Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Suami pengsan kena cucuh alat renjatan eletrik oleh isteri

Label:

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Seorang isteri berusia awal 30-an bertindak nekad mencucuh alat renjatan elektrik ke tubuh suaminya selepas dikatakan tidak tahan sering dipukul.

Perbuatan itu dilakukan wanita terbabit di rumahnya di Wangsa Maju, menyebabkan suaminya yang berusia 38 tahun pengsan sebaik terkena alat berkenaan hingga terpaksa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.

Suaminya yang bersifat panas baran dan berkerja sendiri itu dikatakan sering memukul isterinya itu sejak lebih setahun lalu walaupun wanita terbabit hanya melakukan kesalahan kecil.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam Rabu lalu, pasangan terbabit bertengkar mengenai masalah kewangan.

Difahamkan, lelaki berkenaan berang selepas isterinya meminta wang belanja dengan mengatakan sudah tiga bulan suaminya tidak memberi wang. 

P/s: Rasakan....

Bir Arab ada ALKOHOL

Label:

(Gambar hiasan)

Saya petik:

[HM] JOHOR BAHRU: Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman yang popular sebagai `bir halal’ di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat.

Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan membawa sendiri ‘bir halal’ itu untuk dianalisis, seterusnya mendapatkan kepastian.

Menurut sumber, JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia untuk pengesahan dan hasil ujian makmal yang dijalankan mendapati bir halal diperbuat daripada pelbagai perisa buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol.

“Berikutan penemuan itu, JAJ memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk tindakan selanjutnya.

“JAJ perlu memaklumkan penemuan itu kepada Jakim kerana difahamkan minuman itu menjadi kegemaran ramai dan selama ini dianggap halal. KDRM pula perlu mengambil tindakan lanjut kerana minuman itu diimport dari luar negara,” katanya.

Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin (gambar) ketika mengulas perkembangan itu berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus.

“Makanan atau minuman disahkan halal jika terdapat kandungan alkohol tidak melebihi 0.01 peratus. Ulama bersepakat menetapkan jumlah alkohol dengan kuantiti itu kerana ia boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semula jadi.

“Kuantiti itu amat kecil dalam kebanyakan buah-buahan serta tumbuh-tumbuhan. Ia bukan najis dan boleh dimakan atau diminum umat Islam,” katanya.

Sementara itu, sumber Jakim berkata, kebanyakan pengguna Islam yang gemar minum minuman itu mungkin tidak menyangka kewujudan alkohol dalam minuman itu berikutan ia dikilang dan diimport dari negara Islam di Timur Tengah.

Menurutnya, tambah meyakinkan apabila label pada luar produk berkenaan tertera tulisan minuman itu bebas alkohol dan hadir dalam pelbagai jenis perisa buah-buahan.

“Ia mula popular sejak lebih setahun lalu di kalangan masyarakat apabila minuman botol itu mudah diperoleh di kedai runcit, restoran termasuk kafe pada harga antara RM3 hingga RM5 sebotol.

“Persoalan bagaimana alkohol ini wujud dalam minuman ‘halal’ berkenaan masih dalam siasatan berikutan ia berkemungkinan di kilang di dalam bangunan sama dengan minuman keras,” katanya.

Utusan Meloya TIPU kakitangan sendiri!! Buktinya di sini...

Label:

Saya petik:

Utusan Melayu Diperintah Bayar Bonus Dua Bulan Gaji Untuk 2009

[MStar] KUALA LUMPUR: Mahkamah Perusahaan memerintahkan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad membayar tunggakan bonus dua bulan gaji kepada petugasnya bagi 2009.

Dalam keputusan yang diumumkan pada 24 Mei, presiden mahkamah itu Susila Sithamparam berkata Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) yang membawa kes itu ke mahkamah telah membuktikan bahawa Utusan Melayu mencatat keuntungan pada tahun berkenaan.

Kata beliau dalam penyata beraudit 2009 yang terkandung dalam laporan tahunan yang sama, Utusan Melayu mengisytiharkan bahawa ia mencatat keuntungan kumpulan berjumlah RM5.121.

"Responden (Utusan Melayu) tidak boleh menolak hakikat bahawa ia adalah sebuah syarikat pemegangan dan mempunyai anak syarikat. Mahkamah berpendapat perkataan "keuntungan" atau "profit" dalam Perkara 44 Perjanjian Bersama membawa maksud keuntungan yang diraihnya sebagai sebuah syarikat pemegangan pada 2009.

"Kesatuan itu telah membuktikan responden (Utusan Melayu) mencatat keuntungan pada 2009," katanya.
Susila memerintahkan Utusan Melayu mematuhi Perkara 44 Perjanjian Bersama dengan serta-merta.

"Oleh kerana responden telah memberi bayaran ex-gratia sebulan gaji kepada setiap petugasnya untuk 2009, maka ia boleh menolak jumlah yang telah dibayar itu daripada bayaran bonus dua bulan gaji yang perlu dibayar kepada mereka untuk 2009," katanya.

NUJ membawa kes itu ke mahkamah pada 23 Mac tahun lepas apabila Utusan Melayu tidak membayar bonus dua bulan gaji kepada petugasnya untuk 2009 dengan alasan sehingga 31 Dis 2009, penerbit akhbar Utusan Malaysia itu mengalami kerugian RM26,169,490 sebagai syarikat individu.

NUJ memohon mahkamah memerintahkan syarikat itu supaya mematuhi Perkara 44 Perjanjian Bersama bertarikh 5 Sept 2006 yang ditandatangani antara NUJ and Utusan Melayu (M) Bhd.

Dalam kenyataan Jumaat, setiausaha agung NUJ V Anbalagan melahirkan harapan agar pengurusan Utusan Melayu mengkaji dengan teliti award itu dan menjelaskan semua bayaran tertunggak yang wajar diterima petugasnya berasaskan semangat keharmonian perusahaan.

Katanya anggota kesatuan itu daripada Utusan Melayu adalah antara kumpulan yang menerima gaji paling rendah daripada lapan cawangan bersekutu NUJ. - BERNAMA

P/s: Nak tipu orang kampung boleh la...

Skandal Scorpene: Peguam Perancis dijangka tiba ke Malaysia Jun/Julai depan

Label:

Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR: Peguam Perancis yang mewakili Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dijangka tiba ke Kuala Lumpur lewat Jun atau Julai untuk memberi taklimat mengenai perkembangan terbaru skandal pembelian dua kapal selam Scorpene.

Suaram mewakili rakyat Malaysia memfailkan aduan terhadap DCNS pada Disember 2009, di mahkamah Paris kerana aktiviti rasuah dalam urusan pembelian berkenaan.

Suaram juga mengesyaki wang sogokan berjumlah ratusan juta di sebalik transaksi berkenaan, yang butirannya cuba disembunyikan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut laporan Malaysia Chronicles, peguam berkenaan akan memberi taklimat kepada warga Malaysia di beberapa tempat.

Namun tidak dapat dipastikan samada peguam Joseph Brehem yang tiba ke sini April tahun lalu akan turut hadir.

Akhbar Suara Keadilan baru-baru ini mendedahkan dua lagi bayaran komisen berjumlah RM32.5 juta, selain RM493 juta yang didedah lebih awal dalam proses pembelian dua kapal selam Scorpene.

Dua komisen itu terbongkar selepas pihak berkuasa Perancis memperoleh dokumen hasil serbuan ke atas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia.

Sebelum ini, sebuah laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar RM493 juta, sebaliknya dibayar kerajaan Malaysia sendiri.

Perimekar Sdn Bhd adalah syarikat milik isteri Abdul Razak Baginda, Mazlinda Makhzan. Abdul Razak merupakan kenalan rapat Najib yang terlepas dari kes pembunuhan kejam warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Perjanjian pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai berbillion dollar itu dimeterai Najib ketika menjadi Menteri Pertahanan pada 2002.

Pada April tahun lalu, seorang ahli perundangan Perancis, Joseph Breham memfail aduan di mahkamah Perancis berhubung skandal pembelian dua kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia.

Pengarah Urusetia Suaram, Cynthia Gibrael turut mendedahkan dua tiket penerbangan yang disahkan atas nama Abdul Razak dan Altantuya, ke Malta, sebenarnya melibatkan seorang lagi individu ketiga.

“Siasatan mendapati Gifen- sebuah subsyarikat kepada DCNS berpengkalan di Malta, berperanan sebagai pembuat bayaran. Mereka jumpa bayaran e-tiket melibatkan Razak baginda, Altantuya dan seorang lagi,” kata Cynthia.

Dua POLIS rasuah dipenjara 24 bulan

Label:

Saya petik:

[kosmo] KUALA LUMPUR - Dua konstabel polis, masing-masing dijatuhi hukuman penjara 24 bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan menerima suapan wang tunai RM350 daripada seorang warga Indonesia, empat tahun lepas.

Hakim Rosbiahanin Ariffin turut memerintahkan penjara tambahan enam bulan setiap seorang terhadap Mohd Ridzuan Zulkifli, 29, dan Md Azale Md Yusof, 27, jika mereka gagal membayar denda. - Bernama

P/s: Anggota polis berperangai beginilah yang merosakkan PDRM!!

Polis didakwa sekongkol dengan sindiket curi kereta. Alahai...

Label:

Saya petik:

[MK] Beberapa anggota polis didakwa bersekongkol dengan kumpulan mencuri kereta di seluruh negara dakwa ahli parlimen DAP Segambut Lim Lip Eng, sambil menggesa Bukit Aman supaya segera menyelesaikan isu itu.

Lim yang membuat laporan polis di balai Jinjang hari ini mendakwa kereta yang dilaporkan dicuri telah berjaya dijumpai oleh polis tetapi dikitar semula dan diserahkan kepada sindiket yang menjualnya pula kepada pemilik kereta terpakai atau pembeli persendirian.

"Saya menerima lebih 15 aduan sejak Disember tahun lalu daripada peniaga kereta terpakai yang sehingga sekarang belum selesai. 60 kereta dirampas daripada mereka kerana dipercayai kenderaan curi, setakat ini hanya 20 kereta yang telah dipulangkan,” katanya.

Lim berkata laporan polis hanya dibuat hari ini berhubung perkara berkenaan kerana baru-baru beliau menjumpai dalil kukuh bagi membuktikan berlakunya penyelewengan kuasa.

Beliau juga merujuk kepada satu laporan polis di mana mangsa membuat laporan bahawa kereta Mercedes C200 Compressor miliknya telah dicuri pada 13 Mac, 2009 dan telah membuat tuntutan insuran.

Dalam satu surat yang tidak bertarikh daripada Jabatan Siasatan Jenayah, ibu pejabat polis Ampang yang ditandatangani seorang pegawai yang dikenali sebagai Saiful Irwan Abdul Hamid, ia menyatakan bahawa kereta itu telah dijumpai dan dipulangkan kepada pemiliknya. Namun menurut Lim, pemiliknya tidak pernah mengambil semula keretanya itu.

Sebaliknya, kereta yang sama dengan nombor pendaftaran yang lain didakwa dibeli oleh seorang peniaga kereta terpakai, Pang Koo Tak, dari Setiawan, Perak.Pang bagaimanapun menurut Lim, terkejut apabila keretanya dirampas pada 19 Januari lalu oleh seorang anggota polis bernama Razlam Ab Hamid dari Jabatan Disiplin Bukit Aman bagi siasatan lanjut kerana nombor chasis kereta itu bersamaan dengan nombor kenderaan yang dicuri itu.

Lim berkata Pang kemudiannya berjumpa dengannya dan meminta bantuan bagi mendapatkan semula keretanya kerana kereta itu dibeli menerusi pinjaman bank dan beliau masih berhutang.

Gambar Manohara peluk anjing

Label:

Mungkin gambar ini sudah lama wujud di laman-laman blog tetapi apakah reaksi anda apabila melihat gambar ini?

Bacalah artikel di bawah sebagai info:

Hukum Memegang Anjing dan Babi

Pernah satu ketika dahulu kita digemparkan dengan gambar pelajar Melayu yang beragama Islam sedang memeluk dan memegang babi, dan yang terkini gambar artis Melayu bermain dengan anjing pula. Berbagai-bagai reaksi yang keluar dari mulut masyarakat berkaitan dengan gambar tersebut. Ada yang kata pelajar dan artis ini menghina Islam la..tak tahu hukum Islam la dan bermacam-macam lagi yang kita dengar dari mulut masyarakat Islam di Malaysia ini.

Bagi pendapat saya gambar pelajar yang memeluk babi dan artis yang bermain dengan anjing bukan menghina Islam sebaliknya menerangkan bahawa umat Islam boleh menyentuh anjing dan babi. Tiada nas yang menyatakan menyentuh babi dan anjing itu haram sebaliknya yang menyatakan haram itu adalah memakannya. Kita perlu jelas pandangan Islam terhadap dua makhluk yang Allah cipta ini. Kedua-duanya adalah ciptaan daripada Allah dan Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia sebaliknya setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Adakah Allah menciptakan babi dan anjing ini untuk dipandang hina oleh umatnya?????

Berkenaan dengan isu menyentuh, memegang, merawat, memeluk babi dan anjing yang diketegorikan sebagai najis Mughollazoh iaitu najis berat dalam feqah, ianya bukanlah haram seperti mana yang dikatakan oleh sesetengah masyarakat Melayu di Malaysia ini. Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana saya sebagai seorang muslim boleh menyentuh babi dan anjing yang haram disentuh?? Berdasarkan apa yang saya pelajari sehingga ke Universiti Al-Azhar, Mesir menyentuh najis Mughollazoh tidak haram. Apa yang dinyatakan oleh hukum feqah ialah apabila kita menyentuh najis Mughollazoh kita dikehendaki menyucikannya dengan bersamak iaitu membasuh dengan air yang telah dicampurkan tanah sekali dan membilasnya dengan air mutlak sebanyak 6 kali. Yang Haram berkaitan babi dan anjing ialah memakannya bukan menyentuhnya.

Sebagai seorang Melayu yang beragama Islam saya maklum pandangan masyarakat melayu yang merasakan geli atau jijik terhadap babi dan anjing. Mungkin ini adalah disebabkan nilai yang diwarisi daripada ibubapa yang mungkin berasal daripada usaha untuk mengelak daripada tersentuh babi dan anjing yang mana proses menyucikannya dilihat sebagai agak leceh dan jika tidak dilakukan akan menjejaskan ibadah, Namun kita perlu jelas pandangan Islam terhadap 2 makhluk ciptaan Allah ini.

Adakah Allah menciptakan anjing dan babi ini untuk dipandang hina kerana itu ianya diistilahkan sebagai najis berat? Jika ya mengapa terdapat hukum feqah yang menyatakan haiwan buruan yang dibunuh oleh anjing buruan yang terlatih halal dimakan dengan syarat pemburu berniat kerana Allah ketika melepaskan anjing buruan tersebut. Bagaimana pula dengan kisah seorang pelacur yang diampunkan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga hanya kerana memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan dengan menggunakan kasutnya?

Anjing dan babi juga merupakan makhluk ciptaan Allah yang mana termasuk dalam tanggungjawab manusia sebagai khalifah di mukabumi untuk menguruskannya. Sebagai makhluk ia juga seperti manusia memerlukan makanan apabila ia lapar, minuman apabila haus dan ia perlukan rawatan apabila ia sakit, walaupun mungkin dari sudut keutamaannya berbeza dengan manusia. Justeru saya melihat apa yang dipelajari oleh vet berkenaan dengan anjing dan babi serta kewajipan merawatnya termasuk dalam perkara fardhu kifayah dan ia memenuhi sebahagian tanggungjawab manusia sebagai khalifah.

Akhirnya, sebagai seorang muslim, marilah kita bersama mengambil tanggungjawab untuk memperbetulkan salah faham masyarakat khasnya masyarakat melayu berkaitan dengan isu ini. Perkara ini banyak dipertikaikan oleh masyarakat yang bukan Islam terutamanya mereka yang kuat memegang nilai kebajikan haiwan.Senario ini harus kita ubah kerana sebagai seorang Islam kita perlu menjaga 3 hubungan iaitu hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan makhluk yang lain. Sesungguhnya Islam itu syumul, segalanya sudah pun digariskan panduannya, terpulang kepada kita untuk mencari, memahami dan mengamalkannya. Wallahua’lam.
=============================================
Soalan:
Saya keliru tentang keadaan yang membolehkan kta sentuh anjing/khinzir tanpa perlu samak selepas itu. Sebab saya ada banyak dengar dr mayarakat melayu mengatakan yg menyentuh anjing kalau kering tak perlu samak.

Dan kalau kenyataan ini benar, kenapa bila kering tak perlu samak dan bila lembab/basah perlu? adakah sebab risaukan bulu haiwan ini melekat pada diri kita atau sebab lain?
Dan saya ada kawan muslim yg pelihara anjing.dan ianya BUKAN bertujuan untuk menjaga ternak,memburu atau sebgainya. apa hukumnya?

Jawapan
Keadaan yang membolehkan kita sentuh anjing tanpa samak ialah ketika mana dua-dua dalam keadaan kering tapi jika mana salah satu nya basah wajib samak tapi kalau boleh elakkan la sentuh walaupun dalam keadaan kering ini kerana dikhuatiri timbul was-was betulkah ianya betul-betul kering. tapi ini khas utk anjing sahaja kalau khinzir samada basah atau kering wajib samak.

Tidak ada persoalan tentang khinzir samada ianya kering atau basah hukum menyatakan wajib samak.Imam Syafie mengqiaskan basah di badan anjing itu sama dengan air liurnya.jadi air liur anjing adalah najis dan wajib di samak bukan sbb bulu melekat pada diri kita atau lain-lain.

Hukum memelihara anjing tanpa ada sebab adalah HARAM sepertimana Hadith Rasulullah SAW : “Barangsiapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga gembalaan atau berburu, maka amalannya akan dikurangkan setiap hari satu qirath (4/6 dinar).” (HR. Bukhari) 

Sumber: ibnumalek

Saya sanggup mati demi Islam..

Label:

Saya petik:

[HM] IPOH: “Saya sanggup mati demi Islam daripada membiarkan dua anak kecil saya terus dipaksa memeluk dan dijilat anjing peliharaan suami,” kata seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Iza, 35.

Iza yang kini dalam proses menuntut cerai mendakwa suaminya, seorang saudara baru yang memeluk Islam enam tahun lalu, sengaja memelihara anjing.

Katanya, sejak berkahwin enam tahun lalu, suaminya tidak mengamalkan ajaran Islam menyebabkan dia dan anak turut bersubahat hidup bergelumang dosa.

Berikutan itu, Iza nekad melarikan dua anaknya dari rumah didiami bagi menyelamatkan akidah anak perempuannya itu.

“Dia hanya menukar nama dan memeluk Islam di pejabat agama semata-mata mahu mengahwini saya. Saya sangkakan dia benar-benar ikhlas mahu menjadi Muslim sejati, tapi tembelangnya muncul satu persatu. 

P/s: Tahniah untuk si isteri ini yang berusaha menyelamatkan akidah anak-anak...

(Gambar hiasan)

Padah ganggu isteri orang, lelaki putus dua telinga!!

Label:

Saya petik:

[kosmo] NIBONG TEBAL - Gara-gara mengganggu isteri orang, seorang peniaga mendapat padah apabila kehilangan kedua-dua belah telinga selepas diserang suami wanita itu di Taman Kasawari, Simpang Ampat di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 8.05 pagi itu, mangsa yang berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan cedera parah dan terbaring di dalam longkang berhampiran rumahnya di Taman Kasawari.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku apabila suspek pergi ke rumah mangsa di kawasan tersebut sebelum bertindak menyerang dan memotong telinga lelaki itu dengan menggunakan senjata tajam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supritendan Shafien Mamat berkata, siasatan awal polis mendapati kejadian tersebut bermotifkan cemburu.

P/s: Jadikan pengajaran!! 

(Gambar hiasan)

Umno Selangor tak mengaku

Label:

Saya petik:

[BH] SHAH ALAM: Badan Perhubungan UMNO Selangor menafikan tuduhan pembangkang pihaknya bertanggung jawab mengedar salinan lengkap pita video seks membabitkan pelaku yang mirip Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, kepada ketua kampung dan pemimpin masyarakat di Selangor.

Setiausahanya, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, berkata UMNO dan komponen Barisan Nasional (BN) tidak pernah merancang untuk menggunakan pita video itu sebagai senjata memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 tidak lama lagi. 

Bagaimanapun katanya, beliau tidak terkejut dengan tuduhan liar pembangkang kerana mereka kian tenat dan menggunakan apa saja modal untuk meraih simpati rakyat di peringkat akar umbi, sekali gus menikmati faedah politik.

“Biarlah polis memburu pengedar video seks itu. Sebaiknya pembangkang hentikan tuduhan liar, sebaliknya menumpukan perhatian kepada persediaan menghadapi PRU Ke-13," katanya kepada Berita Harian, di sini, semalam.

Beliau mengulas dakwaan Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad yang UMNO mengatur pelbagai kempen terancang memusnahkan karier politik pembangkang termasuk menyebarkan video seks mirip Anwar kepada ketua kampung dan pemimpin masyarakat.

Khalid berkata, sehingga kini 11 pemimpin masyarakat di sekitar Shah Alam dan Klang menerima salinan pita video itu daripada pengirim tidak dikenali bersama surat layang menjelaskan bukti teknikal keaslian rakaman berkenaan dan pelakunya dikatakan bekas Timbalan Perdana Menteri yang dipecat pada 1998.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam mendakwa, mereka menerima sepucuk surat mengandungi empat salinan lengkap video seks sepanjang 22 minit dan sekeping surat layang meminta ketua kampung membuat salinan untuk diedar kepada rakyat.

“Minggu ini saja, 11 pemimpin masyarakat di Selangor menerima surat layang serta video seks dikirim dari Melaka,” katanya di pejabatnya, di sini, semalam.

Wow!! Siti sertai askar wataniah

Label:

Saya petik:

[MK] Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dijangka menyertai Rejimen Askar Wataniah dalam masa terdekat, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Siti Nurhaliza bersetuju menyertai Askar Wataniah atas sokongan suaminya," katanya kepada pemberita pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 Jabatan Latihan Khidmat Negara dan Pemakaian Pangkat Kolonel Kehormat kepada Ketua Pengarah jabatan itu, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil di Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur hari ini.

Seorang lagi penyanyi, Jaclyn Victor (bawah, kiri) , dan bekas pengacara TV3, Maznah Zolkifli turut melahirkan hasrat menyertai pasukan sukarelawan itu, kata Ahmad Zahid yang turut mengajak beberapa pelakon lelaki untuk menjadi askar wataniah.

"Mereka dijangka menyertai dalam masa terdekat dan majlis pelancaran akan dijalankan sebelum mereka menjalani latihan sebelum bulan puasa," katanya.

Sesiapa yang menyertai Rejimen Askar Wataniah perlu menjalani dan menamatkan latihan 39 jam dalam masa setahun mengikut kelapangan masing-masing sebelum ditauliahkan.

Ahmad Zahid berkata selebriti yang menyertai rejimen itu dapat dijadikan sebagai ikon untuk menarik minat lebih ramai individu di bawah usia 35 tahun menjadi askar wataniah. Beliau juga berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia menjalankan tugas sampingan bagi misi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang terlibat dalam bencana alam.

Katanya meskipun tugas hakiki ATM khususnya Tentera Darat adalah menjadi benteng menjaga kedaulatan dan keamanan negara, pasukan itu sentiasa bersedia menjalankan misi yang memerlukan khidmat mereka.

"Malaysia adalah sebuah negara aman dan tidak terlibat dengan perang maka dalam keadaan aman, tentera darat dan lain-lain perkhidmatan bersedia untuk menjadi tentera ''rakyat''," katanya.

Ahmad Zahid berkata ATM mempunyai aset, peralatan dan jentera yang lengkap serta anggota-anggota yang terlatih untuk menghadapi keadaan darurat termasuk bencana alam.

Dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat pada Sabtu lalu, beliau telah meminta Panglima Angkatan Tentera (ATM), Jen Tan Sri Azizan Ariffin dan Panglima Tentera Darat Jen Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zin menghantar anggota tentera untuk membantu

Kelantan BERPUTIH MATA tuntut royalti?

Label:

Saya petik:

[HD] PUTRAJAYA, 26 Mei: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Kerajaan Negeri Kelantan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan kerajaan persekutuan menjadi pencelah dalam samannya ke atas Petronas berhubung royalti minyak.

Keputusan itu dibuat Hakim Low Hup Beng setelah mendengar penghujahan daripada peguam yang mewakili kedua-dua pihak.

Kerajaan Kelantan diwakili peguam Tommy Thomas.

Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Paduka Husam Musa berkata, beliau meminta Tommy memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan itu.

"Saya telah minta peguam kita untuk memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan di atas kedua-dua  keputusan tadi," kata beliau kepada pemberita di luar kamar mahkamah selepas mendengar keputusan berkenaan.

Menurutnya, Kelantan tetap berpendapat bahawa Kerajaan Persekutuan tidak perlu campur tangan dalam kes ini kerana tidak memberi sebarang impak kepada mereka.

"Kes ini sebenarnya begitu simple. Jika kerajaan Kelantan menang dalam kes ini, lima peratus bahagian (royalti) Kerajaan Pusat  tidak akan berkurangan.

"Kalau Kerajaan Kelantan ditakdirkan kalah dalam kes ini bahagian lima peratus Kerajaan Pusat tak bertambah.  Jadi tidak ada apa-apa  kesan negatif dan positif kepada Kerajaan Pusat.

"Dan kerana itulah kita masih berpendapat bahawa Kerajaan Pusat tidak perlu campur tangan dalam kes ini kerana kes ini adalah kontrak antara Kerajaan Kelantan dengan Petronas," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Tambahnya Kelantan berharap agar rayuan di Mahkamah Persekutuan nanti akan diterima.

"Kita  berharap Mahkamah Persekutuan mempertimbangkan dan memberi keputusan sebaliknya daripada  apa yang diputuskan hari ini," katanya.

Rayuan di Mahkamah Persekutuan boleh dibuat dalam masa 30 hari daripada hari ini.

Sementara itu Mahkamah Rayuan hari ini turut menolak satu lagi rayuan oleh kerajaan negeri berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang tidak membenarkan permohonan bagi kes saman itu dipindahkan semula ke Mahkamah Komersial Baru (NCC).

Kerajaan negeri mahu kes itu dipindahkan semula memandangkan saman berkenaan pada mulanya difailkan di NCC, tetapi kini akan didengar di Mahkamah Sivil Baru (NCvC).

Pada 30 Ogos tahun lalu, kerajaan Kelantan memfailkan saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana  mendakwa syarikat petroleum nasional itu tidak membayar royalti yang dianggarkan RM800 juta setahun sejak 2005.

Menurut kerajaan negeri, tindakan Petronas itu bukan sahaja melanggar undang-undang sedia ada, tetapi juga bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam pernyataan tuntutannya, kerajaan negeri antara lain memohon perintah untuk mendesak Petronas supaya mendedahkan kesemua fakta berkaitan pembayaran tunai yang patut dibayar kepada Kelantan.

Ia termasuk tempoh petroleum dikeluarkan, dijumpai atau diperoleh di pesisir Kelantan; kawasan atau blok tempat petroleum dijumpai dan diperoleh; dan jumlah keseluruhan pembayaran tunai yang patut dibayar kepada Kelantan.

Kerajaan negeri turut mendesak agar semua pembayaran tunai tertunggak yang ditetapkan oleh mahkamah mesti dibayar dalam tempoh satu bulan daripada perintah mahkamah dikeluarkan.

10 kerusi dari Sarawak bakal tumbangkan BN!!

Label:

Saya petik:

[HD] MIRI, 26 Mei: AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu berkata, sekiranya Pakatan Rakyat Sarawak dapat menyumbangkan 10 atau lebih kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti, BN akan dapat ditumbangkan.

“Insya Allah, kerajaan (BN) pusat pasti tumbang dan dengan sendirinya kerajaan BN Sarawak akan tunduk di bawah pemerintahaan baru di Pusat,” ujarnya sempena program ke Miri sebagai persiapan Pakatan menghadapi Barisan Nasional (BN) dalam PRU 13 nanti.

Program bermula dengan perjumpaan bersama pimpinan Pakatan Rakyat Miri yang disertai Yang Dipertua PAS kawasan, Jofri Jaraiee, Adun Piasau, Ling Sie Kiong dan bekas calon PR Senadin, Dr Michael Teo.

Sehubungan itu, beliau memberi peringatan agar Pakatan Rakyat di Sarawak mesti terus bekerjasama dengan lebih erat dan kukuh lagi demi mencapai cita-cita Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

Sebaik selesai perjumpaan tersebut, rombongan terus menemui mangsa kebakaran rumah setinggan di Pujut Corner yang berlaku beberapa hari yang lalu.

Ini susulan daripada pertemuan awal yang lalu di mana 17 buah keluarga mangsa kebakaran menerima bantuan daripada Pakatan Rakyat.

Beliau menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran itu.

Pada sebelah malam, rombongan mengadakan ceramah perdana di kediaman Jofri.

Jofri ketika berucap pada majlis itu melahirkan hasrat PAS kawasan agar diberi peluang untuk bertanding di Parlimen Miri dalam PRU 13 nanti.

Ini, katanya memandangkan rakan Pakatan lain di Miri sudah diberi peluang bertanding dalam pilihan raya negeri yang lalu di mana DAP bertanding di dua Dun iaitu Piasau dan Pujut sementara PKR di Senadin.

“Inilah masanya untuk Pakatan memberi peluang dan menujukkan setiakawan, sepakatan dan sefahaman dalam Pakatan Rakyat di Sarawak,” katanya.

Ibu pejabat PKR kemungkinan DILELONG!!

Label:

Saya petik:

[MK] PKR mungkin diusir dari ibu pejabat parti itu kerana pemilik bangunan yang disewanya gagal membuat bayaran pinjaman bank sehingga mengakibatkan bangunan berkenaan terpaksa dilelong.

Buat masa ini PKR menyewa bangunan lima tingkat itu daripada sebuah syarikat dengan sewa bulanan antara “RM10,000 hingga RM20,000".

NONEBagaimanpun, pemilik bangunan itu dikatakan telah gagal membayar ansuran pinjamannya dan bank mahu melelong hartanah rumah kedai di Tropicana, Petaling Jaya ini.

Mengesahkan perkara ini dengan Malaysiakini, bendahari PKR dan ahli parlimen Selayang William Leong berkata lelongan dijadualkan pada 9 Jun ini.

“Kami hanya menyewa. Tuanpunya tidak bayar. Ini bukan pinjaman kami dan kami tidak berhutang dengan bank. Kami cuma penyewa.

“Saya tidak tahu mengapa mereka tidak bayar. Mungkin (pemiliknya) ada masalah perniagaan dan tidak dapat membayar pinjaman mereka,” katanya.

Anda mungkin sudah termakan sayur buangan ini!

Label:

WARGA asing mengutip sayur yang dibuang untuk dijual semula di Pasar Borong Selayang, Kuala Lumpur.

Saya petik:

[BH] KUALA LUMPUR: Timbunan buah-buahan lisut dan sayur reput menjadi sumber pendapatan segelintir pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) yang 'berkampung' di pekarangan kompleks Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL).

Lobak putih, timun, cili merah, daun pudina, terung, daun salad, telur puyuh dan pisang yang dibuang di tapak pembuangan sisa pepejal disediakan pengurusan PBKL akan dicuci dan dibersihkan supaya kelihatan segar dan selamat dimakan.

Sayur dan buah-buahan itu menjadi pilihan sesetengah pengusaha restoran di sekitar ibu kota, malah sambutan menggalakkan diterima berikutan tindakan pengusaha restoran mengurangkan kos bahan mentah bagi menjalankan operasi perniagaan.

Pelarian Myanmar, Mohd Jamal, 45, adalah antara mereka yang menjadikan buah-buahan dan sayur dibuang pembekal atau pemborong sebagai sumber rezeki untuk menyara isteri dan dua anak lelakinya.

Jamal yang turut mengambil upah menghantar barang dibeli pemborong dan pengusaha restoran, tidak berasa jijik mengutip sisa buah-buahan dan sayur terbuang untuk dicuci dan dibersihkan sebelum dijual dengan harga lebih murah kepada orang awam atau pengusaha restoran berminat.

“Ada pengusaha restoran membeli sayur mentah terbuang untuk dimasak dan dijual kepada pelanggan. Saya tidak menganggap sayur itu sampah kerana keadaannya masih elok dan boleh dimakan,” katanya.
Jamal berkata, permintaan untuk sayur dan buah-buahan terbuang sentiasa ada kerana peniaga akan mendapatkan stok bahan mentah tanpa mengira waktu.

Fatimah Abdul Hakim, 23, pelarian dari Myanmar yang bermastautin di Malaysia lebih tujuh tahun pula menjadikan surat khabar lama sebagai sumber pendapatan hidupnya dan anak lelaki, Akhbar Shah Zubair,4.

“Suami berada di Jerman dan saya mesti pandai hidup berdikari. Cabaran sebagai peraih surat khabar lama di sini tidak banyak, cuma jika hujan, ia menjadi lembap tetapi tetap dibeli kilang yang memproses semula surat khabar lama untuk dijadikan kertas,” katanya.

Dengan pendapatan lebih RM80 sehari, Fatimah mampu menyewa bilik di kawasan perumahan berdekatan dan menghantar anaknya ke tadika serta hidup ala kadar namun selesa.

Tinjauan Berita Harian mendapati longgokan sampah mengeluarkan bau kurang menyenangkan tidak menjadi halangan kepada mereka memilih sisa sayuran dan buah-buahan untuk dikitar dan dijual dengan harga lebih murah.

Sementara itu, jurucakap UNHCR, Yante Ismail ketika dihubungi berkata, pihaknya peka terhadap perkembangan tidak sihat yang membelenggu pelarian dan kebajikan keluarga mereka.

Hajat Lelaki ini menjadi ALEESHA tertangguh

Label:

MOHD. ASHRAF meninggalkan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu semalam. 

Saya petik:

[kosmo] KUALA TERENGGANU – Mahkamah Tinggi di sini semalam menjadi tumpuan gara-gara kemunculan seorang lelaki berpakaian wanita yang hadir untuk mendengar keputusan berhubung permohonannya mendapatkan kebenaran menukar nama kepada nama wanita.

Bagaimanapun, hajat Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, itu tertangguh apabila Mahkamah Tinggi menetapkan tarikh 18 Julai depan sebagai tarikh keputusan kes.

Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa membuat keputusan itu selepas mendengar hujah kedua-dua pihak dan meneliti petisyen yang dikemukakan pemohon melalui peguamnya, Horley Isaacs.

Ashraf yang berbaju kurung merah putih dan bertudung merah jambu hadir ke mahkamah bagi mendengar permohonannya untuk mendapat kebenaran menukar nama kepada Aleesha Farhana Abd. Aziz.

Mohd. Yazid dalam penghakimannya berkata, walaupun pemohon telah melakukan pembedahan jantina, mahkamah tetap berdepan kesukaran untuk membuat keputusan.

====================================================

Hukum Menukar Jantina di Sisi Islam

Dari sudut hukum dalam Islam, cukup jelas perbuatan itu haram. Tidak kiralah sama ada lelaki mahu menukar jantina kepada perempuan atau sebaliknya. Ulama bersepakat mengatakan haram juga bagi lelaki menyerupai perempuan melalui cara berpakaian, gaya dan tingkah laku.

Daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa (maksudnya): "Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki." (Riwayat al-Bukhari).

Hadis lain, daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata (maksudnya): "Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki". (Riwayat Abu Daud dengan sanad sahih).

Sudah jelas hukum haram terbabit yang mana melarang lelaki menyerupai wanita atau sebaliknya. Apabila sesuatu larangan dalam nas itu disertai dengan laknat, maka hukumnya berdosa besar dan fasik sehinggalah seseorang itu bertaubat nasuha.

Perbuatan menyerupai pun dikira berdosa besar apatah lagi perbuatan mengubah anggota lelaki menjadi anggota wanita, bermakna dosanya amat berat sekali. Menukar jantina termasuk dalam kategori dosa besar iaitu cuba mengubah ciptaan Allah atas dasar tidak puas hati dengan takdir Allah.

Perbuatan mengubahsuai ciptaan Allah datangnya daripada syaitan yang sentiasa menghasut manusia. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan demi sesungguhnya aku akan sesatkan mereka dan ku perdayakan mereka dengan angan-angannya serta ku suruh mereka memotong telinga ternak (untuk berhala) dan ku suruh mereka supaya mengubah makhluk Allah. Dan barang siapa mengambil syaitan menjadi wali, selain Allah sesungguhnya dia telah rugi dengan kerugian yang nyata". (Surah an-Nisaa' ayat 119).

Allah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian berbanding dengan makhluk yang lain. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk". (Surah at-Tiin ayat 4).
Implikasi Sosial

Alasan naluri mahu jadi perempuan tidak boleh diterima bagi mengharuskan perbuatan terkutuk itu. Jika naluri yang kononnya dijadikan hujah kuat untuk mereka melakukan semua itu bagaimana pula perkara mungkar lain seperti merogol, mencuri atau mengambil dadah?

Malah, dosa kian bertambah apabila dalam masa sama mereka mengambil kesempatan menjadikan lelaki sebagai teman sosial atau merelakan hubungan seks berlaku. Itu belum lagi hal yang lain seperti masalah perkahwinan, mengerjakan haji atau umrah, bersembahyang serta pengebumian. Selain itu, mereka berdepan kemungkinan mendapat penyakit tertentu kesan daripada pembedahan. Jadi, keseronokan mereka itu sebenarnya hanya sementara.

Pokok pangkalnya, setiap perbuatan yang ditegah dan dilarang Allah pasti ada sebabnya dan tetap dikira berdosa. Tiada satu alasan pun boleh diterima untuk mengharuskan atau membenarkan ia berlaku.

Menyesali rupa bentuk atau keadaan sedia ada adalah perkara yang tidak patut kita semaikan dalam diri. Tujuan kita hidup adalah untuk mengambil hikmah dari setiap kejadian yang alami. Sebagai Muslim yang beriman, menjadi kewajipan mereka menjaga tubuh badan dengan sempurna selain dilarang sama sekali mengubah suai serta menghiasinya dengan tujuan yang diharamkan syarak.
Pengecualian

Walau bagaimanapun, pembedahan untuk mengembalikan atau memulihkan semula kecacatan anggota badan yang tidak berfungsi adalah harus.

Contohnya, pemindahan organ atau anggota badan yang diambil daripada orang yang hidup atau mati seperti jantung, buah pinggang dan mata kepada mereka yang memerlukannya.

Berdasarkan fatwa bekas Mufti Mesir, Sheikh Al-Hasanin Makhluf, bagi menghadiahkan anggota atau organ, ia perlu memenuhi beberapa syarat termasuk memastikan kejayaan pemindahan terbabit yang bukannya berdasarkan sangkaan, berada dalam keadaan darurat, pembedahan dan pemindahan perlu dilaksanakan dengan cermat, teliti, dan berhati-hati serta meminta keizinan terlebih dahulu daripada waris.

Pembedahan plastik bagi tujuan kecantikan juga dilarang kerana ia bertujuan untuk bermegah-megah selain melanggar fitrah dan merosakkan anggota badan.

Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim), Zamihan Mat Zain, berkata golongan yang menukar jantina tidak dapat menerima qada dan qadar Allah.

"Allah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Naluri ingin menukar jantina ini adalah antara bisikan syaitan dan iblis yang ingin merosakkan mereka.

"Kita perlu bijak memilih mana satu perkara baik dan buruk. Justeru, dalam hal ini mereka perlu membantu diri mereka melawan nafsu serta naluri buruk," katanya.

Beliau berkata, pelbagai masalah akan menimpa terutama berkaitan perkahwinan, ibadah serta pengebumian apabila meninggal dunia kelak.

"Akibat melawan takdir Allah, setiap kebajikan dan amalan mereka lakukan tidak diterima Allah. Contohnya sembahyang, akibat penukaran jantina ini mereka perlu melakukannya mengikut cara wanita.

"Ia bukan saja merosakkan ibadah diri sendiri malah turut merosakkan ibadah orang lain. Begitu juga apabila meninggal dunia, jenazah mereka perlu disemadikan mengikut cara lelaki. Tambah menyeksakan, jenazah terpaksa dibedah semula bagi membuang alat kelamin wanita," katanya.

Katanya, walaupun ada yang mendakwa mereka hidup bahagia, hakikatnya gagal menyembunyikan perasaan bersalah.

"Ketika usia muda, memang semuanya ingin tampil cantik tetapi apabila meningkat tua, naluri hendak cantik itu tiada lagi. "Ditambah pula pelbagai berpenyakit, pasti mereka akan menyesal," katanya.- harian metro

[VIDEO] Felda pinjam KWSP RM6 bilion. Untuk apa?

Label:

Saya petik:

Pinjam KWSP RM6 bilion: Kewangan Felda kukuh satu pembohongan

[KD]KUALA LUMPUR: Pengarah Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said menganggap kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan bahawa kedudukan kewangan Felda adalah kukuh sebagai satu pembohongan.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), yang mendedahkan permohonan pinjaman Felda daripada Kumpulan Wang Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM6 bilion.

“Laporan keuntungan Felda tak terpakai lagi apabila berita mengenai tindakan meminjam wang KWSP ini terbongkar.Kenyataan Ahmad Maslan sebelum ini kononnya kedudukan kewangan Felda kukuh adalah pembohongan,” kata Suhaimi kepada keadilandaily.com.

Menurutu Suhaimi, sekiranya benar Felda dikatakan tidak mempunyai sebarang masalah kewangan,  mengapa agensi tersebut bertindak meminjam dari KWSP yang juga merupakan dana awam.

“Apakah memang benar yang Felda ini mempunyai masalah kewangan? Jika tidak, apakah sebabnya? Ini kerana Felda merupakan badan berkanun dan entiti perniagaan yang berpendapatan setanding Petronas. Tidak munasabah pada masa ini Felda mengalami kemerosotan kewangan yang serius.” tegasnya.

Justeru itu katanya, Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN akan membuat laporan polis dalam isu tersebut bagi menuntut satu siasatan terpeinci dilakukan.

Dalam pada itu, Suhaimi mempersoalkan transaksi tertutup oleh Felda dalam pembelian kilang dan ladang gula di Perlis yang diijangka keuntungannya meningkat berlipat kali ganda, selaras dengan kenaikan harga gula di pasaran baru-baru ini.

“Sepatutnya Felda mendapat untung dan kos gula menjadi murah kerana diproses di dalam negara. Tetapi mengapa perkara ini tidak berlaku? Saya mengesyaki keuntungannya diagihkan kepada pihak tertentu.

Mengulas lanjut, Suhaimi tidak menolak kemungkinan tujuan pembiayaan itu mempunyai kaitan dengan agenda untuk membantu BN dalam kempen pilihan raya yang dikata akan diadakan dalam masa terdekat.

“Mungkin juga wang tersebut akan digunakan pada masa kempen,” katanya sambil mencetuskan kebimbangan bahawa pelantikan Pengerusi Felda yang baru, Tan Sri Isa Samad juga mempunyai kaitan dengan usaha tersebut.

Antara spekulasi yang turut dibangkitkannya termasuk percubaan kerajaan untuk ‘mengapungkan’ (bail-out) Felda yang kewangannya merosot teruk seperti yang  berlaku kepada Syarikat Perkapalan Antarabangsa Malaysia Berhad (MISC Berhad) pada tahun 1997.

Beliau dalam masa yang sama turut mengulangi isu berkenaan wang dari Tabung Tanam Semula oleh Felda yang masih belum dikembalikan kepada peneroka sehingga kini.

“Peruntukan baru untuk tanam semula dikeluarkan dari simpanan Felda. Dalam masa yang sama wang dari tabung tanam semula tidak dikembalikan kepada peneroka. Ke mana perginya wang itu? Menteri mesti kemukakan dan jawab!” tegas Suhaimi.

Eksekutif pemasaran mangsa serangan simbahan asid terbaru

Label:

Saya petik:

[HM] Tindakan seorang eksekutif pemasaran wanita yang enggan membuka tingkap keretanya apabila diketuk seorang lelaki bermotosikal di sebuah lampu isyarat di Pasar Seni di ibu negara pagi ini, menyelamatkannya daripada menjadi mangsa terbaru simbahan asid.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata ketika kejadian pukul 7 pagi itu, wanita berumur 26 tahun tersebut dalam perjalanan ke pejabatnya, sebelum tingkap keretanya diketuk seorang lelaki bermotosikal di sebuah lampu isyarat.

"Wanita itu tidak mengendahkan tindakan lelaki itu. Mungkin berang dengan wanita berkenaan, lelaki itu terus menyimbah cecair bewarna merah jambu ke atas keretanya sebelum melarikan diri," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Ku berkata selepas kejadian itu, wanita berkenaan terus ke stesen minyak berdekatan untuk membasuh keretanya, namun mendapati tiada sebarang kerosakan yang boleh menjejaskan warna kereta itu.

"Dia (wanita) itu kemudiannya didatangi seorang lelaki yang berada di belakang kereta wanita itu semasa kejadian berlaku...Dia (lelaki) itu mendakwa sempat mengambil gambar suspek yang menyimbah cecair ke keretanya.

"Lelaki itu berjanji akan menghantar gambar suspek itu melalui e-mel...namun sehingga ini wanita tersebut masih belum menerimanya," katanya.

Sementara itu mengenai dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa masih terdapat kes simbah asid terbaru di kawasan Selangor, Ketua Polis Selangor Tun Hisan Tun Hamzah berkata ia adalah tidak benar.

"Saya juga terima lagi laporan kata ada kes simbah asid di One Utama dan Kota Damansara hari ini, tapi ingin saya jelaskan, semuanya tidak betul.

"Dalam Selangor kita ada satu kes sahaja, tapi bukan asid, ia hanya 'detergent' yang berlaku di Ampang in March. That's all, tiada lagi kes terbaru," katanya selepas majlis makan tengahari bersama ketua-ketua komuniti masyarakat di Bandar Puteri Puchong hari ini. -Bernama

(Gambar hiasan)

[TERKINI] Kerajaan BN tak jadi naikkan harga RON 95, diesel dan LPG

Label:

PUTRAJAYA: Kerajaan mengumumkan tiada kenaikan harga petrol RON 95, diesel dan gas LPG.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Mohd Ismail Sabri, berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat kabinet hari ini kerana mengambil kira kepentingan rakyat./BH

P/s: Kepentingan rakyat pulak dah...

Skandal cetak mata wang berganda untuk biaya dana Umno?

Label:

Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mengumumkan siasatan mengenai skandal mencetak mata wang berganda yang pernah ditimbulkan sejak beberapa tahun lalu.

Ia berikutan pengumuman Bank Negara Malaysia untuk mengeluarkan siri baru wang kertas dan syiling Malaysia yang dikatakan akan diedarkan di pasaran pada awal 2012.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, isu percetakan mata wang berganda itu telah beberapa kali dibangkitkan di parlimen, namun sehingga kini kerajaan dan agensi undang-undang yang terlibat gagal mengumumkan sebarang hasil keputusan mengenainya.

“Sehingga kini siasatan ini didiamkan. Dulu dikatakan kerajaan akan dedahkan hasil siasatan di parlimen, tapi sehingga kini tidak ada langsung penemuan dan hasil siasatan yang diberikan kepada kita,” kata Azan ketika dihubungi keadilandaily.com.

Azan merujuk skandal komisyen bernilai RM11.4 juta yang diterima individu tempatan daripada syarikat membekal bahan polimer untuk mencetak wang kertas, Securency International dan Note Printing Australia.

Dua anak syarikat Reserve Bank Australia itu didakwa merasuah pegawai tinggi kerajaan selaku orang tengah bagi mendapat kontrak mencetak dan membekalkan mata wang negara antara 1990 hingga 2005.
Individu yang juga dikatakan ahli pernigaan itu dikatakan rapat dengan Umno dan kerajaan.

Skandal itu turut menggemparkan masyarakat antarabangsa apabila syarikat Australia tersebut dikatakan turut merasuah Timbalan Gabenor Bank Pusat di sebuah negara Asia dengan menawarkan khidmat pelacur Asia. Antara nama negara yang disebut termasuk Malaysia, Nigeria dan Vietnam.

Menurut Azan, mata wang berganda yang memiliki nombor siri yang sama itu dipercayai digunakan Umno-BN untuk merasuah pengundi setiap kali pilihan raya umum dan negeri, seperti mana dikesan berlaku di Sabah.

Azan menyifatkan aktiviti percetakan mata wang berganda itu sebagai pengkhianatan kepada institusi kewangan negara dan lebih teruk berbanding spekulasi nilai mata wang.

Ini kerana lambakan mata wang berganda akan menyebabkan nilai mata wang jatuh dan mengheret negara ke arah inflasi.

“Apabila ini berlaku, nilai mata wang malaysia akan jatuh dan tak boleh diperdagangkan di peringkat antarabangasa. Ia hanya laku dalam negara menyebabkan kejatuhan nilai. Ia menyebabkan inflasi dan juga terdedah kepada spekulasi.

“Di sesetengah negara, mereka yang didapati bersalah melakukan perkara ini akan dihukum mati,” tambah beliau.

“Sebab itu, jika menyentuh soal mata wang berganda ini, saya merasa curiga kerana isu yang ditimbulkan sejak 2009 iaitu selepas pilihan raya pada Mac 2008 masih belum berjawab,” katanya lagi.

Malah katanya, sekiranya keadaan itu berterusan di tambah rasuah dan kebocoran perbelanjaan awam, negara mungkin berhadapan risiko bankrap sepertimana yang terjadi di Greece dan kini berjangkit ke Sepanyol.

Dalam masa yang sama Azan turut mempersoalkan mengapa kontrak percetakan mata wang negara perlu dilakukan melalui pihak ketiga.

“Seingat saya tiga kali perkara ini diberi perhatian di parlimen termasuk dalam belanjawan negara. Tetapi tidak ada jawapan munasabah mengapakah kita melantik agen sedangkan banyak negara seperti Thailand mengendalikan percetakan mata wang sendiri supaya mudah untuk diawasi,” katanya.
Suami pengsan kena cucuh alat renjatan eletrik oleh isteri
Sabtu, Mei 28, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Jumaat, Mei 27, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Khamis, Mei 26, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Rabu, Mei 25, 2011 | Author: Tuk Kiyai