak ada tindakan yang boleh diambil pihaknya dan kerajaan Indonesia.

Tak boleh buat apa-apa

"Mereka (Kerajaan Malaysia) juga tidak boleh berbuat apa-apa, kerana laporan kami sifatnya hanya untuk melindungi mangsa yang saat itu belum ada Lembaga Perlindungan Saksi dan Korban," kata Wahyu.

azlanDitanya wartawan mengenai kemungkinan mangsa disogok wang untuk menutup kes berkenaan, Wahyu berkata mereka tidak dimaklumkan mengenainya.

"... hanya terima gajinya yang jadi haknya. Tidak ada masalah penggajian. Setelah laporan ini dibuat di tahun 2007, kami tidak pernah juga memberitahu atau berhubungan dengan menteri itu," kataya.

Menurut Wahyu, yang penting, mangsa sekarang berada di tempat yang aman dan sudah kembali ke Indonesia pada tahun 2007.

"Tapi lagi-lagi kami tidak boleh memberitahu keadaannya,” kata Wahyu.
Laporan Polis akan di buat terhadap lelaki ini?
Jumaat, Januari 07, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Mungkinkah lelaki ini yang dimaksudkan oleh PAS Johor?

Saya petik:

[MK] JOHOR: PAS Johor akan membuat laporan polis di Labis hari ini mengenai satu rakaman video seorang pegawai tinggi kerajaan negeri menggesa para guru menyokong kempen BN dalam pilihan raya kecil DUN Tenang.

Pencalonan ditetapkan pada 22 Januari dan pengundian pada 30 Januari bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut ekoran kematian penyandangnya dari BN Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lalu lapor portal Malaysiakini.

Timbalan pesuruhjaya PAS Johor, Zulkifli Ahmad memberitahu hari ini bahawa rakaman video itu akan dimuat-naik di YouTube.

"Kami akan membuat laporan polis mengenai perkara itu di balai polis Labis bersama bukti untuk menyokongnya," kata beliau.

Zulkifli berkata, pihaknya melihatnya sebagai satu bukti jelas pegawai dan jentera kerajaan diguna untuk membantu BN mendapatkan sokongan melalui cara yang melanggar sikap tidak memihak kakitangan awam dalam politik.

Menurutnya lagi, jika pegawai kanan kerajaan negeri mahu mengambil bahagian dalam politik, mereka mesti meletak jawatan terlebih dahulu sebelum memasuki gelanggang politik.

Sementara itu, Zulkifli berkata, partinya juga tidak bimbang dengan pengedaran dua buku berjudul 'DAP Anti-Islam' dan 'Khawarij dan Parti PAS ', menjelang kempen pilihan raya Tenang.

p/s: Untuk melihat video, sila klik di sini.

Janda dihumban kekasih dari tingkat 10
Jumaat, Januari 07, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Kesian... Siapakah jantan itu yang berjiwa binatang!!!

Saya petik:

[HM] AMPANG: Seorang janda maut disyaki dihumban dari tingkat 10 Kondominium Bukit Pandan, Pandan Perdana, di sini, selepas bertengkar dengan kekasihnya, awal pagi semalam.

Wanita berusia 28 tahun itu mati di tempat kejadian akibat parah pada seluruh badan. Mayatnya ditemui dalam keadaan terbaring di tempat letak kereta kondominium berkenaan, jam 3.10 pagi.

Mayat mangsa ditemui seorang pengawal keselamatan sebelum melaporkan kepada polis.

Berdasarkan siasatan awal, mangsa bekerja sebagai kerani dan tinggal di Setapak Jaya, Sentul.

Difahamkan, mangsa, Lai Puai Sern, 28, yang bercerai tiga tahun lalu mempunyai dua anak perempuan berusia enam dan lapan tahun. Bagaimanapun, kedua-dua anak mangsa kini dijaga bekas suami.

Seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, Lai menjalin hubungan cinta dengan seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun selepas bercerai.

Dia yang ditemui di luar perkarangan Bilik Mayat Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPHUKM) berkata, mangsa pergi ke kondominium berkenaan untuk bertemu kekasihnya itu, awal pagi semalam.

“Mangsa yang ditemani seorang rakan naik ke tingkat atas kondominium itu bersendirian, manakala rakannya hanya menunggu di dalam kereta. Bagaimanapun, tidak lama kemudian mangsa ditemui jatuh berlumuran darah,” katanya.

Menurutnya, mangsa sebelum ini pernah mengadu menghadapi masalah dengan kekasihnya berikutan hubungan cinta itu dihalang keluarga teman lelakinya.

“Malah, mangsa sebelum ini turut memadamkan semua SMS dihantar kekasihnya berikutan kecewa dengan apa yang berlaku. Bagaimanapun, kami terkejut kerana mangsa ditemui mati dalam keadaan tragis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang dihubungi mengesahkan penemuan mayat wanita itu yang ditemui terjatuh dari kondominium berkenaan.

Menurutnya, polis tidak menolak andaian mangsa dicampak dari kondominium itu berpunca daripada pertengkaran dengan individu yang dikenali.

“Berdasarkan siasatan, ada penduduk mendakwa mendengar bunyi pertengkaran dari tingkat atas kondominium berkenaan. Polis sudah mengenal pasti identiti lelaki yang mempunyai hubungan dengan mangsa dan tindakan lanjut akan diambil,” katanya.

Ditanya sama ada kematian mangsa berunsurkan kes pembunuhan, beliau bagaimanapun enggan mendedahkan perkara itu sehingga siasatan lengkap dilakukan.

Pelajar lari berbogel selepas diperkosa jiran!!
Khamis, Januari 06, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

[HM] Kota Marudu - Seorang gadis lembam bawah umur dipercayai terpaksa berlari pulang ke rumah dalam keadaan tidak berbaju selepas dirogol jiran dajal di dalam pondok usang di sebuah kebun kelapa di sini, Isnin lalu.

Gadis orang kurang upaya (OKU) berusia 14 tahun itu dikatakan termakan pujukan suspek yang mengajaknya ke kebun ketika pulang dari sekolah dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu.

Keluarga mangsa hanya menyedari kejadian malang menimpa gadis berkenaan apabila mendapati dia berkurung di dalam biliknya sambil menangis selepas pulang ke rumah kira-kira jam 1 pagi, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Deputi Superintendan Mohd Isa Yusof berkata, ibunya pelik apabila mendapati anaknya lewat pulang dari sekolah dan rasa curiganya memuncak apabila melihat gadis berkenaan menangis teresak-esak di dalam bilik.

Mohd Isa berkata, hairan melihat keadaan anaknya itu, wanita berkenaan kemudian bertanya apa yang berlaku dan selepas beberapa kali dipujuk, mangsa memberitahu dia dirogol jiran di dalam sebuah pondok di kebun kelapa berdekatan rumahnya.

“Terkejut dengan pendedahan anak gadisnya itu, wanita berkenaan kemudian membuat laporan di Balai Polis Kota Marudu pada jam 8.30 pagi keesokan harinya,” katanya. Katanya, sepasukan anggota polis dihantar ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan dan menahan seorang lelaki berusia 21 tahun bagi membantu siasatan.

“Siasatan mendapati suspek adalah jiran yang dimaksudkan mangsa dan dia ditahan di rumahnya yang terletak tidak jauh dari rumah gadis berkenaan.

“Suspek dikatakan memujuk mangsa supaya mengikutnya ke sebuah pondok di dalam kebun kelapa yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumahnya ketika gadis itu dalam perjalanan pulang dari sekolah,” katanya.

Menurutnya, beberapa barang bukti termasuk baju yang dipakai mangsa turut ditemui di tempat kejadian dan dihantar ke makmal untuk siasatan manakala mangsa ke Hospital Kota Marudu untuk pemeriksaan lanjut.

"Suspek kini ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya.

(Gambar sekadar hiasan)

Pengarah Pendidikan Negeri Johor Tuan Haji Markom bin Giran (gambar) turun ke sekolah di Tenang untuk merayu guru-guru kaunseling membantu jentera Barisan Nasional menghadapi Pilihanraya Kecil N.05 Tenang. Apa reaksi Muhyiddin selaku Menteri Pelajaran? Kalaulah Pengarah Pendidikan Negeri Johor ini berkempen untuk PAS, rasanya dah kena warning...

Saya petik:

MB: Hadir tak bermakna rela

[MK] Kehadiran menteri besar dan seluruh exco kerajaan Selangor ke majlis angkat sumpah Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) yang baru tidak bermakna tindakan itu direlakan, kata Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Memandangkan hari ini juga ditetapkan untuk majlis angkat sumpah Datuk Khusrin, kami ingin menegaskab kehadiran kami tidak bermakna kami rela dengan tindakan arbitrasi SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) terhadap pentadbiran kami.

"Kami tetap dengan pendirian bahawa isu pelantikan SUK belum muktamad dan perlu penyelesaian bijaksana," katanya dalam kenyataan bertulis kepada media yang diedarkan di Istana Bukit Kayangan Shah Alam.
Ini dia remaja bakal masuk sekolah mengandung
Khamis, Januari 06, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

[HM] MELAKA: Tindakan segelintir pasangan remaja memadu kasih di beberapa wakaf di Perkampungan Ikan Bakar Terapung (PIBT) Umbai, dekat sini, menimbulkan rasa kurang senang pengunjung medan selera berkenaan.

Pasangan remaja terbabit yang datang menaiki motosikal sering duduk di wakaf berkenaan sambil bercumbuan, malah ada yang melakukan aksi lebih daripada itu.

Pekerja di PIBT Umbai, Sapiah Khamis, 50, mendakwa perbuatan segelintir remaja terbabit ada kalanya melakukan perbuatan terkutuk sambil berbaring dalam keadaan telanjang di atas bangku wakaf.

Menurutnya, perbuatan sumbang remaja yang berusia 20-an itu sudah lama berlaku dan mereka mudah berbuat begitu kerana tiga wakaf itu terlindung pokok bakau serta tumbuhan lain yang merimbun.

“Pernah satu ketika saya menegur satu pasangan remaja yang duduk bermesra di satu wakaf di situ, tetapi menyakitkan hati apabila mereka dengan sengaja melakukan aksi bercium di depan saya.

“Saya hanya mampu menegur perbuatan mereka itu. Bagaimanapun, saya kecewa dan terkilan apabila remaja terbabit sanggup berbuat demikian tanpa malu,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Sementara itu, Sapiah berkata, pasangan remaja terbabit berkunjung ke wakaf di situ hampir setiap hari dan tidak mengira waktu iaitu dari pagi hingga Maghrib.

Sehubungan itu, dia berharap pihak berkenaan mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani kegiatan kurang sihat di situ.

“Selain itu, pihak berkenaan perlu mencantas bahagian bawah setiap pokok bakau yang merimbun dan melindungi pemandangan wakaf dari bangunan PIBT dan kawasan lapang lain supaya mereka tidak berani atau mempunyai peluang melakukan perbuatan keji itu,” katanya.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, masalah berkenaan perlu diatasi segera sebelum ia menjadi kawasan tumpuan pasangan memadu kasih.

Katanya, kemudahan itu disediakan untuk tujuan bersantai dan bukan melakukan perkara tidak sepatutnya.

“Malah, perbuatan tidak sopan dilakukan sesetengah pasangan terbabit dianggap tidak wajar dan bertentangan hukum agama serta nilai budaya bangsa kita.

“Bagaimana jika ada keluarga yang membawa anak masing-masing bersiar-siar di sekitar wakaf berkenaan dan terserempak mereka yang sedang bercumbuan. Sudah tentu ia boleh menimbulkan perasaan malu bagi keluarga berkenaan,” katanya.

(Gambar sekadar hiasan)

Kecoh ular tedung melintas depan TV
Khamis, Januari 06, 2011 | Author: Tuk Kiyai
ANGGOTA JPAM Perlis menunjukkan ular tedung selar sepanjang lima meter yang ditangkap dalam sebuah rumah penduduk kampung di Ulu Pauh, Arau semalam.

Bagi mereka yang lemah semangat, mungkin terus pengsan seperti pak Arab dalam youtube di bawah....

Saya petik:

[KS] ARAU - Ketenangan sebuah keluarga di Kampung Tengah, Ulu Pauh dekat sini yang sedang berehat di ruang tamu bertukar kecoh apabila seekor ular tedung selar sepanjang lima meter muncul ketika mereka menonton televisyen semalam.

Kejadian tersebut menyebabkan penghuni di rumah berkenaan bertempiaran lari keluar dari rumah bagi menyelamatkan diri sebelum menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Perlis kira-kira pukul 7 malam.

Ketua Operasi JPAM, Mohd. Farhan Abdul Aziz berkata, pihaknya mengambil masa 10 minit untuk menangkap reptilia tersebut yang bersembunyi di belakang rak televisyen rumah itu.

"Pemeriksaan dilakukan di seluruh sudut rumah penduduk itu dan akhirnya kami menemui ular itu di belakang rak tersebut.

"Kami terpaksa menggunakan cangkuk besi untuk menangkap ular itu sebelum dimasukkan ke dalam sangkar besi," katanya.

Jelasnya, ular tersebut yang berwarna kuning dipercayai datang dari arah bukit berhampiran bagi mencari tempat yang lebih panas untuk bersembunyi.

"Ular itu adalah spesies reptilia berbisa yang paling besar pernah kami tangkap setakat ini," ujarnya.

Lawak Pak Arab...

[PANAS] Teoh tidak bunuh diri atau dibunuh
Rabu, Januari 05, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Haha, tu dia!!

Saya petik:

[MK] Koroner Azmil Muntapha Abas hari ini membuat penghakiman terbuka berhubung inkues Teoh Beng Hock, yang ditemui mati pada 16 Julai 2009.

Beliau memutuskan punca kematian Teoh bukan kerana bunuh diri mahupun dibunuh.

Menurutnya, masih ada isu-isu yang belum diselesaikan pada kes bunuh diri dan menegaskan bahawa untuk menentukannya secara telahan adalah tidak boleh diterima.

Berikutan itu, Azmil memutuskan kematian Teoh bukan kerana bunuh diri.
Azmil berkata, ada bukti yang mencukupi untuk menunjukkan bahawa kecederaan pada leher Teoh berlaku sebelum dia jatuh, tetapi tidak ada bukti untuk mengesahkan bahawa kecederaan itu menyumbang kepada kematiannya.

Azmil, yang mendengar inkues itu mulai 29 Julai, 2009, juga berkata tidak ada pihak ketiga yang terbabit dengan kematian tersebut.

Sebelum itu, Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini sesak dengan penyokong dan media bagi mendengar keputusan inkues berhubung kematian pembantu exco kerajaan negeri Selangor Teoh Beng Hock yang mati dua tahun lalu.

Mendiang Teoh dijumpai tidak bernyawa ketika disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) selepas terjatuh dari tingkat lima pejabat SPRM Shah Alam. Kira-kira jam 2 petang, ibubapa dan adik perempuannya hadir di perkarangan mahkamah. Sementara itu, penyokong-penyokongnya menaikkan kain rentang serta melaungkan 'Justice For Beng Hock'.

Tidak kurang juga yang memakai bunga kekwa putih di baju mereka.

Manakala peguam-peguam yang mewakilinya pelbagai pihak pula hadir kira-kira jam 2.30 petang.

Kelihatan juga di perkarangan jumlah anggota polis yang luar biasa ramainya dan sekatan jalan di beberapa jalan utama menuju ke mahkamah.

[PANAS] Rais Yatim nafi dakwaan perkosa amah. Saman Datuk!!
Rabu, Januari 05, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Akhirnya Datuk Seri Rais Yatim menafikannya. Kita harap Datuk akan menyaman pihak-pihak yang memfitnahnya. Yang peliknya mengapa ada tertulis nama Datuk Rais Yatim dalam dokumen yang didedahkan oleh NGO Indonesia itu?

Saya petik:

[MK] Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim, menafikan dakwaan laporan blog dan parti pembangkang terhadapnya, termasuk dakwaan memperkosa.

"Saya nafikan dakwaan berkenaan, sama ada mengenai pemerkosaan mana-mana individu empat tahun lalu (2007) atau dakwaan lain yang ditimbulkan oleh bloger di Internet ataupun entiti politik,” katanya dalam satu kenyataan.

Rais menyifatkan perkara itu sebagai “tuduhan liar” terhadapnya sejak akhir-akhir ini di blog dan oleh parti pembangkang yang penuh dengan kenyataan fitnah dan penipuan jahat.
Penjelasan Karam Singh Walia terhadap video panasnya
Rabu, Januari 05, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Sebelum ini saya siarkan sebuah video kontroversi wartawan TV3 Karam Singh Walia yang dimaki hamun oleh sekumpulan lelaki Melayu memaksa beliau meminta maaf kerana katanya menghina Melayu. Sila klik link ini untuk melihat video tersebut.

Di bawah ini pula adalah penjelasan daripada Karam Singh Walia berkenaan video kontroversi tersebut.

Saya petik:

[KS] KUALA LUMPUR - Wartawan penyiaran Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3), Karam Singh Walia (gambar) menafikan dia mabuk semasa didakwa mengeluarkan kenyataan berbau perkauman di sebuah restoran di Klang baru-baru ini.

Katanya, dia masih waras dan sedar apa yang diperkatakan ketika kejadian itu.

Menceritakan semula insiden itu, Karam berkata, dia pada mulanya menegur sikap sekumpulan remaja yang meletakkan motosikal dengan sesuka hati di hadapan sebuah restoran India Muslim.

"Saya marah mereka dan mengatakan 'letak motosikal tidak pakai otak, bodoh punya orang'. Saya ulangi perkataan yang sama selepas duduk di dalam restoran sambil memesan makanan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Karam berkata, tidak lama kemudian salah seorang penunggang motosikal terbabit telah menuduhnya menghina orang Melayu menyebabkan kira-kira 20 orang lelaki lain mengepungnya.

Apabila merasakan keselamatannya terancam, dia lantas meminta maaf kerana tidak mahu meneruskan perbalahan dan cuba meredakan keadaan.

"Ketika itu saya malu dan tertekan kerana bersama saya ialah anak saudara yang baru pulang dari England dan saya bimbang dia dicederakan. Sebab itu saya memohon maaf kepada kumpulan itu," jelasnya.

(Sumber gambar di sini)

Berdasarkan maklumat, SAMM telah selesai membuat laporan polis berserta dengan bukti. Kita tunggu pula apa respon menteri tersebut demi membersihkan maruah diri...

Saya petik:

[HD] KUALA LUMPUR, 5 Jan: Ekoran isu dakwaan seorang menteri merogol pembantu rumah warga Indonesia, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini akan membuat satu laporan polis dan mendakwa mempunyai dokumen berkaitan.

Pengerusinya, Badrul Hisham Shaharin dijangka akan membuat laporan polis tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban 2, jam 10.45 pagi ini.

Laporan polis itu merupakan perkembangan terbaru isu tersebut yang kini mengundang berdebatan hangat di ruang maya khususnya blog-blog politik.

Sementara itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) dalam satu kenyataan lewat petang semalam turut menggesa menteri yang didakwa terlibat, segera membersihkan nama beliau.

Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, perdebatan dalam blog-blog kini jelas merujuk kepada nama seorang menteri, dan menteri itu perlu memberi respon segera.

"Sejauhmana kebenarannya, hanya beliau dan Tuhan sahaja yang mengetahuinya.

Selain penafian menteri tersebut, AMK juga turut menggesa Perdana Menteri melakukan penyiasatan menyeluruh demi membersihkan maruah negara yang tercemar.

Menurutnya, jika dakwaan ini benar, ianya bakal memberi kesan yang negatif kepada hubungan serantau Malaysia-Indonesia berikutan sikap 'duduk dan diam' oleh kerajaan Malaysia.

Sejak tiga siri pendedahan berhubung isu itu disiarkan Harakahdaily, rangkaian bloger terus memperdebat dan mencari siapa menteri yang didedah oleh laporan WikiLeaks itu.

Pemimpin akhbar pro BN, Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan, NGO Tenaganita dan NGO pekerja Indonesia, Migrant Care, antara yang awal tampil dengan perincian berhubung dakwaan ini.

Tersebarnya dokumen salinan bertajuk ‘Laporan Investigasi Robengah (BMI) yang mengalami perkosaan oleh majikannya’ telah menjadi rujukan utama para bloger dalam mencari nama menteri tersebut.

"Dalam waktu terdekat, AMK akan menghantar beberapa orang Exco untuk suatu misi mendapatkan maklumat (fact findings mission) mengenai jenayah terkutuk ini dengan mengunjungi pihak Migrant Care dan juga pihak Kedutaan Indonesia bertujuan untukmendapatkan fakta-fakta yang sebenar berkaitan kejadian rogol ini," tambah Shamsul lagi.

Kes rogol ini didakwa telahpun berlaku sewaktu pemerintahan Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi lagi, tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil kononnya untuk 'mengelakkan konflik serantau'.

Kejadian tersebut didakwa berlaku pada 19 Februari 2007 dan mangsa dikatakan telah dipaksa untuk mendiamkan perkara ini berikutan ugutan yang dibuat ke atas mangsa.

"AMK yakin dan percaya, sekiranya dakwaan ini benar, isu ini membawa impak yang sangat buruk kepada kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Sri Najib Tun Razak, dalam keadaan beliau gagal menjamin kredibiliti dan integriti kabinet beliau sehinggakan tergamak mengekalkan seorang penjenayah seksual di dalam kabinet beliau," katanya.
Isteri Kedua Pengerusi SYABAS Perlu Fail Fasakh Jika Mahu Cerai
Rabu, Januari 05, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Saya petik:

[MStar] KUALA LUMPUR: Isteri kedua kepada Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail perlu memfailkan permohonan fasakh jika masih mengekalkan hasrat untuk bercerai.

Justynn Cassandra, 25, sebelum ini memfailkan permohonan di Mahkamah Rendah Syariah di sini untuk bercerai secara baik daripada Rozali dengan kebenaran mahkamah.

Kes itu disebut untuk kali pertama pada 8 Disember lalu dan Hakim Syarie Ab Malik Awang menangguhkan kes bagi membenarkan pasangan itu berbincang secara baik selepas Rozali tidak bersetuju untuk bercerai.

Bagaimanapun, pada prosiding Selasa, peguam syarie Amli Embong yang mewakili Justynn memberitahu, perbincangan telah diadakan tetapi tidak dapat mencapai keputusan yang positif.

“Pihak kami memohon supaya dibenarkan untuk meminda permohonan asal kepada permohonan perceraian secara fasakh,” katanya.

Ab Malik bagaimanapun berpendapat permohonan baru harus difailkan kerana ia akan lebih memudahkan prosiding, dan bukannya dengan cara meminda permohonan asal.

Amli semasa dihubungi mStar Online mengesahkan bahawa Justynn akan memfailkan permohonan fasakh, bagaimanapun masih tidak mempunyai tarikh untuk berbuat demikian.

Pada prosiding itu, Rozali tidak hadir dan hanya diwakili oleh peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan.

Rozali dan Justynn mendirikan rumah tangga di Perlis pada 2006 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata berusia empat tahun dan setahun.

Umno Johor sangat takut kepada Anwar. Buktinya disini..
Rabu, Januari 05, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Kata umno kuat di Johor. Apa tak kuatnya, uri umno tertanam di negeri itu. Tapi bila Anwar masuk berceramah ke negeri itu, pemimpin umno berpeluh sampai ke kenting. Maka bermacam-macam cara dilakukan untuk menggagalkannya. Seperti biasa polis digunakan untuk menakutkan rakyat. Apa hal?? Takut ke?? Janganlah ingat rakyat boleh diperbodohkan sepanjang masa. Sudah sampai masanya PR menawan Johor, negeri kelahiran umno!!

Saya petik:

[MK] Di sebalik reputasi sebagai kubu kuat BN, kehadiran ketua umum PKR untuk kempen pilihan raya kecil Tenang menimbulkan peluh dingin di kalangan pemimpin BN.

Di dua ceramah malam tadi, polis terus bertindak sebaik sahaja Anwar mengambil tempatnya untuk berpidato.

Sebagai kontras, ucapan beberapa pemimpin Pakatan rakyat yang lain tidak dihiraukan dan dibiarkan berlarutan.

“Bila pemimpin lain berucap, tiada ganguan. Bila Anwar berucap, polis akan terus menganggu dan menghentikannya.

“Umno Johor cukup gusar dengan kehadiran Anwar kerana beliau cukup berpengaruh di sini, khususnya ketika menjadi timbalan perdana menteri,” kata ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman.

Pada majlis pertama di Kampung Ayer Panas, jalan menuju ke tempat itu dibarisi kenderaan polis dan sekatan jalan raya.

Menurut orang ramai, kehadiraan polis yang ramai itu menakutkan masyarakat setempat untuk keluar menghadiri majlis berkenaan. Hanya kira-kira 300 orang hadir.

Apabila tiba giliran Anwar berucap pada jam 9.45 malam semalam, polis terus bertindak dan mengarahkan ceramah berkenaan dihentikan. Anwar akur dan bergerak menuju majlis keduanya di Felda Cempelak.

Meriam air

Ceramah di Felda Cempelak berjaya menarik lebih ramai hadirin - kali ini sekitar 3,000 orang, meskipun dengan kehadiran anggota polis yang tetap ramai dan diperlengkapkan dengan dua trak meriam air.

Anwar mengambil tempatnya di pentas utama pada jam 10.45 malam selepas ucapan pemimpin lain seperti ketua PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng, Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Mazlan.

Sebaik sahaja mahu mula berucap, polis naik ke pentas untuk menghentikan ketua pembangkang itu. Pihak penganjur juga gagal memujuk polis supaya membenarkan Anwar untuk berucap dan semua peralatan pembesar suara juga dirampas.

Tanpa menghiraukan larangan itu, Anwar meneruskan ceramah menggunakan hailer. Namun hanya mereka yang berada berdekatan dapat mendengar.

Polis membiarkan ceramah itu berterusan selama kira-kira 40 minit sehinggalah Anwar menimbulkan isu Apco Worldwide, sebuah firma antarabangsa yang diupah oleh pentadbiran Najib.

“Apabila Anwar timbulkan Apco Worldwide, polis terus mengepung kawasan itu. Bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini kami terpaksa menamatkan ceramah itu,” kata Mazlan yang juga timbalan pengarah kempen pilihan raya kecil PAS bagi kerusi Tenang.

Penamaan calon pilihan raya kecil DUN Tenang dijadualkan pada 22 Januari ini, manakala pengundian ditetapkan pada 30 Januari jika ada pertandingan.
Harga petrol naik 10 sen lagi berkuatkuasa malam ini!!
Selasa, Januari 04, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Saya petik:

[MK] Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen lagi kepada RM2.40 seliter berkuatkuasa tengah malam ini, mengikut sumber.

Bagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Pada 1 Nov lalu, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter dan akhir bulan yang sama ia dinaikkan lagi 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter.

Identiti "Pas Beruk" yang Memburuk-burukkan ADUN Selising Terbongkar!!
Selasa, Januari 04, 2011 | Author: Tuk Kiyai
(Sumber foto di sini)

Nama pemilik akaun Facebook "Pas Beruk" - Syamsul Azrai bin Mohd Hussain
Jawatan - Penolong Pengarah Biro Tata Negara.

Bahasa yang digunakan oleh Penolong Pengarah Biro Tata Negara di dalam FB juga terlalu biadap dan sarat dengan cacian. Sumber: kerengga

p/s: Orang umno rupa-rupanya. Patut la program BTN menyuntik semangat perkauman yang sempit...Rosak bangsa Malaysia!!
Misteri Misbun Sidek meletakkan jawatan & keluar BAM
Selasa, Januari 04, 2011 | Author: Tuk Kiyai
(Datuk Lee Chong Wei dikhabarkan akan keluar BAM untuk mengikuti jurulatihnya, Misbun Sidek yang meletakkan jawatan secara mengejut, Jumaat lalu)

Apa dah jadi? Kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang. Kalau tidak ada "isu panas" masakan jurulatih badminton negara, Datuk Misbun Sidek secara mengejut keluar dari BAM.

Saya petik:

[MS] “SAYA hanya boleh pesan kepada Chong Wei (Datuk Lee Chong Wei) supaya selamatkan diri sendiri sebelum kita cuba selamatkan orang lain,” kata jurulatih badminton negara Datuk Misbun Sidek di kediaman keluarganya di Banting, Selangor, lewat petang semalam.

Kenyataan penuh bermakna itu keluar dari mulutnya menjawab pertanyaan sekiranya Lee Chong Wei mahu mengikut jejak meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Usaha menjejaki Misbun untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai isu peletakan jawatan berkuat kuasa semalam bagaimanapun masih gagal menemui jawapannya.

Walaupun berjaya menemui jurulatih itu, beliau masih enggan berbicara dan mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku.

“Seperti saya katakan sebelum ini, saya belum sedia untuk memberi sebarang ulasan. Berilah saya masa... biarkan semua ini reda dulu,” kata Misbun yang berjaya mengangkat Chong Wei ke ranking nombor satu dunia sejak 2008 hingga kini.

Biarpun lebih banyak membisu daripada menjawab persoalan, beliau tetap menghormati permintaan wartawan apabila menjawab beberapa pertanyaan yang dirasakan tidak akan menyinggung mana-mana pihak.

“Saya sedia bertemu Nadzmi (Presiden BAM, Datuk Mohd Nadzmi Salleh) jika dia mahu jumpa, atas dasar bekas majikan,” katanya.

Namun ketika ditanya sama ada akan kembali bersama BAM Misbun berkata: “Kita tengoklah, kalau... (tidak meneruskan ayat).”

Bagaimanapun emosinya terusik apabila diajukan soalan mempersoal kesetiaannya pada negara dengan mengambil tindakan meletak jawatan ketika negara memburu emas pertama Sukan Olimpik.

“Terpulang kepada orang, apa mereka nak cakap, tapi selama ini...,” kata Misbun sambil mengurut dada menahan sebak.

Peletakan jawatan Misbun ini menyebabkan Chong Wei bertolak ke Taiwan untuk Siri Super Final petang semalam diiringi Tay Seu Bock.

Berita Berkaitan: BUKAN KERANA SAYA

Baru Bertunang Sudah Tinggal Serumah?
Selasa, Januari 04, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Kalau benarlah dakwaan janda Norman Hakim ini, masyarakat setempat dan Jabatan Agama perlu membuat pemantauan terhadap pasangan ini. Kita perlu ingat bahawa bala Tuhan tidak hanya terkena kepada pelakunya tetapi juga kepada manusia di sekelilingnya. Ingatlah, BERTUNANG BUKAN LESEN UNTUK BERBUAT MAKSIAT!!!

Saya petik:

[MStar] PETALING JAYA: Pelakon Memey Suhaiza atau nama sebenar Suhaiza Suhaimi kecewa dengan tindakan bekas isteri tunangnya, Abby Abadi yang menjadikan laman sosial Facebook untuk menyerangnya secara peribadi.

Dalam status Facebook milik Abby yang dihantar pada Isnin, Abby meluahkan perasaan marah apabila panggilan telefonnya kepada Norman Hakim untuk berurusan mengenai anak mereka yang hendak ke sekolah pada hari pertama persekolahan pada tahun ini dijawab oleh Memey.

Menerusi Facebook itu juga, Abby turut menyindir Memey sebagai perempuan gatal selain mendakwa Memey seolah-olah begitu berbangga kerana mahu menunjuk mereka tinggal serumah.

“Salahkah saya jawab panggilan telefon bagi pihak tunang saya? Saya bukan buat salah besar sehingga dia hendak marahkan saya sampai macam tu sekali? Saya terkejut dengan tindakan Abby selepas dimaklumkan oleh seseorang ketika tiba di lokasi penggambaran.

“Nak ikutkan secara logik, ia bukan isu besar dan Abby tergamak menulis sebegitu rupa dalam Facebook sehingga ia boleh ditatap oleh ramai orang,” katanya kepada mStar Online, Isnin.

Menurut Memey, ketika telefon tersebut berbunyi dia tidak menyedari ia panggilan daripada Abby kerana tidak tertera nama pemangil. Menurutnya, tindakan tersebut juga telah menimbulkan persepsi buruk segelintir masyarakat terhadapnya.

“Saya mahu buka buku baru untuk tahun ini, tapi dia mulakan dengan buat persepsi buruk terhadap saya. Perkara ini juga melibatkan maruah saya.

“Saya malas mahu besarkan keadaan dan saya hanya nasihatkan agar dia fikirkan dahulu sesuatu perkara secara rasional,” katanya.Tambah Memey, dia berharap untuk tahun baru 2011 ini tiada lagi sengketa antara dia dan pelakon tersebut.

“Saya tahu dia tidak suka saya, diantara kami memang tidak boleh berbaik tapi tolonglah jangan timbulkan sebarang sengketa,” katanya.

Dalam pada itu, Memey turut mengakui terpaksa menangguhkan perkahwinannya dengan Norman pada penghujung tahun ini.

“Sepatutnya kami merancang untuk berkahwin pada 8 Januari ini tetapi tidak sempat untuk buat persiapan. Selepas bertunang banyak rezeki yang datang terutama tawaran untuk berlakon bersama Norman.

“Insya-Allah beberapa tarikh telah dipilih pada penghujung tahun ini tapi mungkin juga ia akan dilakukan lebih awal iaitu pertengahan tahun ini jika kami berdua sudah bersedia,” katanya yang sedang membuat penggambaran drama Bola Cinta musim kedua.

Guru maut terjun bangunan gara-gara putus cinta
Selasa, Januari 04, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Jangan tiru cara guru ini. Jadikan pengajaran...

Saya petik:

[HM] GEORGETOWN: Niat untuk mengajar tuisyen kepada pelajar yang baru memasuki sesi persekolahan bertukar tragedi kepada seorang seorang lelaki yang bekerja sebagai guru tuisyen di Jalan Perak, di sini, malam kelmarin.

Guru tuisyen yang berasal dari Pekan Nenas, Johor, Lim Chee Hwa, 22, itu dipercayai ke tempat mengajarnya di Super Field Plaza, Jalan Perak, tetapi mengubah fikiran apabila terjun dari tingkat lima bangunan berkenaan.

Jurucakap polis berkata, guru berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Menurutnya, motif mangsa membunuh diri masih dalam siasatan dan sehingga kini, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Punca kejadian masih dalam siasatan meskipun berdasarkan siasatan awal tiada unsur jenayah dalam kes ini.

“Kami juga difahamkan pihak bomba berusaha memujuk mangsa, tetapi mangsa tekad dengan keputusannya untuk bunuh diri,” katanya.

(Gambar sekadar hiasan)

Keluarga mangsa rogol menteri mohon gambar mangsa dipadam
Isnin, Januari 03, 2011 | Author: Tuk Kiyai