Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Isteri hamil dua bulan dedah kekasih gelap!!

Label:

Gambar hiasan

Saya petik:

[HM] JOHOR BAHRU: Curiga sang suami terhadap isterinya yang beria-ia mahu menggugurkan kandungan membongkar kecurangan wanita terbabit yang dikahwini sejak 12 tahun lalu.

Semuanya bermula apabila si suami yang juga pakar psikologi dan hanya mahu dikenali sebagai Shan, 40, mengetahui isterinya hamil anak ketiga, tetapi hairan selepas wanita terbabit beria-ia mahu menggugurkan kandungan dengan alasan tidak mahu anak lagi.

Menurut Shan yang bertugas di sebuah syarikat swasta di bandar raya ini, isterinya yang hanya dikenali sebagai Rupa, 31, rupa-rupanya mengandungkan anak luar nikah hasil hubungan sulit dengan rakan sepejabat berusia 40-an.

“Semuanya bermula pada Ogos 2009 apabila isteri memaklumkan dia hamil dua bulan. Saya sangat gembira, tetapi sebaliknya dia bengang dengan perkara berkenaan.

“Saya mula hairan dan selepas membuat perkiraan, saya sudah beberapa minggu tidak bersamanya dan mustahil dia hamil dua bulan,” katanya, semalam.

P/s: Dunia akhir zaman. Maruah diri sudah dipedulikan lagi demi nafsu serakah.... 

Van bawa RM2.2 juta dirompak dan dibakar

Label:

Gambar hiasan

Saya petik:

[HM] SHAH ALAM: Serbu, rampas dan bakar. Itu modus operandi sekumpulan lima lelaki bertopeng dan bersenjatakan pistol yang kini bergelar jutawan selepas melarikan sebuah van syarikat kawalan keselamatan membawa wang tunai RM2.2 juta dalam kejadian di sebuah stesen minyak berhampiran Balai Polis Ijok, Kuala Selangor, dekat sini, semalam.

Difahamkan, van itu ditemui semula kira-kira 30 minit kemudian dalam keadaan terbakar selepas dilarikan di sebuah kawasan hutan, kira-kira 1.5 kilometer dari tempat kejadian.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, tiga petugas van kawalan keselamatan berusia 20-an berhenti di stesen minyak berkenaan untuk mengisi wang dalam mesin juruwang automatik (ATM) sebanyak RM200,000 sebelum diserang hendap kumpulan penjenayah terbabit.

Menurut sumber polis, sebaik ketiga-tiga petugas syarikat kawalan keselamatan itu turun daripada kenderaan sambil membawa sebuah beg mengandungi wang untuk dimasukkan ke mesin ATM berkenaan, tiba-tiba sebuah Proton Perdana berhenti dengan empat lelaki bertopeng turun daripada kenderaan itu.

“Dua daripada suspek mengacukan pistol ke arah ketiga-tiga petugas syarikat kawalan keselamatan itu menyebabkan mangsa panik dan gagal berbuat apa-apa,” katanya.

Coli atas katil sebagai bukti

Label:

Saya petik:

[SH] KAMPUNG RAJA – Walaupun berkelulusan tinggi, namun seorang wanita yang sedang menjalani latihan amali di sebuah resort di daerah ini tidak dapat mengawal nafsu hingga sanggup berkurung dalam bilik bersama teman lelaki di sebuah chalet di Pantai Air Tawar di sini tahun lalu.

Pelajar politeknik di Pahang berusia 21 tahun itu mengambil peluang bersama pasangan sebayanya itu dipercayai setelah mereka lama tidak berjumpa kerana tinggal berjauhan, memandangkan tertuduh lelaki bekerja di Selangor.

Namun perbuatan tidak bermoral mereka berjaya dihidu pihak berkuasa menyebabkan mereka ditahan ketika berdua-duanya di dalam bilik tersebut jam 2.30 pagi 30 Julai tahun lalu.

Tertuduh wanita berkenaan berasal dari Seri Gombak Indah, Batu Caves dan pasangannya seorang kerani am rendah beralamat di Taman Batu Caves, Selangor dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah di sini kelmarin dan dijatuhkan hukuman denda RM2,500 setiap seorang selepas mengaku bersalah di hadapan Hakim Syarie, Mohd Nazri Yusof.

Mohd Nazri turut memerintahkan mereka dipenjara selama sebulan jika gagal membayar denda dikenakan.

Kedua-dua pasangan itu dituduh di bawah Seksyen 31 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (takzir) Terengganu 2001 yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof.

Menurut fakta kes, sepasu-kan anggota penguat kuasa yang membuat pemeriksaan di sebuah bilik di chalet itu mendapati keadaan dalam bilik gelap dengan pintu tertutup rapat dan berkunci, namun terdapat sebuah motosikal diletakkan di depan bilik tersebut.

Pegawai penguat kuasa memberi salam dan mengetuk pintu selama tiga minit, kemudian tertuduh lelaki cuba melarikan diri melalui pintu belakang namun gagal kerana chalet itu telah dikepung.

Namun akhirnya tertuduh lelaki membuka pintu dan penguat kuasa mendapat lelaki itu memakai kemeja T dengan seluar boxer, manakala pemeriksaan mendapati tertuduh perempuan duduk berhampiran katil sambil menangis.

Kata Nik Mohd shahril Irwan lagi, perempuan itu memakai seluar slek dan baju sejuk tanpa tudung, manakala di atas katil ada sehelai kemeja T dan coli.

Penguat kuasa turut merampas sehelai boxer dan coli berwarna kuning serta sehelai kemeja milik kedua-duanya yang dijadikan bahan bukti.

Mohd Nazri turut menegur tertuduh wanita yang berpendidikan tetapi tidak dapat membezakan antara yang baik dan buruk.

Kedua-duanya membayar denda yang dikenakan dan mereka dibebaskan.

Kekasih sebar gambar separuh bogel

Label:

Gambar hiasan

Saya petik:
[HM] AMPANG: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun terpaksa menanggung malu apabila gambar separuh bogel miliknya dikatakan sengaja disebarkan teman lelaki melalui sebuah laman sosial.

Difahamkan, gambar itu mulanya dimuat naik dalam laman sosial milik teman lelakinya berusia 20 tahun sebelum dilihat kenalannya yang kemudian bertindak menyebarkan kepada kenalan lain.

Berikutan penyebaran gambar itu, ia sampai kepada pengetahuan guru pelajar tingkatan empat terbabit yang terkejut sebaik melihat gambar separuh bogel itu lalu bertindak memanggil remaja berkenaan, semalam.

Menurut sumber, mangsa yang tidak mengetahui penyebaran gambar itu turut terkejut sebaik dimaklumkan guru berkenaan.

“Guru berkenaan memaklumkan perkara itu kepada ibu bapa mangsa. Keluarga mangsa diminta hadir ke sekolah bagi mengadakan perbincangan.

“Hasil perbincangan, keluarga mangsa kemudian membawa mangsa ke balai polis untuk membuat laporan,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa mendakwa dipaksa teman lelakinya yang sudah bekerja membuka pakaian hingga separuh bogel sebelum gambarnya dirakam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
P/s: Murahnya maruah gadis sekarang ini...Bila sudah bercinta, semuanya rela didedahkan...

Ibu humban bayi ke laut kerana takut dicekup. Gila!!

Label:

Saya petik:
[HM] TAWAU: Panik dan terlalu takut dicekup pihak berkuasa, seorang ibu hilang pertimbangan sehingga sanggup mencampakkan bayi lelakinya berusia enam bulan ke laut semata-mata untuk menyelamatkan diri apabila diserbu pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana disyaki mengemis di pesisiran Pantai Sabindo, di sini, semalam.

Bagaimanapun, bayi itu diselamatkan penguat kuasa JKM yang bertindak spontan terjun ke laut sebaik menyaksikan kejadian menyayat hati itu jam 10 pagi.

Difahamkan, wanita berusia 30-an terbabit mengemis di kawasan itu sambil membawa bayi dan dua lagi anaknya masing-masing berusia enam dan tujuh tahun.

Bagaimanapun, kedua-dua anak pengemis terbabit melarikan diri apabila terjun dan berenang hingga ke tengah laut bagi mengelak ditahan penguat kuasa.

Penolong Pengarah JKM Tawau, Asnah Kassim, berkata operasi dua jam itu berjaya menahan 23 individu termasuk 13 kanak-kanak yang berusia enam sehingga 60 tahun.

Perdaya, kikis 20 wanita serentak & makan isteri kawan

Label:

Saya petik:
[HM] JOHOR BAHRU: “Dia memberitahu suami kononnya saya curang dan menjalin hubungan dengan lelaki lain. Saya pula dia beritahu suami ada hubungan dengan perempuan lain.

“Akibatnya saya diceraikan, namun selepas itu dia pula ajak saya kahwin di Siam,” kata wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Aimi, 26, mengenai ‘permainan’ seorang lelaki kasanova untuk memikat mangsanya sebelum mengikis duit mereka.

Aimi berkata, kasanova yang dikenali sebagai Man, 30-an itu amat licik memerangkap mangsa sehingga mampu memikat 20 teman wanita serentak termasuk bekas isteri dan kekasih orang, biarpun kawannya sendiri.

Rahsia Man terbongkar apabila seorang demi seorang kekasihnya tampil membuat laporan polis selepas menyedari mereka dianiaya dan terpedaya.

Menurut Aimi, Man yang juga seorang kakitangan awam beruniform sering menggunakan jawatannya itu untuk memerangkap wanita dan permainan fitnahnya menyebabkan rumah tangga sebahagian mangsanya porak-peranda. “Saya mengenali Man menerusi suami kerana mereka berkawan, namun lama-kelamaan hubungan kami tegang dan selalu bergaduh kerana termakan hasutannya yang mendakwa kami curang.

“Akibat terpedaya dengan fitnah Man, saya diceraikan talak satu oleh suami pada hujung Julai lalu. Sebelum itu, suami juga memukul dan menendang hingga badan saya lebam,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Masai, semalam.

Aimi berkata, lebih menghairankan ialah selepas dia diceraikan, Man beria-ia mahu memberikan bantuan termasuk menumpangkannya di rumah seorang rakan wanitanya, selain memberinya wang RM2,000 bagi membolehkannya hidup bersendirian.

Menurutnya, Man yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak kemudian menyatakan ingin memperisterikannya dengan berkahwin di selatan Thailand.

“Pelik dengan perangainya itu, saya mula terfikir apa yang dikatakannya kepada saya dan suami sebelum bertemu suami serta berbincang hasil bantuan keluarga.

“Kami rujuk semula selepas mendapati Man berniat jahat memfitnah kami suami isteri sehingga bercerai,” katanya.

Seorang lagi mangsa Man yang juga bekas teman wanita lelaki itu, Shima, 30-an berkata, dia menjalin hubungan selama 10 tahun sebelum menyedari ditipu dan diperalatkan untuk mendapatkan wang.

“Sepanjang 10 tahun bersama, saya memberinya lebih RM15,000 wang simpanan saya selepas dia memberi pelbagai alasan untuk menggunakan wang. “Sepanjang tempoh kami berkawan, tidak pernah dia mengaku sudah beristeri dan mempunyai dua anak,” katanya.

Shima berkata, Man seorang panas baran dan sering memukulnya hingga terseliuh pergelangan tangan, namun dia tetap bersama lelaki itu atas dasar sayang dan cinta.

“Bagaimanapun, saya mula tidak tahan dengan sikapnya apabila dia sering membawa wanita lain ke kelab malam dan karaoke sedangkan wang simpanan saya habis dikikis,” katanya.

Seorang lagi mangsa Man yang hanya mahu dikenali sebagai Ina, 18, berkata sikap romantis Man dengan kata-kata manis, peramah serta prihatin terhadap dirinya pada awal perkenalan menyebabkan dia jatuh cinta kepada lelaki itu sehingga terlanjur.

“Man berlagak romantik dan prihatin selain selalu menunjuk-nunjuk dia berharta hingga pernah memberikan saya ribuan ringgit secara tunai.

“Bagaimanapun, lama kelamaan tembelangnya pecah kerana dia membawa wanita lain ketika kami masih bercinta. Semua itu masih boleh dimaafkan kerana saya cintakannya.

“Namun, lebih dikesalkan ialah dia cuba memperalatkan saya memikat lelaki lain sebelum berpesan supaya saya mengikis wang lelaki itu,” katanya sambil memberitahu lelaki dimaksudkan ialah suami Aimi.

Aimi membuat laporan polis berhubung sikap kasanova Man di Balai Polis Masai, 3 September lalu, manakala Shima membuat laporan berhubung penipuan dan ugutan lelaki itu di Balai Polis Scinetx Seri Alam, 26 Julai lalu.

Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan terbabit, namun enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan

Cincin ‘Rosmah’ sudah dipulangkan dalam beberapa hari, kata Nazri

Label:

Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 4 Okt — Datuk Seri Nazri Aziz mengesahkan tiada pembelian cincin bernilai AS$24 juta oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor sebagaimana didakwa oleh beberapa blog sebelum ini.

Sebaliknya, Dewan Rakyat diberitahu bahawa ia telah dipulangkan ke premis asal dalam beberapa hari selepas ia tiba di Malaysia.

Dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut), Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, Kastam Diraja Malaysia mengesahkan bahawa cincin itu telah dikembalikan beberapa hari kemudian kepada syarikat miliknya.

Ogos lalu, Perdana Menteri dalam temu bual dengan akhbar Kompas telah menafikan isterinya ada membeli cincin berlian yang nilainya berjuta-juta ringgit.

Akhbar Kompas telah memohon maaf kepada Najib atas laporannya, disiarkan pada 4 Ogos lalu, tetapi misteri kekal mengapa cincin dari Jacob & Co New York dialamatkan kepada Rosmah.

Persoalan timbul sama ada nama Rosmah (gambar) telah digunakan dengan pengetahuan beliau ataupun sebaliknya oleh elemen-elemen jenayah.

Rosmah dalam satu kenyataan pada akhir Julai lalu telah menyifatkan tuduhan itu sebagai satu fitnah.

Dalam kenyataan pertama sejak isu pembelian cincin muncul, Rosmah menyifatkan dakwaan yang mengaitkannya sebagai satu fitnah dan beliau menegaskan tiada masa mahu melayan perkara itu.

Rosmah berkata, sebagai isteri Perdana Menteri beliau lebih senang memberi tumpuan terhadap perkara lebih berfaedah, terutama dalam hal dan agenda pembangunan rakyat daripada melayan isu tidak relevan.

“Tak ada apa yang saya nak cakap sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (pemblog) saja hendak cakap (tuduh),” kata beliau. Ekoran kemunculan isu itu, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) awal Julai lalu

LIWAT II: Saksi Misteri Beri Keterangan hari ini

Label:

Saya petik:

[TVS] KUALA LUMPUR 3 OKT: Kes mahkamah Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal di kejutkan dengan kehadiran seorang "saksi misteri" yang akan dikemukan esok oleh pihak peguambela kes tersebut.

Peguam Sankara Nair yang ditemui TV Selangor selepas mahkamah bersurai hari ini menyatakan bahawa pihaknya akan memanggil seorang saksi baru esok namun enggan menyatakan nama individu terbabit.

"Esok kita akan bawa saksi baru beri keterangan. Tapi kita tidak mahu beritahu nama untuk elakkan tekanan kepada dia oleh pihak tertentu," katanya.

Menurut beliau, ini untuk mengelakkan mana-mana pihak yang cuba memberi tekanan terhadap saksi tersebut sebelum dia memberi keterangan.

Sementara itu, hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh 6 Oktober bagi mengumumkan keputusan permohonan Perdana Menteri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor untuk mengenepikan perintah sapina.

Pengumuman itu dibuat selepas mendengar permohonan daripada peguam pasangan itu, Hisyam Teh Poh Teik dan peguambela Karpal Singh sebentar tadi.

Berdasarkan penghujahan yang dibacakan di hadapan hakim bersabit kes fitnah liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, Hisyam menyifatkan saksi yang dipanggil harus mempunyai maklumat yang relevan.

Dalam kes ini, menurut beliau keterangan yang akan diberikan Perdana Menteri dan isteri sekiranya menjadi saksi tidak akan membantu perbicaraan.

"Persoalan samada mereka boleh beri maklumat yang relevan dan bukan disebabkan pendakwaraya menawarkan mereka sebagai saksi.

"Pada pandangan saya, mana-mana pihak tidak ada hak secara automatik untuk memanggil seseorang sebagai saksi. Ia adalah bidang kuasa mahkamah untuk menentukan saksi yang dicadangkan adalah relevan sebelum memberikan bukti. Ini bagi memastikan bukti maklumat tidak menyimpang daripada isu perbicaraan," kata Hisyam.

Seterusnya Karpal dalam hujahnya menyatakan bahawa tujuan peguambela memanggil Najib dan isteri sebagai saksi adalah untuk mengesahkan kredibiliti pengadu Saiful Bukhari Adzlan.

Ini bagi mengesahkan Saiful sebagai saksi yang benar memandangkan beliau dalam afidavitnya sebelum ini menyatakan telah bertemu pasangan itu di kediaman Taman Duta selama satu jam pada 24 Julai 2008, iaitu dua hari sebelum beliau didakwa diliwat Anwar.

Malah menurut Karpal keterangan Najib adalah penting bagi menentukan keadaan mental Saiful.

"Jelas Najib dan Rosmah mempunyai keyakinan penuh mengetahui akan maklumat itu," kata Karpal.

Beliau menambah pihak yang telah diserahkan sepina oleh mahkamah tidak boleh mengenepikan perintah itu sewenang-wenangnya.

"Amalan mahkamah boleh mengenakan sepina terhadap siapa sahaja walaupun Menteri.

"Permohonan Anwar adalah bona fide dan bukan salahguna proses oleh mahkamah untuk menindas Perdana Menteri," tambah beliau lagi.

Peguam Sankara Nair yang ditemui TV Selangor selepas mahkamah bersurai menyatakan bahawa pihaknya akan memanggil seorang saksi baru esok namun enggan menyatakan nama individu terbabit.

Ini kerana menurut beliau bagi mengelakkan mana-mana pihak yang cuba mencetuskan tekanan terhadap saksi tersebut sebelum memberi keterangan.

Perbicaraan kes liwat akan bersambung esok jam 9 pagi.

Anak kejar bapa dengan parang

Label:

Gambar hiasan

Saya petik:
[HM] KULIM: Hanya kerana ditegur berikutan sikapnya suka berfoya-foya, seorang lelaki berusia 30-an bertindak luar batasan apabila menyerang bapanya dengan parang dalam kejadian di Kampung Baru Air Merah, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, lelaki terbabit bertengkar dengan bapanya yang berusia 60 tahun sebaik dia pulang ke rumah dalam keadaan mabuk.

Berikutan itu, berlaku pergelutan antara mereka dan dalam pergelutan itu, suspek terjatuh dan luka di kepalanya.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh, berkata suspek yang berang akibat kecederaan itu mencapai parang dalam rumah itu sebelum cuba menetak bapanya.

“Melihatkan keadaan semakin berbahaya, bapanya terus melarikan diri lalu meminta pertolongan daripada jiran yang terkejut dengan pergaduhan itu,” katanya di sini, semalam .

Skandal Scorpene: Najib akan disepina mahkamah Perancis- Suaram

Label:

 Saya petik:
[KD] LONDON: Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan disepina di mahkamah Perancis bagi membantu perbicaraan rasuah pembelian kapal selam Scorpene.

Cytnhia berkata, ia berhubung urusniaga membabitkan pemberian komisen kapal selam berkenaan yang dilakukan pada 2002 ketika Najib menjadi menteri pertahanan.

“Kita ada bukti cukup kuat untuk memulakan perbicaraan, individu terlibat akan disepina ke mahkamah,” kata Cynthia.

Katanya, perbicaraan itu tetap akan berlangsung di Perancis walaupun terpaksa ditunda daripada tarikh asal iaitu September lalu.

“Kita jangkakan perbicaraan boleh bermula September, tetapi peguam memberitahu ada sedikit masalah di Perancis kerana ada pihak cuba halang kes ini daripada diteruskan.

“Kita tidak tahu samada pihak di Perancis atau pihak dari Malaysia, kita tunggu. Kes ini akan berlangsung,” ujarnya ketika ditemui Suara Keadilan Jumaat lalu.

“Peranan saya sebagai panel, peguam akan beritahu mengenai kes, dan saya akan beritahu mengenai isu-isu rasuah yang melibatkan pembelian peralatan keselamatan dan pertahanan negara,” tambah beliau.

Menurut Cynthia, selain menghadiri forum tersebut, beliau dijadualkan bertemu dengan peguam-peguam yang dilantik Suaram bagi mengetahui perjalanan kes.

Jumaat lalu, beliau berlepas ke London bagi menghadiri forum di Universiti Holborn, bagi memberi penerangan kes itu kepada hadirin di sana tentang perjalanan kes rasuah itu bersama peguam kedua yang dilantik Suaram, Joseph Breham.

Selaku ahli panel yang bertindak mewakili rakyat Malaysia, beliau turut mendedahkan rasuah lain yang turut melibatkan pembelian peralatan pertahanan negara.

Cynthia juga dijadual menghadiri mesyuarat dengan tiga peguam yang terlibat dalam kes ini pada hari ini dan esok. “Kita akan bincangkan secara mendalam selain akan ditemuramah oleh media dari Perancis,” katanya

Bahana menodai anak gadis, bapa belasah lelaki hingga parah

Label:

Gambar hiasan

Saya petik:
[HM] MELAKA: Akibat menjalin hubungan terlarang dan tergamak menodai rakan perempuannya, seorang pelajar sebuah sekolah menengah di Sungai Udang, dekat sini, menerima padah apabila dibelasah hingga parah oleh bapa mangsa yang menemuinya di dalam bilik tidur anak gadisnya itu.

Dalam kejadian antara jam 10.30 malam hingga 11.30 malam itu, pelajar berusia 16 tahun itu cedera hampir di seluruh badan terutama di perut, muka, leher selain kaki dan tangan lebam serta bengkak akibat dibelasah termasuk menggunakan kayu.

Difahamkan, pelajar itu kini masih dirawat di Hospital Melaka (HM) akibat kecederaan dialaminya.

Menurut sumber polis, kejadian berpunca apabila dia menjalin hubungan cinta dengan anak seorang pegawai anggota keselamatan berusia 13 tahun tanpa pengetahuan keluarganya.

Katanya, kemuncaknya, pelajar terbabit memperkosa kekasihnya di belakang tangga rumah mangsa di sebuah taman di Sungai Udang pertengahan September lalu, kira-kira jam 2 pagi.

Sumber itu berkata, pelajar terbabit kerap menyelinap ke dalam rumah kekasihnya tanpa pengetahuan ibu bapanya.

Begitupun katanya, bapa gadis itu berusia 40-an akhirnya menghidu perbuatan terkutuk itu.

“Pada jam 10.30 malam, 27 September lalu, pelajar lelaki itu sekali lagi menyelinap masuk ke bilik tidur kekasihnya.

“Tindakan itu disedari bapa mangsa yang berang melihat pelajar itu berselimut di atas katil anak gadisnya lalu berlaku pertelingkahan antara mereka sebelum lelaki itu memukul pelajar terbabit.

“Dia turut menghubungi tiga rakannya yang turut membelasah mangsa hingga parah,” katanya.

Sumber itu berkata, pelajar terbabit membuat laporan di Balai Polis Sungai Udang berhubung kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye yang dihubungi di sini mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan, namun tidak dapat mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.

P/s: Jadikan pengajaran!!

Karpal kecewa saman sivil Altantuya terus tertangguh

Label:

Saya petik:
[MK] Tidak ada perkembangan berhubung saman sivil terhadap kerajaan dan mereka yang bertanggungjawab atas kematian warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.

Peguam Karpal Singh berkata permohonan saman yang difailkan oleh bapanya Setev pada 4 Jun 2007 telah ditangguhkan kerana kedua-dua anggota polis yang didapati bersalah dalam pembunuhan itu telah memfailkan rayuan mereka di Mahkamah Rayuan.

Hakim berkenaan, menurut Karpal, juga masih belum menyerahkan penghakiman bertulis.

"Saya tidak nampak mengapa hakim masih belum selesai menulis hujah penghakimannya... ia telah masuk dua tahun," katanya.

"Saya telah bangkitkan isu ini di Parlimen tetapi hanya mendapat jawapan bertulis, yang tiada gunanya."

Karpal berkata kelewatan yang berlarutan dalam menyediakan penghakiman bertulis boleh menimbulkan masalah kerana tertuduh boleh memfailkan rayuan di mahkamah.

"Mereka boleh membuat aduan prejudis - dan sama ada hakim mampu ingat apa yang beliau dengar semasa perbicaraan dulu... dan sebab ini penghakimannya dilambatkan.

"Jika mereka boleh membuktikan ada prejudis, maka mahkamah akan timbang semula kes itu. Saya pernah ada kes di mana, akhirnya, hukuman lebih berat yang dijatuhkan digantikan dengan yang lebih ringan."

Karpal berkata beliau telah berulang kali menulis kepada mahkamah untuk pengurusan kes saman itu, tetapi masih belum menerima jawapan.

Justeru, beliau merancang untuk menimbulkan perkara itu sekali lagi semasa persidangan Deawn Rakyat yang bermula hari ini.

"Keluarga (Altantuya) telah banyak kali menulis untuk bertanya bila kes itu akan dibicarakan tetapi saya terpaksa terus beritahu mereka bahawa ia akan mengambil masa. Malah kes rayuan daripada kedua-dua (anggota polis Azilah Hadri dan Sirul Azhar) masih tidak diselesaikan lagi," katanya.

Sekiranya kedua-dua anggota polis itu menerima keputusan yang tidak memihak mereka, mereka masih boleh membawa perkara itu ke Mahkamah Persekutuan dan seterusnya melambatkan lagi perbicaraan saman sivil.

Setev dan isterinya, Altantsetseg Sanjaa, kini adalah penjaga bagi anak-anak Altantuya.

Mereka menyaman defendan RM100 juta kerana menimbulkan penderitaan fizikal dan mental terhadap keluarga itu.

Mereka juga menuntut ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan teladan

Campak bayi dalam perigi

Label:

Saya petik:
[kosmo] KOTA BHARU – Hasrat seorang warga emas untuk membersihkan diri selepas membuang air besar terbantut apabila menemui mayat seorang bayi diletakkan dalam sebuah beg yang ditemui terapung di dalam perigi sedalam kira-kira lima meter.

Seorang penoreh getah, Tuan Mat Tuan Lonik, 64, berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 8 pagi semalam ketika dia ke kebun getahnya di Kampung Kubang Kacang, Limbat dekat sini untuk menoreh.

Menurutnya, sebaik tiba di kebun, perutnya tiba-tiba sakit dan dia ke kawasan semak untuk membuang air besar sebelum ke perigi tersebut untuk membersihkan diri.

“Ketika saya cuba mengambil air menggunakan baldi yang diikat dengan tali, saya ternampak sebuah beg pakaian di dalamnya. Saya hairan sebab ketika saya datang ke perigi semalam, beg tersebut belum ada.

“Saya terpaksa dapatkan sebatang buluh untuk membawa naik beg tersebut kerana perigi tersebut agak dalam dan selepas berjaya membawa naik beg tersebut alangkah terkejutnya apabila saya mendapati mayat seorang bayi berada di dalamnya,” ceritanya ketika ditemui semalam.

Wanita ini berdarah O tapi diberi darah B oleh kakitangan hospital

Label:

Saya petik:

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang baru melahirkan anak ketiganya mengalami komplikasi yang didakwa berpunca daripada kecuaian kakitangan hospital yang tersilap memasukkan darah jenis berlainan ke tubuhnya.

Kejadian itu berlaku 22 September lalu dan Faridah Abd Aziz, 34, yang juga pegawai bank kini terpaksa menjalani rawatan lanjut di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas beberapa hari terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama.

Suaminya, Ku Nazri Ku Yaakob, 34, mendakwa petugas hospital berkenaan memasukkan darah jenis B ke tubuh isterinya yang mempunyai darah jenis O dan kesilapan itu boleh mengundang maut.

“Ketika kejadian, isteri saya baru melahirkan anak ketiga kami secara pembedahan, jadi dia kekurangan darah dan memerlukan doktor memasukkan darah ke dalam tubuhnya,” katanya yang ditemui di Balai Berita di sini, semalam.

Ku Nazri berkata, isterinya terpaksa menjalani rawatan susulan dan terlantar sakit di HKL serta diberitahu akan dibenarkan pulang dalam tempoh dua minggu lagi.

Katanya, kejadian itu memberi kesan emosi yang teruk terhadap mereka sekeluarga, malah anak ketiganya itu tidak dapat diberikan susu ibu.

“Saya mengambil cuti sejak 10 hari lalu untuk menjaga isteri di hospital dan membawa ibu berusia 74 tahun dari kampung di Jitra, Kedah, untuk menjaga bayi kami,” katanya.

Katanya, pihak pengurusan hospital sudah memanggilnya dan mengakui kesilapan mereka yang cuai terhadap pesakit, malah satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyiasat kejadian terbabit.

Susulan itu, dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang 23 September lalu dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Saya sudah memanjangkan perkara ini kepada pihak berkuasa, namun sehingga kini saya tidak dihubungi bagi mendapatkan penjelasan perkembangan semasa kes isteri saya,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Shirlin ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan terbabit dan memberi maklum balas dalam masa terdekat.

Peragut 5 pagi ini akhirnya tumpas

Label:

Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Dua peragut bermotosikal yang kebiasaannya mencari mangsa pada awal pagi sekitar ibu negara dicekup polis, awal pagi semalam.

Difahamkan, dalam kejadian jam 5 pagi itu, mangsa seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) awam melintas jalan di stesen minyak di Jalan Sultan Ismail sebelum dua lelaki yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125z meragut begnya.

“Mangsa cuba melawan dengan tidak melepaskan beg tangannya, menyebabkan dia diheret lebih 50 meter hingga cedera di siku, bahu dan lutut kanan.

“Bagaimanapun, kejadian itu disedari anggota Unit Kuatkuasa Khas, Trafik Kuala Lumpur yang melakukan Ops Cegah Lumba Haram di kawasan berhampiran diketuai Asisten Superintendan Azmi Wahid dan mengejar suspek,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, suspek dikejar lima kilometer hingga ke Jalan Kuching sebelum ditahan.

Siasatan lanjut mendapati kedua-dua suspek yang berusia 20 dan 23 tahun itu disyaki terbabit empat kes ragut sebelum ini dan ketika disoal siasat, kedua-duanya memberikan alasan tidak mempunyai wang serta pekerjaan kerana baru menamatkan pengajian di kolej swasta.
 
Isteri hamil dua bulan dedah kekasih gelap!!
Sabtu, Oktober 08, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Gambar hiasan

Saya petik:

[HM] JOHOR BAHRU: Curiga sang suami terhadap isterinya yang beria-ia mahu menggugurkan kandungan membongkar kecurangan wanita terbabit yang dikahwini sejak 12 tahun lalu.

Semuanya bermula apabila si suami yang juga pakar psikologi dan hanya mahu dikenali sebagai Shan, 40, mengetahui isterinya hamil anak ketiga, tetapi hairan selepas wanita terbabit beria-ia mahu menggugurkan kandungan dengan alasan tidak mahu anak lagi.

Menurut Shan yang bertugas di sebuah syarikat swasta di bandar raya ini, isterinya yang hanya dikenali sebagai Rupa, 31, rupa-rupanya mengandungkan anak luar nikah hasil hubungan sulit dengan rakan sepejabat berusia 40-an.

“Semuanya bermula pada Ogos 2009 apabila isteri memaklumkan dia hamil dua bulan. Saya sangat gembira, tetapi sebaliknya dia bengang dengan perkara berkenaan.

“Saya mula hairan dan selepas membuat perkiraan, saya sudah beberapa minggu tidak bersamanya dan mustahil dia hamil dua bulan,” katanya, semalam.

P/s: Dunia akhir zaman. Maruah diri sudah dipedulikan lagi demi nafsu serakah.... 
Van bawa RM2.2 juta dirompak dan dibakar
Jumaat, Oktober 07, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Gambar hiasan

Saya petik:

[HM] SHAH ALAM: Serbu, rampas dan bakar. Itu modus operandi sekumpulan lima lelaki bertopeng dan bersenjatakan pistol yang kini bergelar jutawan selepas melarikan sebuah van syarikat kawalan keselamatan membawa wang tunai RM2.2 juta dalam kejadian di sebuah stesen minyak berhampiran Balai Polis Ijok, Kuala Selangor, dekat sini, semalam.

Difahamkan, van itu ditemui semula kira-kira 30 minit kemudian dalam keadaan terbakar selepas dilarikan di sebuah kawasan hutan, kira-kira 1.5 kilometer dari tempat kejadian.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, tiga petugas van kawalan keselamatan berusia 20-an berhenti di stesen minyak berkenaan untuk mengisi wang dalam mesin juruwang automatik (ATM) sebanyak RM200,000 sebelum diserang hendap kumpulan penjenayah terbabit.

Menurut sumber polis, sebaik ketiga-tiga petugas syarikat kawalan keselamatan itu turun daripada kenderaan sambil membawa sebuah beg mengandungi wang untuk dimasukkan ke mesin ATM berkenaan, tiba-tiba sebuah Proton Perdana berhenti dengan empat lelaki bertopeng turun daripada kenderaan itu.

“Dua daripada suspek mengacukan pistol ke arah ketiga-tiga petugas syarikat kawalan keselamatan itu menyebabkan mangsa panik dan gagal berbuat apa-apa,” katanya.
Coli atas katil sebagai bukti
Khamis, Oktober 06, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Saya petik:

[SH] KAMPUNG RAJA – Walaupun berkelulusan tinggi, namun seorang wanita yang sedang menjalani latihan amali di sebuah resort di daerah ini tidak dapat mengawal nafsu hingga sanggup berkurung dalam bilik bersama teman lelaki di sebuah chalet di Pantai Air Tawar di sini tahun lalu.

Pelajar politeknik di Pahang berusia 21 tahun itu mengambil peluang bersama pasangan sebayanya itu dipercayai setelah mereka lama tidak berjumpa kerana tinggal berjauhan, memandangkan tertuduh lelaki bekerja di Selangor.

Namun perbuatan tidak bermoral mereka berjaya dihidu pihak berkuasa menyebabkan mereka ditahan ketika berdua-duanya di dalam bilik tersebut jam 2.30 pagi 30 Julai tahun lalu.

Tertuduh wanita berkenaan berasal dari Seri Gombak Indah, Batu Caves dan pasangannya seorang kerani am rendah beralamat di Taman Batu Caves, Selangor dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah di sini kelmarin dan dijatuhkan hukuman denda RM2,500 setiap seorang selepas mengaku bersalah di hadapan Hakim Syarie, Mohd Nazri Yusof.

Mohd Nazri turut memerintahkan mereka dipenjara selama sebulan jika gagal membayar denda dikenakan.

Kedua-dua pasangan itu dituduh di bawah Seksyen 31 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (takzir) Terengganu 2001 yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof.

Menurut fakta kes, sepasu-kan anggota penguat kuasa yang membuat pemeriksaan di sebuah bilik di chalet itu mendapati keadaan dalam bilik gelap dengan pintu tertutup rapat dan berkunci, namun terdapat sebuah motosikal diletakkan di depan bilik tersebut.

Pegawai penguat kuasa memberi salam dan mengetuk pintu selama tiga minit, kemudian tertuduh lelaki cuba melarikan diri melalui pintu belakang namun gagal kerana chalet itu telah dikepung.

Namun akhirnya tertuduh lelaki membuka pintu dan penguat kuasa mendapat lelaki itu memakai kemeja T dengan seluar boxer, manakala pemeriksaan mendapati tertuduh perempuan duduk berhampiran katil sambil menangis.

Kata Nik Mohd shahril Irwan lagi, perempuan itu memakai seluar slek dan baju sejuk tanpa tudung, manakala di atas katil ada sehelai kemeja T dan coli.

Penguat kuasa turut merampas sehelai boxer dan coli berwarna kuning serta sehelai kemeja milik kedua-duanya yang dijadikan bahan bukti.

Mohd Nazri turut menegur tertuduh wanita yang berpendidikan tetapi tidak dapat membezakan antara yang baik dan buruk.

Kedua-duanya membayar denda yang dikenakan dan mereka dibebaskan.
Kekasih sebar gambar separuh bogel
Khamis, Oktober 06, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Gambar hiasan

Saya petik:
[HM] AMPANG: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun terpaksa menanggung malu apabila gambar separuh bogel miliknya dikatakan sengaja disebarkan teman lelaki melalui sebuah laman sosial.

Difahamkan, gambar itu mulanya dimuat naik dalam laman sosial milik teman lelakinya berusia 20 tahun sebelum dilihat kenalannya yang kemudian bertindak menyebarkan kepada kenalan lain.

Berikutan penyebaran gambar itu, ia sampai kepada pengetahuan guru pelajar tingkatan empat terbabit yang terkejut sebaik melihat gambar separuh bogel itu lalu bertindak memanggil remaja berkenaan, semalam.

Menurut sumber, mangsa yang tidak mengetahui penyebaran gambar itu turut terkejut sebaik dimaklumkan guru berkenaan.

“Guru berkenaan memaklumkan perkara itu kepada ibu bapa mangsa. Keluarga mangsa diminta hadir ke sekolah bagi mengadakan perbincangan.

“Hasil perbincangan, keluarga mangsa kemudian membawa mangsa ke balai polis untuk membuat laporan,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa mendakwa dipaksa teman lelakinya yang sudah bekerja membuka pakaian hingga separuh bogel sebelum gambarnya dirakam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
P/s: Murahnya maruah gadis sekarang ini...Bila sudah bercinta, semuanya rela didedahkan...
Ibu humban bayi ke laut kerana takut dicekup. Gila!!
Khamis, Oktober 06, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:
[HM] TAWAU: Panik dan terlalu takut dicekup pihak berkuasa, seorang ibu hilang pertimbangan sehingga sanggup mencampakkan bayi lelakinya berusia enam bulan ke laut semata-mata untuk menyelamatkan diri apabila diserbu pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana disyaki mengemis di pesisiran Pantai Sabindo, di sini, semalam.

Bagaimanapun, bayi itu diselamatkan penguat kuasa JKM yang bertindak spontan terjun ke laut sebaik menyaksikan kejadian menyayat hati itu jam 10 pagi.

Difahamkan, wanita berusia 30-an terbabit mengemis di kawasan itu sambil membawa bayi dan dua lagi anaknya masing-masing berusia enam dan tujuh tahun.

Bagaimanapun, kedua-dua anak pengemis terbabit melarikan diri apabila terjun dan berenang hingga ke tengah laut bagi mengelak ditahan penguat kuasa.

Penolong Pengarah JKM Tawau, Asnah Kassim, berkata operasi dua jam itu berjaya menahan 23 individu termasuk 13 kanak-kanak yang berusia enam sehingga 60 tahun.
Perdaya, kikis 20 wanita serentak & makan isteri kawan
Rabu, Oktober 05, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:
[HM] JOHOR BAHRU: “Dia memberitahu suami kononnya saya curang dan menjalin hubungan dengan lelaki lain. Saya pula dia beritahu suami ada hubungan dengan perempuan lain.

“Akibatnya saya diceraikan, namun selepas itu dia pula ajak saya kahwin di Siam,” kata wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Aimi, 26, mengenai ‘permainan’ seorang lelaki kasanova untuk memikat mangsanya sebelum mengikis duit mereka.

Aimi berkata, kasanova yang dikenali sebagai Man, 30-an itu amat licik memerangkap mangsa sehingga mampu memikat 20 teman wanita serentak termasuk bekas isteri dan kekasih orang, biarpun kawannya sendiri.

Rahsia Man terbongkar apabila seorang demi seorang kekasihnya tampil membuat laporan polis selepas menyedari mereka dianiaya dan terpedaya.

Menurut Aimi, Man yang juga seorang kakitangan awam beruniform sering menggunakan jawatannya itu untuk memerangkap wanita dan permainan fitnahnya menyebabkan rumah tangga sebahagian mangsanya porak-peranda. “Saya mengenali Man menerusi suami kerana mereka berkawan, namun lama-kelamaan hubungan kami tegang dan selalu bergaduh kerana termakan hasutannya yang mendakwa kami curang.

“Akibat terpedaya dengan fitnah Man, saya diceraikan talak satu oleh suami pada hujung Julai lalu. Sebelum itu, suami juga memukul dan menendang hingga badan saya lebam,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Masai, semalam.

Aimi berkata, lebih menghairankan ialah selepas dia diceraikan, Man beria-ia mahu memberikan bantuan termasuk menumpangkannya di rumah seorang rakan wanitanya, selain memberinya wang RM2,000 bagi membolehkannya hidup bersendirian.

Menurutnya, Man yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak kemudian menyatakan ingin memperisterikannya dengan berkahwin di selatan Thailand.

“Pelik dengan perangainya itu, saya mula terfikir apa yang dikatakannya kepada saya dan suami sebelum bertemu suami serta berbincang hasil bantuan keluarga.

“Kami rujuk semula selepas mendapati Man berniat jahat memfitnah kami suami isteri sehingga bercerai,” katanya.

Seorang lagi mangsa Man yang juga bekas teman wanita lelaki itu, Shima, 30-an berkata, dia menjalin hubungan selama 10 tahun sebelum menyedari ditipu dan diperalatkan untuk mendapatkan wang.

“Sepanjang 10 tahun bersama, saya memberinya lebih RM15,000 wang simpanan saya selepas dia memberi pelbagai alasan untuk menggunakan wang. “Sepanjang tempoh kami berkawan, tidak pernah dia mengaku sudah beristeri dan mempunyai dua anak,” katanya.

Shima berkata, Man seorang panas baran dan sering memukulnya hingga terseliuh pergelangan tangan, namun dia tetap bersama lelaki itu atas dasar sayang dan cinta.

“Bagaimanapun, saya mula tidak tahan dengan sikapnya apabila dia sering membawa wanita lain ke kelab malam dan karaoke sedangkan wang simpanan saya habis dikikis,” katanya.

Seorang lagi mangsa Man yang hanya mahu dikenali sebagai Ina, 18, berkata sikap romantis Man dengan kata-kata manis, peramah serta prihatin terhadap dirinya pada awal perkenalan menyebabkan dia jatuh cinta kepada lelaki itu sehingga terlanjur.

“Man berlagak romantik dan prihatin selain selalu menunjuk-nunjuk dia berharta hingga pernah memberikan saya ribuan ringgit secara tunai.

“Bagaimanapun, lama kelamaan tembelangnya pecah kerana dia membawa wanita lain ketika kami masih bercinta. Semua itu masih boleh dimaafkan kerana saya cintakannya.

“Namun, lebih dikesalkan ialah dia cuba memperalatkan saya memikat lelaki lain sebelum berpesan supaya saya mengikis wang lelaki itu,” katanya sambil memberitahu lelaki dimaksudkan ialah suami Aimi.

Aimi membuat laporan polis berhubung sikap kasanova Man di Balai Polis Masai, 3 September lalu, manakala Shima membuat laporan berhubung penipuan dan ugutan lelaki itu di Balai Polis Scinetx Seri Alam, 26 Julai lalu.

Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan terbabit, namun enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan
Cincin ‘Rosmah’ sudah dipulangkan dalam beberapa hari, kata Nazri
Selasa, Oktober 04, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 4 Okt — Datuk Seri Nazri Aziz mengesahkan tiada pembelian cincin bernilai AS$24 juta oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor sebagaimana didakwa oleh beberapa blog sebelum ini.

Sebaliknya, Dewan Rakyat diberitahu bahawa ia telah dipulangkan ke premis asal dalam beberapa hari selepas ia tiba di Malaysia.

Dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut), Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, Kastam Diraja Malaysia mengesahkan bahawa cincin itu telah dikembalikan beberapa hari kemudian kepada syarikat miliknya.

Ogos lalu, Perdana Menteri dalam temu bual dengan akhbar Kompas telah menafikan isterinya ada membeli cincin berlian yang nilainya berjuta-juta ringgit.

Akhbar Kompas telah memohon maaf kepada Najib atas laporannya, disiarkan pada 4 Ogos lalu, tetapi misteri kekal mengapa cincin dari Jacob & Co New York dialamatkan kepada Rosmah.

Persoalan timbul sama ada nama Rosmah (gambar) telah digunakan dengan pengetahuan beliau ataupun sebaliknya oleh elemen-elemen jenayah.

Rosmah dalam satu kenyataan pada akhir Julai lalu telah menyifatkan tuduhan itu sebagai satu fitnah.

Dalam kenyataan pertama sejak isu pembelian cincin muncul, Rosmah menyifatkan dakwaan yang mengaitkannya sebagai satu fitnah dan beliau menegaskan tiada masa mahu melayan perkara itu.

Rosmah berkata, sebagai isteri Perdana Menteri beliau lebih senang memberi tumpuan terhadap perkara lebih berfaedah, terutama dalam hal dan agenda pembangunan rakyat daripada melayan isu tidak relevan.

“Tak ada apa yang saya nak cakap sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (pemblog) saja hendak cakap (tuduh),” kata beliau. Ekoran kemunculan isu itu, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) awal Julai lalu
LIWAT II: Saksi Misteri Beri Keterangan hari ini
Selasa, Oktober 04, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

[TVS] KUALA LUMPUR 3 OKT: Kes mahkamah Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal di kejutkan dengan kehadiran seorang "saksi misteri" yang akan dikemukan esok oleh pihak peguambela kes tersebut.

Peguam Sankara Nair yang ditemui TV Selangor selepas mahkamah bersurai hari ini menyatakan bahawa pihaknya akan memanggil seorang saksi baru esok namun enggan menyatakan nama individu terbabit.

"Esok kita akan bawa saksi baru beri keterangan. Tapi kita tidak mahu beritahu nama untuk elakkan tekanan kepada dia oleh pihak tertentu," katanya.

Menurut beliau, ini untuk mengelakkan mana-mana pihak yang cuba memberi tekanan terhadap saksi tersebut sebelum dia memberi keterangan.

Sementara itu, hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh 6 Oktober bagi mengumumkan keputusan permohonan Perdana Menteri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor untuk mengenepikan perintah sapina.

Pengumuman itu dibuat selepas mendengar permohonan daripada peguam pasangan itu, Hisyam Teh Poh Teik dan peguambela Karpal Singh sebentar tadi.

Berdasarkan penghujahan yang dibacakan di hadapan hakim bersabit kes fitnah liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, Hisyam menyifatkan saksi yang dipanggil harus mempunyai maklumat yang relevan.

Dalam kes ini, menurut beliau keterangan yang akan diberikan Perdana Menteri dan isteri sekiranya menjadi saksi tidak akan membantu perbicaraan.

"Persoalan samada mereka boleh beri maklumat yang relevan dan bukan disebabkan pendakwaraya menawarkan mereka sebagai saksi.

"Pada pandangan saya, mana-mana pihak tidak ada hak secara automatik untuk memanggil seseorang sebagai saksi. Ia adalah bidang kuasa mahkamah untuk menentukan saksi yang dicadangkan adalah relevan sebelum memberikan bukti. Ini bagi memastikan bukti maklumat tidak menyimpang daripada isu perbicaraan," kata Hisyam.

Seterusnya Karpal dalam hujahnya menyatakan bahawa tujuan peguambela memanggil Najib dan isteri sebagai saksi adalah untuk mengesahkan kredibiliti pengadu Saiful Bukhari Adzlan.

Ini bagi mengesahkan Saiful sebagai saksi yang benar memandangkan beliau dalam afidavitnya sebelum ini menyatakan telah bertemu pasangan itu di kediaman Taman Duta selama satu jam pada 24 Julai 2008, iaitu dua hari sebelum beliau didakwa diliwat Anwar.

Malah menurut Karpal keterangan Najib adalah penting bagi menentukan keadaan mental Saiful.

"Jelas Najib dan Rosmah mempunyai keyakinan penuh mengetahui akan maklumat itu," kata Karpal.

Beliau menambah pihak yang telah diserahkan sepina oleh mahkamah tidak boleh mengenepikan perintah itu sewenang-wenangnya.

"Amalan mahkamah boleh mengenakan sepina terhadap siapa sahaja walaupun Menteri.

"Permohonan Anwar adalah bona fide dan bukan salahguna proses oleh mahkamah untuk menindas Perdana Menteri," tambah beliau lagi.

Peguam Sankara Nair yang ditemui TV Selangor selepas mahkamah bersurai menyatakan bahawa pihaknya akan memanggil seorang saksi baru esok namun enggan menyatakan nama individu terbabit.

Ini kerana menurut beliau bagi mengelakkan mana-mana pihak yang cuba mencetuskan tekanan terhadap saksi tersebut sebelum memberi keterangan.

Perbicaraan kes liwat akan bersambung esok jam 9 pagi.
Anak kejar bapa dengan parang
Selasa, Oktober 04, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Gambar hiasan

Saya petik:
[HM] KULIM: Hanya kerana ditegur berikutan sikapnya suka berfoya-foya, seorang lelaki berusia 30-an bertindak luar batasan apabila menyerang bapanya dengan parang dalam kejadian di Kampung Baru Air Merah, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, lelaki terbabit bertengkar dengan bapanya yang berusia 60 tahun sebaik dia pulang ke rumah dalam keadaan mabuk.

Berikutan itu, berlaku pergelutan antara mereka dan dalam pergelutan itu, suspek terjatuh dan luka di kepalanya.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh, berkata suspek yang berang akibat kecederaan itu mencapai parang dalam rumah itu sebelum cuba menetak bapanya.

“Melihatkan keadaan semakin berbahaya, bapanya terus melarikan diri lalu meminta pertolongan daripada jiran yang terkejut dengan pergaduhan itu,” katanya di sini, semalam .
Skandal Scorpene: Najib akan disepina mahkamah Perancis- Suaram
Isnin, Oktober 03, 2011 | Author: Tuk Kiyai